13 November 2010

kisah mak-mak

pada suatu hari di bulan Ramadhan yang lalu, kami beli pregnancy test kit. memang saja gedik cari kerja sebab period ije memang dah lambat 2 minggu. masa kat mall tu, siap jumpa saudara lagi. dorang tanya bila boleh dapat baby. hah?! kami saling memandang. memang dah jangka i'm pregnant. cuma nak balik buat test dulu untuk confirmkan. haha.

balik rumah tak terus buat test pun. mengada. tidur dulu. esok pagi baru buat.

tengok result, positif. oo yeahh! jadi parents!
erkk. Alhamdulillah atas rezeki ni.

sementelah berbulan-bulan sejak raya ije tak update blog. sepanjang itu jua lah ije hadapi kesukaran untuk online. online kejap je kat sekolah. kat rumah nak online pakai broadband sangat menguji kesabaran. tambahan pulak bawa orang baru dalam perut. meragam. penat. letih. semput. sakit kepala. loya. muntah. sakit belakang. tak larat. segala macam perkataan yang merujuk kepada 'tak sedap badan' melanda ije. seksakah nak jadi bakal ibu? mungkin tu semua sebab nak ajar ije agar lebih bersabar. ehe.


our baby in his 15th week on november 6th. jantina dah dikenalpasti. anak sulung kami seorang lelaki. insyaAllah. tak tahu la kalau keluar nanti berlainan jantina sebab masa scan hari tu terang nyata nampak 'bird' beliau.

sekarang dah masuk bulan ke-4. getting better. walaupun tiap-tiap minggu pergi klinik ibu mengandung untuk ambil darah tanpa sebab. kes hB darah rendah dah settle. entahlah.

minggu ke-9 hB 10.9
minggu ke-11 hB 10.8
minggu ke-13 hB 11.4 (dah lepas takat minima!)
minggu ke-15 hB 11.0 (aik turun balik)

sebab? tak konsisten makan madu. madu memang membantu meningkatkan hB ije. sebab ije tak boleh makan sayur berdaun seperti bayam dan kangkung. confrim muntah. jua, tak boleh bau kerang.

minggu depan cuti sekolah. maka, insyaAllah blog akan sentiasa dikemaskini. tak sabar nak 'berhenti kerja' buat sementara waktu. SCHOOL BREAK!! beberapa bulan ni bangun pagi terpaksa pujuk diri pergi kerja. sebab utama tentulah penat akibat baby baru membesar dalam perut. sabar ye sayang, april tahun depan awak keluar melihat dunia fana Allah swt ini. insyaAllah.

6 comments:

mun-e said...

congratZ ije!! bakal jadi ibu ^^

::alwaniamalini:: said...

lama x dgr cite ije, tup2 dapat baca berita gembira :D

congrats to both of u! jaga diri elok2 :)

RoSeNoi♥A'n'L said...

Ya Allah!!!! Seronoknyaaaaaa!! Congratsssss Ije.. bestnya nanti dah jadi parents.. Semoga semuanya berjalan lancar ek..

And yeah..
HAPPY HOLIDAYYY!! ;D

~ceRRy beRRy~ said...

congratz again ije!
eeeee baby boy ek! tak sabar nk tgk..hihi..

take care tau tau! ;)

atty's said...

Tahniah ije..takecare..

Eazy Izzuddin said...

congrats!
;)

Entry Baru:
Oh Result