22 August 2010

resepi: taugeh celur Chicken Rice Shop

resepi yang teramatlah senang dan mudah. kalau resepi sukar, bukan ije yang buat. =P kalau yang senang-senang, memang confirm tu air tangan ije. macam taugeh celur ni. pun tak sampai 5 minit boleh siap. sedap tu usah cakap. pasti licin! rangup!


bahan-bahan:

segenggam taugeh
stok ayam
1/2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 bawang merah (hiris)
1 bawang putih (hiris)
sedikit lada sulah
2 biji cili padi


langkah-langkah:

1. celur taugeh dalam masa 1 minit. ije kalau malas, rendam je dengan air panas. lebih kurang je la. hehe. tos air dan ketepikan.
2. sediakan mangkuk. campak semua bahan lain ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
3. masukkan taugeh tadi dan kacau mesra.
4. hias dengan daun sup dan bawang goreng kalau perlu.
5. boleh makan dah.

*stok ayam: kalau tak rajin nak rebus ayam, campur serbuk pati ayam dengan air je.

mudah kan? imej memang tidak seperti chef la. macam mana nak imej macam chef sebab ije ni cikgu sekolah. uhu. buat dalam mangkuk tu, snap time tu jugak. tak sempat dah nak lap-lap dengan tisu. =)

selamat mencuba! (again, ye ye oo je)

akhir kata, we are celebrating our 2 months, 2 weeks and 2 days anniversary today. =)


11 comments:

AiTotYati said...

salam ije,

resepi ni mmg mudah. nak buat nak buat.

mataceh (^_^)

Mimie.Candy Cane said...

hehehe..baru semalam makan kat chicken rice shop.taugeh dia mmg sedap n fresh.lepas ni nak cuba buat sendiri plk

luvelysyue said...

bgus la ije ni,,slalu bg resepi yg simple utk dicube..

ssuwai ngt tuk sye yg bru blajar nk msak2 ni...

ije said...

AiTotYati:
sesame.. buat tau. nt nak try buat puding roti sedap tu. kes2.

Mimie.Candy Cane:
yup. letak cili byk2.. best.

luvelysue:
haha. sebab ije pun tgh belaja masak. tu buat yang simple2 je. =P

luvelysyue said...

slamat mnempuah alam prkhwnan gak...clebrate 2 blan lbih doh ye.,..

epy2 la sokmo,inysa allah

merahitujambu said...

skang ni rajin betul post masakan..terliur laa

eddie dewanaga said...

BELIA
BENCI
TAUGEH...!!!

lieya orange M.I. said...

alamak, terliur lah pulak..huhuuu...suka taugeh rangup2..=)

ije said...

luvelysyue:
amin.. =)

merahitujambu:
takde modal lain nak update blog.
pagi pergi sekolah.
petang masak.
malam tidur.
hujung minggu rehat, xde modal lain. ehe.

ije said...

eddie dewanaga:
ehh.. sedap la taugeh. rugi je..

lieya orange M.I.:
boleh try la. memang senang amat.

~ceRRy beRRy~ said...

resipi yg sgt simple tp mst sedap ;)

happy anni =)