07 August 2010

atok ambil kasut saya


sebelum di-posting-kan di bumi Kluang tujuh bulan lalu, ije beli sepasang kasut. bertujuan khas untuk langkah pertama di sekolah. beberapa bulan kemudian, kasut tu menunjukkan tanda-tanda penuaan. sehinggalah saat tapak dia patah, ije tinggalkan dia di bawah meja di pejabat guru. kasut-kasut lain meneruskan khidmat bersama ije di sekolah.

bila jenguk bawah meja, teringin nak ambil kasut-takde-tapak tu untuk di bawa balik ke rumah. kadang teringin nak dibawa ke tukang kasut. saya bukannya model yang punya kasut penuh se-almari. kasut sepasang harus dihargai. ehe. namun, sehingga bulan enam bersamaan bulan jun ataupun perumpamaan boleh dipakai; sedari zaman anak dara, hingga dah jadi isteri sang suami, kasut-takde-tapak itu terus bertapa aman di bawah meja tersebut.

suatu hari di bulan april, usai makan di kantin sekolah ije panjat anak tangga. tiba-tiba terpandang kasut-patah-tapak di rak kasut depan pejabat guru kedua sekolah. aik? siapa bawa kasut ni ke sini? lantas, ije usung kasut tu ke pejabat guru dimana ije ditempatkan. langsung kasut-takde-tapak ije letak balik di bawah meja.

beberapa bulan kemudian, ije tergerak hati nak bawa kasut tersebut jumpa tukang kasut. ije jenguk bawah meja, tapi kasut tu dah hilang. aik? ada juga yang berkenan. kalau ye pun, minta lah. tapi sebab fikir kasut dah takde tapak pun. rosak. hilang pun kira halal-lah.

keesokkan harinya, seorang rakan cikgu err ke kakak guru? err seorang cikgu lah. cikgu tersebut tiba-tiba ketuk pintu 1 Usaha. kelas pertama ije pada pagi tersebut.

kasut hitam itu

'hifzan, meh naik atas tengok kasut'

'kasut apa kak?'

'kaki kecik. kot la kasut ko'

aik. kasut versi malaysia saya bersaiz 6 atau 7. kecik? kalau saiz 4 tu logik la kecik. tapi itu saiz kasut UK saya. cey ayat. ada ke kasut UK ko ije? well, acah-acah jek. =P

sangat terkejut nak mati sebab kasut-takde-tapak saya terletak indah di bawah rak buku kelas hujung tersebut. tiba-tiba cikgu itu bersuara..

'tok. kami minta izin ambil kasut ni ye'

ije terpinga. tok? err.. tiba-tiba meremang sekalian bulu roma.

'dia pinjam kasut awak. ni awak nak ambil balik, kena minta izin'

'ohh'

ije bawa kasut tu ke pejabat guru. petang tu terus insaf. hantar kasut-takde-tapak tersebut jumpa tukang kasut. lorhh.. ko tak buang ije? tak seram ke? err.. saya bukan seorang model yang punya se-almari kasut. =)

RM2 je kos melekatkan tapak kasut tersebut. isnin kemudiannya, sewaktu perhimpunan pagi. seorang kakak guru yang berbeza tegur kasut ije.

'hifzan, ni kasut yang kat kelas akak tu ea?'

'ye kak'

'dulu ada gak kasut ni kat kelas tu, akak letak kat rak kasut sebab tak tahu siapa punya. alih-alih baru ni ada lagi kat kelas akak tu'

errrr..

kasut itu berpindah-randah. wujudkah istilah 'berpindah-randah' bagi objek bergelar kasut?

p/s: hari ini, perkhidmatan kasut tersebut telah dihentikan. bubbhye kasut~

12 comments:

MieZa said...

hik hik mcm scary je kasut tue..mesti makcik cleaner bwk lari konon2 nk buang =P

hitamputeh said...

misteri sapatu hilang..

sweetmulo said...

ish..sape yang alih kan sbnrnye kak ije?????

luvelysyue said...

cam seram je baca,,adakah?...xde lah..mybe cleaner2 tu sje ltak kt rak knun2 lau xde owg amik,,trus dorg nk rembat kot...

merahitujambu said...

tok nak kena buang ke kasut nih...tok nk ije bli kasut baru benarnyaa

dLyNn said...

skary it is...

~ceRRy beRRy~ said...

seramnya ije!

klu ifa mst tamo dah kasut tuh.. hehe

dilot said...

jeng jeng jeng..siapakah yang mengalihkannya...salam ramadhan utk ije...

ije said...

MieZa:
entah la cik mieza.. ije pun pening nak fikir. 2 kali dia berpindah.

hitamputeh:
nice title.. misteri sepatu hilang. =)

ije said...

sweetmulo:
atok tu la.. hua3

luvelysyue:
haha. harap-harap gitulah. tapi kasut dah rosak pun. dorang nak ke?

ije said...

merahitujambu:
haha. ye la tu. saje je atok ni nak suh ije g shopping kasut baru.

dLyNn:
haha. skary = sk abdul rahman yassin.

=)

ije said...

~ceRRy beRRy~:
haha. xtau la napa ije selamber badak je g baiki kasut tu
n pakai.. =P

dilot:
dilot kot? =P
salam ramadhan jua buat dilot.