16 August 2010

a visit on 1st Ramadhan

rabu lepas bersamaan dengan 1 Ramadhan, ije berada di bumi Selangor.


alkisahnya, hari Selasa selepas waktu sekolah 1310hr, ije berkira-kira program sempena cuti 1 Ramadhan. macam bosan la pulak duduk rumah satu hari suntuk. puasa pulak tu. lantas ambil keputusan drive ke rumah incik suami di Selangor. gigih tak?

dah lama tak buat kerja gila macam ni. rindu nak buat kerja spontan macam ni dengan my lovely bff, Afifah. memandu di tengah malam ke arah pantai. pusing menjajah segenap daerah di bumi Kelantan di awal pagi. best!!

ije gerak dari bumi Kluang pukul 1400hr. naik tol Ayer Hitam dan turun tol Nilai dengan kadar RM28.20. kemudian memandu mengikut signboard ke arah Banting, cari signboard Klang, di antara itu akan jumpa Sijangkang. tempat incik suami la tu. sampai sana pukul 1730hr. 3 jam 30 minit. not bad.

balik rumah incik suami, mandi dan sembahyang lantas keluar ke Shah Alam. dalam 30km je. kami menuju ke i-city. bayar cuma RM5 untuk sebuah kereta. kami pusing sebentar dan kembali ke rumah incik suami. dalam perjalanan singgah sebentar di CIAST. tempat adik ipar ije menuntut ilmu. kemudian, my big bro pulak SMS ajak singgah rumah dia. tapi sebab dah dalam perjalanan balik, maka lain kali ye kami singgah.




sebelum subuh, kami bangun sahur bersama. makan roti gardenia dan air kotak susu sorang satu. haha. mana nak masak, dapur gas tak ada. kalau ada pun, rajinkah ije? =P

selepas subuh, ije sambung tidur. incik suami pergi kerja. best rupanya jadi suri rumah tangga sepenuh masa. bebas. sehari pun jadi lah. bangun dan kemas apa yang patut dan tolong incik suami susun kertas peperiksaan. lorh. masih jadi seorang guru. ingatkan boleh jadi suri rumah untuk 1 Ramadhan.

pukul 1 petang, incik suami balik dari sekolah. kami menikmati tidur petang pada 1 Ramadhan. bangun dan bersiap untuk berbuka puasa. lepas asar, kami ke AEON Bukit Tinggi Shopping
Centre, the largest Jusco in Malaysia and Southeast Asia (and third largest in Asia). 5km je dari rumah incik suami. tak panas bontot, dah sampai dah. booked meja dan pusing membeli-belah secara tingkap. banyak lepak di kedai buku pun. duduk bersila dan baca buku sesuka hati. usai berbuka, kami sembahyang dan balik.

it's time for me to go back to Johor. uwaa. ikutkan hati nak je cuti. tapi sebab masih baru dalam perkhidmatan, kena bersopan santun la. ehe. pukul 9 malam, kami berpisah. hiks3. pukul 12.30 tengah malam ije sampai di bumi Kluang. Alhamdulillah. finally, boleh juga celebrate first Ramadhan dengan incik suami tercinta. bersahur dan berbuka bersama. =D

p/s: "don't worry my dear, we'll meet again in less than 48hours" =D

13 comments:

lieya orange M.I. said...

ije, semoga berbahagia selalu..=)
selamat berpuasa...

MieZa said...

wah.,,ije bagus nie pergi sorang =)
demi sang suami =)

merahitujambu said...

bahagianyaa..jeles tau

ije said...

lieya orang M.I:
insyaAllah. thanks for the wish.
salam ramadhan gak untuk lieya!

ije said...

MieZa:
tiap-tiap minggu sang suami balik untuk isteri..
setahun sekali, ije pergi untuk suami.
wawa..
=P

ije said...

merahitujambu:
jeles tu tanda sayang. mwahh! =D

luvelysyue said...

cian drve sorg2 malam2 ye blik jhor..tpi semangat tu penting...demi sang hsband...

eddie dewanaga said...

wah.. gua yg tumpang baca ni pun feeling2 bercinta gitu...

Eazy Izzuddin said...

wah..
semoga berbahagia selalu..
selamat berpuasa..
;)

ije said...

luvelysue:
haha. tau xpe. semangat yang penting. penat pun hilang kalau dekat ng husband. euww..

eddie dewanaga:
lu memang jiwang karat bro..

Eazy Izzuddin:
terima kasih.
selamat berpuasa gak utk ezzy.

sweetmulo said...

kak ije..tiba2...i miss u la..hehehe..teringat berbuka sama~~~~~~~

luvelysyue said...

ije,,duk kluang area mne?..ade gk bst fren duk sna...

ije said...

sweetmulo:
yup. rindunya dulu buka sama2.

luvelysyue:
kat bandar kluang. meh la dtg kluang.