24 January 2011

53kg bersamaan berat saya pada 2005 =)

hari ni, 24th january 2011. pertama kali muntah di tahun 2011. catat sejarah kan? haha. nasib baik masa tu tengah rajin nak basuh baju. memang dah ada kat toilet untuk sambung salur air kat kepala paip. tiba-tiba muntah. adoyai.


minggu ni baby dah ada dalam perut untuk minggu ke-27. cepatnya masa berlalu. minggu depan masuk 28 minggu. masuk third trimester. kalau ikutkan. first trimester (minggu 1 - 12) memang muntah teruk. asal makan confirm keluar balik. makan buat syarat je la. masa nak keluarkan balik tanpa disengajakan sangat menyakitkan. =( tak nak ulang lagi masa tu. uhu.

second trimester (minggu 13 - 27) normal. bedal je semua yang nak di makan. sampaikan kena minum air gula sebab berat naik mendadak. (rasanya takde la manis sangat. ke nurse tu salah bancuh? haha) sebelum pregnant berat 44kg. tiba-tiba jadi 51kg masa bulan ke-5 kandungan. hiks. sekarang dah 53kg, my weight when along and me were falling in love in 2005. huks. ada kisah masa test gula kat klinik..

al-kisahnya..

malam sebelum tidur dalam pukul 10 mula puasa. bangun pagi terasa lapar yang amat. terus minta along cepat-cepat. nak sampai klinik cepat. nak ambil darah. minum air gula dan nak balik makan!

selesai ambil darah dan minum air gula dalam 8.30 pagi. nurse minta datang balik 2 jam kemudian. dalam fikiran ije. oh 2 jam lagi. pukul 10.30 nanti la. sempat ni nak pergi sarapan. kami pun sama-sama makan roti canai dan milo ais.

pukul 10.30 pagi terpacak kat klinik. usai ambil darah, lantas nurse tu berpesan, "lagi 2 minggu datang ambil result. sekarang awak boleh makan!". gulp. saya dah telan sekeping roti canai telur tadi. apesal tak pesan awal-awal? kes takut kena marah dek nurse, ije just senyum dan balik rumah.

2 minggu kemudian, pergi ambil result. normal. Alhamdulillah. takut juga tak normal sedangkan test tu macam main-main doktor je la. tak buat betul-betul. hihi. kang tak pasal-pasal kena marah. tapi through my observation, the nurses nowaday in the hospital dah tak garang macam anggapan ije dulu-dulu. hihi. senyum je memanjang dorang.

mana berat tak naik. makan tak ingat dunia. =P

apakah tadi muntah di minggu ke-27 menandakan permulaan untuk episod muntah-muntah di third trimester yang masuk minggu depan. uwaa! tak nak!

nota kaki: we are now looking for the maternity clinic with 4D scan around Kluang. maybe this will be the last time kitorang scan baby sebelum kami decide nak beli barang for girl or boy. walau hakikat first time scan dulu dah terang nyata, HE is a BOY.

2 comments:

asna cute said...

sekejap jer masa dah berlalu kan. bby ije pun dh makin besar. asna ari nie bru nk scan tgk bby boy or girl hehe =))

saya said...

aduhaii.... lamanya saya dah tak masok blog ni.. tau2 je anda dah berdua..eh..dah nak masok bertiga dah ni!! anyway..congratulation for both of your greatest events in yrlife..yr wedding & the cute lil in yr tummy! have a nice day..and take good care of your health ye!