28 August 2010

order mercun

peristiwa: rabu lepas (25th august 2010)

perbualan antara cikgu dan anak murid:

murid A: teacher, saya nak tengok list mercun boleh?
cikgu: list apa?
murid A dan B: MERCUN!
cikgu: mana? saya nak tengok dulu.

(cikgu pulak yang terlebih. haha)


cikgu: mana awak dapat ni?
murid A: dia punya (tunjuk kat murid B)
cikgu: ada duit ke awak nak bayar ni. sekotak RM20, RM30 ni.
murid A: lepas raya baru bayar. guna duit raya.

amboi-amboi budak ni. duit raya guna nak bayar hutang. hutang mercun pulak tu. bakar duit. ibarat ada duit beli rokok juga la ni. tapi orang beli rokok dengan duit sendiri takpe lagi. ni siap kutip duit raya dengan orang sebab nak bayar hutang mercun. huhu.

peniaga dah bijak pandai sekarang ni. pelbagai strategi digunakan. ambil barang dulu, bayar kemudian.

murid A: boleh tak teacher?
cikgu: apa?
murid A: nak tengok list ni. nak order.
cikgu: dah siap kerja?
murid A: belum.
cikgu: DAH! SIAPKAN KERJA DULU!
murid A dan B: alaa..

ije lantas ambil kertas list tu dan snap gambar. 'saya snap gambar ni. nak bagi guru besar'. padahal dalam minda fikir, 'boleh buat modal update blog ni'. =P

p/s: takde ke murid yang bawa mercun? boleh rampas. malam-malam bakar mercun free. bunga api pun takpe. asal free. ehe. =)

4 comments:

MieZa said...

wah...ada jugak mcm nie ea...pakai dulu byr kemudian..huhu

hitamputeh said...

siap men order2 lagi ek..ish3...

~ceRRy beRRy~ said...

amboihhhh...
camni xyah bg duit raya!

merahitujambu said...

bahayaa laa..apa laa punya perniaga cmtu..penting diri..amik kesempatan kt budak2..haish