20 August 2010

dulu vs kini

sekarang ni makin rajin memasak di dapur. bukan sebab minggu tak puasa ya. saya puasa. =) tapi sebab mood rajin. pergi bazar Ramadhan pun seperti tak berkeinginan nak beli. sekadar tengok dan pandang sambil menambah koleksi masakan yang boleh dicuba.


yes. ije seorang yang tak selalu memasak di zaman kanak-kanak ribena. pernah dulu Along beritahu macam mana nak kahwin sebab ije tak memasak. dan kini terbukti, tak memasak dulu tidak bermakna tidak pandai memasak. ehe.

ije anak perempuan tunggal. mama kerja office hour 0800hr - 1700hr. dulu, balik sekolah tengahari, kami adik-beradik makan nasi ayam. hari-hari. cuma kalau dah bosan, tukar makan nasi kukus. nasi campur.

malam? mama masak. tapi secara segera. bakar ayam dalam oven. kukus ikan. buat sup tulang dengan periuk tekanan tinggi. tak perlu duduk berjam-jam di dapur. masukkan alat sup. tinggal. dah siap, keluarkan wasap. dan kami makan. cuma seketika, siap segalanya. mana waktunya ije nak masak? hiks.

kadang-kadang telefon je Restoran Safura kat Kubang Kerian tu. order mee goreng basah atau tom yam campur. on the way abah balik dari sekolah (abah mengajar petang), abah akan ambil. kami makan dan terus pergi tuition. lebih kurang gitulah.

tengah malam kalau lapar, masukkan aje hot dog atau ayam ayamas atau nugget di dalam peti ais ke dalam oven. tunggu sekejap. ngapp bersama sos atau mayonnaise. bab makan memang kami tak proper. tapi mama sangat tekankan bab guna ajinamoto (tak pernah ada pun kat rumah) dan bab gula (buat air tawar sangat-sangat). sob3. buat milo tanpa gula. lagi-lagi bila mama buat air soya guna mesin dia tu. without sugar. malah ditambah pula dengan halia. uwaa. tak sedap. tapi telan. untuk kesihatan. =P


ada mulut cakap orang kelantan suka makan manis-manis, ije rasa tidak family ije. tak caya datang lah rumah. kadang gula pun tak ada. uhu. tapi kalau korang datang, don't worry. kami tak seksa tetamu kami. haha.


bulan puasa gini, rindu nak puasa kat rumah. petang-petang buat kuih. kalau tak buah melaka (onde-onde), buat cekodok pisang. lenyek-lenyek pisang. tak pun buat cek mek molek. nostalgia betul. =P

dekat-dekat nak raya, kalau tak boleh puasa, memang best. buat biskut sambil ngapp biskut yang dah siap bakar. buat kek coklat. huks.

wait Kota Bharu, i will be there a week before raya!

p/s: tadi taip entry ni sebab nak tunjuk resepi taugeh celur yang macam kat Chicken Rice Shop tu. tapi terlajak sudah. lain kali ye. lagi 2 hari ije update lagi. dulu pernah try buat kerabu mangga CRS tu. memang suberp. sebijik. isk. asyik-asyik update resepi je. well, bila lagi nak abadikan saat-saat pertama memasak. nanti boleh tunjuk kat anak-anak. =P

5 comments:

luvelysyue said...

waahh,,tringat kenangan tu gak..dlu pun blik sek mkan nsi bgkus je..
ma n abah keje,..abah pon ngajar blik tgah hari dah ltih..bumm tdo...

ma msak malam smple2,ujg mnggu je msak yg kire superb..tak pon tnggu wak jmuan2 mkan2...

luvelysyue said...

yesss,,ije beraya di kelantan...sgat adil kan...haha

MieZa said...

mieza pon belajar masak bila dah besar tue pon yg simple2, yang boleh bg adik2 mkn...kalau yg advance sikit..google jer..mesti jadik =)

Adeqq said...

hiks. dulu zaman kecik2, mama memang pastikan anak2 die pandai masak sedari kecik.

umo 12 taun da bole masak asam pedas~ hehe. alaa, bole masak ke tak bukan petanda bole kawin ke tak. hehehehe. bole masak pon x semestinye leh kawin. HAHAHA

hitamputeh said...

transformasi berlaku...he3....bese la tu kan....