24 August 2010

resepi: ayam phat phet

dulu kat maktab (Institut Pendidikan Guru Kota Bharu), ije selalu makan di kedai Abe Tepanyaki. kedai depan Pantai Timur Pengkalan Chepa. sekarang ni tak tahu wujud lagi tak kedai ni. menu paling best kat kedai tu ialah Ayam Phat Phet. pedas dan mengancam.


sebab sekarang memang sangat rajin memasak. ije tak lepaskan peluang try masak ayam phat phet ni. Alhamdulillah. menjadi. masakan yang mudah dan sedap. =) macam biasa, menu untuk dua insan.

bahan-bahan:

bahan A (di-blend)

1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi (suka hati)
1 batang serai
1 cm kunyit
1/2 cm halia
sebiji tomato

bahan B

ayam
(bahagian paha & dibuang tulang & dipotong dadu)
2 helai daun limau purut (digunting)
garam, gula

langkah-langkah:

blend bahan A bersama sedikit air. ketepikan.

*thanks to my aunt, Cik Mah and her family for the white blender. i love it much!

panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah di-blend tadi.
kemudian masukkan bahan B.
tunggu sehingga agak kering.

dan siap untuk dihidang

mesti dalam hati korang cakap 'ek elee.. senangnya. tu pun nak tulis kat blog'. uhu. well, memang pun. kalau yang payah-payah bukan ije yang masak. ije masak masakan yang simple-simple je. tapi masakan ni memang best. one of my favourite jugak la. dulu kat Abe Tepanyaki tu, satu pinggan RM5.50 siap dengan nasi putih dan telur mata. sedap! lagi pedas lagi sedap. serius!

p/s: saya cikgu baru belajar masak. =)

10 comments:

Anne M. said...

owh ini ke teppyaki..
org selalu buat masak macam neh..
ije, bukan ke klate suka makan manis2..

lieya orange M.I. said...

namapk pun seda...pedas2, lg lah lieya suka...huhuu

ije said...

Anne M.:
kelantan mmg famous ng kuih-muih yang manis2. orang2 nya bergantung la. ada tu xleh tinggal gula. ehe.

lieya orang M.I.
yup. pedas memang best. try la buat. memang senang je. tu ije wat. hihi. kalo payah ije x wat.

merahitujambu said...

SELAMAT MENCUBA..EHEHE..TUJU PADA DIRI SENDRI

Anis said...

terima kasih bg idea untuk berbuka semalam .

ije said...

merahitujambu:
semalam ije cuba lagi.. guna udang lak. ehe.

ije said...

Anis:
wahh.. dah ada yang cuba.. =)

julietchun said...

slow2 belajar takpe, jgn tak belajar masak langsung kan :P

hitamputeh said...

look delicious!!!!!

dLyNn said...

owh,..patutla cam kenal jek blender tuh..hehehe