14 August 2010

resepi: ayam paprik

perasaan jadi chef membuak-buak di suatu petang. maka ije godek peti ais dan jumpa bahan mentah untuk buat paprik. maka, di sini disediakan beberapa langkah mudah untuk buat ayam paprik. budak tadika pun gerenti boleh buat punyalah masakan ni. senang yang amat. ada lima langkah mudah.


langkah satu: mula-mula sekali, kita rebus isi ayam. ije ambil bahagian paha yang dibuang tulang. ala-ala nak buat chicken chop. seketul je la buat. untuk dua orang makan. rebus guna air yang sikit je. cukup-cukup untuk menenggelamkan ayam tu. masuk sekali dengan tulang-temulang sebab kita nak dapatkan stok ayam. rebus ala kadar je. bila nampak cam isi ayam dah jadi putih tu, kira boleh padam api la. dan, ketepikan.


langkah dua: kemudian, ambil kuali pemberian kawan sempena perkahwinan ije sepuluh minggu yang lalu. letakkan minyak lantas tumis seinci halia yang diracik bersama dengan 3 ulas bawang merah yang diracik jua dan sebatang serai yang diketuk mesra. tumis sehingga naik bau.

langkah tiga: agak-agak bawang tak hitam tu, masukkan pula empat sudu cili boh. lagi best kalau guna cili kering yang direbus dan di-blend hancur. kacau lagi hingga wangi. seterusnya, masukkan sedikit kicap dan garam secukup rasa. sebab ije buat time puasa, memang masukkan mereka sesedap mata memandang lah. ehe.

langkah empat: selepas itu, masukkan isi ayam yang direbus tadi beserta stok ayam. kalau nak kuah lagi pekat, macam biasa, letak tepung jagung. kacau dan biarkan selama dua minit. ni kalau tak makan ayam, ganti dengan udang atau sotong pun boleh.


langkah lima: akhir sekali, campakkan lima helai daun limau purut yang digunting cantik-cantik macam kat kedai, lima biji cili padi yang dipotong secara mini (semakin banyak cili padi, semakin pedas paprik yang jadi), kubis bunga, kacang panjang yang digunting dalam kadar seinci, dan lobak merah. kacau dan akhir sekali baru masukkan buah tomato dan sos tiram.


siap!

kualiti gambar tidak mengizinkan sebab dah edit kasi dark sikit sempena menghilangkan wasap-wasap akibat masakan panas. maka, nampaklah kuah yang hitam padahal kuah dia ala-alah merah gelap sikit-sikit je.

jom review balik:


bahan-bahan:

minyak masak
3 ulas bawang merah
seinci halia (diracik)
sebatang serai (diketuk)
4 sudu besar cili boh
sedikit kicap
secubit garam
isi ayam (direbus)
stok ayam
5 helai daun limau purut (digunting)
5 biji cili padi (dipotong)
kubis bunga
kacang panjang
lobak merah
buah tomato
sedikit sos tiram

p/s: tengah syok masak, lupa nak masukkan tomato. wakaka. tapi masa berbuka, puas hati yang amat. rasa ayam paprik ni menjilat jari.

8 comments:

fairuz n nani said...

wahhh..menyelerakan..boleh cube ni..hehe~

eddie dewanaga said...

nampak edible...!!!

hehehe... nampak sedap, good job Ije.

hitamputeh said...

ije..leh bukak kedai dh nie...he3..

ije said...

fairuz n nani:
try la. nt le wat juadah berbuka utk fairuz. =)

ije said...

eddie dewanaga:
memang sedap lah abg eddy.. =P

ije said...

hitamputeh:
haha. setakat nak jamu mulut sendiri tu boleh la.

luvelysyue said...

nak try jgak la msakan ni..nk cube rsepi ije lak..hehe

ije said...

luvelysyue:
ehe. x rugi cuba. memang sedap. =)