30 July 2010

beli mesin basuh apa?

kini, sebab perasaan macam mak-mak makin membuak-buak, ije sangat jarang layan facebook. rajin browse pasal house decoration. wakaka. berangan okeh! nak beli rumah, belum disahkan jawatan. maka, diam-diam dulu. dah sah jawatan nanti, buat lah ko ije loan perumahan kerajaan ribu-raban. err.. sang suami ada? jangan senyum je depan lappy. =) ehe. love you!

rezeki bulanan ije target beli sesuatu yang bermakna. bulan ni julai ni ije beli mesin basuh. permulaan hidup seorang suri. rajin je nak basuh baju dengan tangan. *ceyy. cuma, sampai bila? saya ada suami. ada keluarga. nanti nak kena beli juga. baik beli sekarang. walaupun sekarang hidup membujang. hujung minggu je jadi isteri. =P

tercari-cari jenama yang dipercayai. mama suggest panasonic. mama pesan do avoid samsung or hitachi sebab leceh. ada warranty pun tak jalan. ok mom! ije browse internet dan ramai vote untuk panasonic dan toshiba. *disini harus lupakan jenama eropah atau electrolux front loader. saya berkisah tentang mesin basuh mak-mak dara je. murah dan ekonomi. top loader.

petang, ije ke kedai elektrik. wah. minggu lepas layan kedai perabot. minggu ni kedai elektrik pulak. minggu depan? =)

toshiba tak banyak pilihan. disamping load 6.5kg sahaja. dan drum dia plastik. orang kedai cakap tak leceh sabun. even sabun murah pun boleh layan. berbanding dengan stainless steel drum yang leceh sabun. nak kena pakai sabun mahal je untuk elak dia jadi kuning. tapi pakaian bersih. ohh gitu..~

panasonic ada model baru. ada 6.5 kg dan 7.0 kg. beza harga RM100 je. lupakan sebentar kisah 10 kg atau 14 kg. tu tunggu anak ada anak dan kami ada cucu, baru ije beli. =P

lantas, ije ambil panasonic. 7 kg load. sebab ada peraduan. kot la menang dapat alza sebijik. tak berkenan pun takpe. kereta free. =)

my mesin basuh. err lupa lah model apa.. huks3

tapi dalam keghairahan ambil panasonic tu, ije pentingkan ciri-ciri yang dimatlamatkan sebelum masuk kedai. pilih antara jenama toshiba atau panasonic sahaja. stainless steel drum. timer shown. boleh set proses. *ni kes ije baca forum kat mana tah, dia beli fully auto washing machine tapi tak boleh set process either nak wash, rinse or spin. oh my! plus this model ada air dry. sila google. insyaAllah berguna di hari mendatang.

apek tu siap buka kotak depan pagar rumah. dan-dan la masuk dalam. isk3.

Alhamdulillah. dalam setiap kesempitan, pasti ada kemudahan. =) i love my days. eh, lupa. dalam kegembiraan ada mesin basuh sendiri, berhempas pulas gak la nak membolehkan mesin tu berpusing-pusing membasuh baju dalam bakul.

kisahnya, paip air jauh dan plug elektrik pun jauh. gigih keluar pergi hardware store untuk cari alat. wakaka. ginilah hidup bujang. =) nak beli salur paip baru, mak aih cekik darah betul RM30. tu pun mahal kes ada kepala khas untuk mesin basuh.

sebab dulu kat maktab belajar Art & Creativity, ije cedok la ilmu sikit-sikit (takde kaitan langsung), ije beli hos RM2.80 semeter dah sambung menggunakan klip. maka, jimat duit haku. hal plug tu bisa di atur, beli extension wire je. =)

free gift. alza belum dapat lagi. =P

kini, mesin basuh baru dah membuat beberapa pusingan tanda khidmat pertama dah. kain pun dah siap sidai.

p/s: bulan depan beli apa ye? sofa? pasang streamyx? ke berfoya-foya buat movie marathon. *matilah dah janji dengan sang suami taknak ajak dia date setiap sabtu macam biasa. =P tapi saya tahu, sang suami pasti rindu nak jalan-jalan pimpin tangan dan menonton wayang yang pada awalnya dia macam jual mahal taknak tengok tapi alih-alih dia tak berkelip mata melayan. cheese! =D

6 comments:

Amanina said...

panasonic, walaupun agak mahal banding dgn jenama lain, tapi dia berbaloiiii-baloiiii!! hahaha

Anne M. said...

lagi 4-5 bulan ke kedai 'anakku' pulak ye tak ije?

eddie dewanaga said...

hehehe... bila nak lalui morning sickness ni...???

si comel said...

mak ije..mak ije..baju kat cni banyak..tolong la ambik basuh gne mesin bsuh baru ea..ea

en_me said...

sonoknyerr pakey washing machine baru tewww.. uhuhu

zaidon said...

elok la.. panasonic memang OK..