28 July 2010

entry mak-mak

dah rasa macam mak-mak dah sebab sekarang ada duit fikir nak beli keperluan rumah. haha. mungkin lebih kepada keperluan peribadi. tapi bak kata orang dulu-dulu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. insyaAllah.

15 julai 2010 lalu, ije pergi usha katil kayu beserta tilam spring idaman hati. tapi mengenangkan mata wang harus disalurkan ke saluran-saluran lain, ije telan jugak terima hakikat kemampuan katil besi harga RM130. haha. dah jumpa. siap aim kedai dah. esok kononnya nak datang order sebab boss takde petang tu. takleh nak nego. aih. dah katil murah RM130 pun masih nak nego? =P

16 julai 2010. usai sekolah ije menuju ke kedai perabot katil besi tu. alih-alih tutup. takde rezeki. sebab perasaan membuak-buak nak tidur atas katil baru, ije ke beberapa kedai perabot. semua kayu mampat. err.. kayu berhabuk tu. nampak rupa tapi tah berapa lama boleh tahan, wallahu'alam.

i'm looking for the real kayu. *bukan jati la. sebab tu sah-sah ribu-raban. cuma alang-alang beli katil, biar boleh pakai hingga ke anak cucu. insyaAllah. lagi-lagi ije mengidam katil kayu dan tilam spring. kedai tutup, mungkin peluang jumpa katil kayu dan tilam berspring masih ada.

tanpa disengajakan, ije nampak satu kedai. terus parking dan masuk. lalu nampak promosi katil kayu dan tilam spring. Alhamdulillah. rezeki baby dalam perut. *ops.. perasan dah mengandung. wakaka. kalau ije pregnant, i'm looking for a baby crib. haha. =P

entry ni bukan sekadar kisah katil kayu dan tilam spring. tak sempat pun ije rasmi tidur di katil baru. bila katil sampai di rumah, ije terus balik kampung di Batu Pahat seperti hujung minggu yang lain.

besar siot lori yang datang. macam beli satu set perabot rumah jek. padahal beli katil sebijik je.

*skip kisah di Batu Pahat.

tiba-tiba ije dapat SMS. tapi sebab suami depan mata, ije baca SMS macam buat syarat je la. kadang-kadang sebab dua hari tak dapat SMS, pandai si celcom menghantar SMS iklaneka. nak menghiburkan hati ije yang kononnya takde siapa nak SMS. huhu. i don't have handphone on weekends. =P

akibat daripada baca SMS buat syarat, ije difahamkan katil kayu dan tilam berspring yang dibeli jumaat lalu perlu angkat balik sebab salah jual. dan kata maaf sebab dia terpaksa lakukan dengan cara sebegini (SMS la kt maksudnya). mak aih! saya belum rasmi lagi katil tu. dah nak kena ambil balik?!

balik Kluang rasa sangat down. kalau boleh tak nak reply pun SMS tu. konon-konon tak dapat dihubungi. wakaka. tapi sebab dia dah tahu alamat rumah ije, rasa seram lah pulak. kang tak pasal-pasal ada ah long katil depan rumah tuntut katil. wawa.

tak lama lepas tu, dapat lagi SMS. pelik. ije baca SMS pertama tadi. laaaaaarhhh! rupa-rupanya..

'salam akak. saya minta maaf. saya adik kedai yang akak beli katil tu. sebenarnya saya nak jadi adik angkat akak boleh tak? maaf kak kalau cara saya ni salah'

ije beritahu sang suami. sangat kelakar ok. rasa macam sekolah-sekolah dulu kala lak orang main request nak jadi adik angkat. haha. tapi demi keselamatan sementelah dia dah tahu alamat rumah ije, suami suruh berterus terang.

sangat berfikiran panjang. rasanya mamat tu lebih tua dari ije. bila diselidik dia hanyalah 23 tahun. patut panggil ije akak. alaa.. lebih kurang je. ije pun masih lagi 23 tahun 7 bulan. bulan 12 nanti baru cukup 24 tahun. ehe.

Alhamdulillah. ada baiknya kenal budak tu. kot ada promosi perabot murah-murah, boleh minta dia simpan stok.

p/s: dalam mee ada udang. tapi udang tak gigit orang lah. ok lah kan? =D

5 comments:

atty's said...

kan main lagi budak tu bersms..nak jadik adik angkat..

~ceRRy beRRy~ said...

hehehe...
x pasal2 ada peminat plak..
nsb baik nk jadi adik angkat jek! =p

merahitujambu said...

sekarang ni dh ada keluarga kena laa bedikari sendri..uhuk.. x sbr plak nk kwin..huhu

Wahidah said...

lawak okeh..so kiranya dh rasmi la katil br ne yea..:)

en_me said...

dalam ati sowmi mesti berbuku tewww.. uhuhu