14 November 2010

pening

CRK yang bersamaan dengan Cuti Rehat Khas yang diperuntukkan 7 hari kepada kami warga pendidik TIDAK DILULUSKAN kepada ije. uwaaa! masih berbaki 3 hari. kononnya simpan untuk stok cuti raya haji. tapi sia-sia. kalau tahu tak dapat ije pulun habiskan cuti CRK sejak berkurun dulu lagi. uhu.

yang tak boleh blah, ije dah kat Selangor pun. hua3. akhir tahun nanti la pulak jumpa pintu pagar sekolah kesayangan di Johor tu untuk mesyuarat. hihi. tapi takpe. there must be solution for any problem. kes2.

esok Selasa, balik KB. tak sabar nak makan itu ini. nasi kukus Haikal kat Pengkalan Chepa, nasi kerabu dengan ayam atau daging bakar, nasi pagi Kak Wok yang kena beratur panjang di awal pagi. bersabarlah wahai hati.

hurmm. banyak benda berlegar di fikiran.
  • satu:: keputusan interview SPP (suruhanjaya perkhidmatan pelajaran). Along dah lulus dah. bini je tah lulus ke tak.
  • dua:: semakan pertukaran Along ke Johor. hari ni boleh cek tapi ije nak dengar sendiri dari mulut Along. tadi Along balik hantar makanan, dia cakap tak dapat pindah. tapi status Along kat facebook macam dapat tukar. adei laki aku ni.
  • tiga:: cuti CRK yang tak diluluskan. 3 hari tu. mana nak cari cuti? adei GB pun. tak consider orang kelantan nak merasa raya.
macam meraban jek entry ni. pape je la. memang emosi tak stabil sebab fikir banyak benda. hingga Along pernah cakap. 'kalau sayang selesaikan terus benda yang sayang fikir tu, dah lama siap. ni masa fikir nak buat ke tak nak buat pun dah lama'. hua3.

antaranya fikir nak kemas barang-barang balik kampung mula kat mana? sambil ije baring kat tilam dan fikir. angkat kain dulu? ke makan dulu? ke tunggu zohor nanti? ke sumbat masuk beg je nanti? kalau tak mandi dulu, nanti penat. mana satu ek? tapi kalau kemas dulu mesti nak kena mandi lagi? at last tak buat apa-apa. haha.

sebagai tanda ingatan sebelum cuti sekolah bermula 20 november ini, walau hakikatnya ije dah mula bercuti pun. hihi. saksikan gambar di bawah.

anak murid 1 Usaha. main doktor gigi. mentang-mentanglah nurse datang cek gigi dorang kat sekolah. terus diaplikasikan dalam kelas.

3 comments:

Naniey said...

da lm ije tak berblog...akhirnye terupdate jugak yer..alamak tkleh cuti..so mcm mn nak ry

::alwaniamalini:: said...

selamat berhari raya! :)

mademoiselle azieshakespeare said...

comel je tengok budak2 tu :D