21 January 2011

rentetan peristiwa

Dah hampir sebulan kami bersama sebumbung. Ibarat pengantin baru. Melangkah ke rumah baru. Yes. Dulu saya gembira dapat bersatu dengan si dia pilihan hati. Tapi saya sedih kami tidak dapat hidup bersama. Hanya bersama di hujung minggu. Menjelang setiap ahad, adalah hari yang memeritkan. Terpaksa berpisah jarak. Kini, kami bersama. Allah mendengar rintihan hambaNya. Terima kasih Tuhanku.

Rentetan peristiwa hidup ije yang kini tinggal bersama sang suami tercinta.

13 disember 2010 : pusing-pusing Kluang mencari rumah sewa. padahal pusing-pusing Taman Sri Impian je pun. dah memang aim nak sewa rumah kat situ. haha. hari tu jugak dapat dengan sewa yang amat berpatutan. terima kasih tuan rumah.

14 disember 2010 : sempat tidur semalaman di rumah sewa. kembali ke batu pahat menyambung sisa cuti yang masih berbaki 2 minggu. keluar masuk mall dan rumah untuk membeli barang yang patut. terima kasih tak terhingga buat mak yang jahitkan langsir. =)

26 disember 2010 : dari batu pahat. kembali ke kluang. Rumah kosong. Bersepah dengan barang-barang yang belum dikemaskan. Take ur time ije.

Malam, kami keluar menyaksikan perlawanan akhir pertama piala AFF Suzuki di kedai makan. Makan lambat-lambat. Ije siap order air kedua lagi.

*photo uploads on Feb, 12th.

27, 28, 29 disember 2010 : mesyuarat di sekolah tiga hari berturut-turut. Balik sekolah terus mengembara cari barang penuhkan rumah. Err. Barangan penting seperti peti ais, almari dapur, tong gas, ampaian, rak pinggan mangkuk. =)

29 disember 2010 : perlawanan akhir kedua piala AFF Suzuki beraksi lagi. Kini, balik batu pahat semata-mata nak layan bola. Hihi. Pukul 12 malam bergerak balik. Esok harus ke sekolah. Ada pendaftaran murid Tahun 1.

30 disember 2010 : TV idaman kami akhirnya menjelmakan diri. Tapi sangat perit sebab kami harus memilih antara antena tinggi berharga RM320 dan terus mendapat siaran TV1 hingga TV9 dan beberapa siaran singapura ATAU astro yang terpaksa menunggu stok dalam masa 4 minggu.

4 minggu bersamaan sebulan?! Sebulan tanpa TV. Er. TV ada tapi tak ada siaran. Kami pilih astro. Menunggu takpe. Kami boleh sabar. Susah senang bersama. Hihi. Balik sekolah hanya melihat skrin hitam TV. Nasib baik along bijak memilih home theatre. Boleh gak dengar siaran radio.

3 januari 2011 : hari pertama persekolahan. Balik sekolah terasa bosan yang teramat sangat. Rumah tanpa TV. Rumah tanpa internet. Rumah tanpa katil besar. Katil bujang yang ada pun ada kat bilik kedua. Kami tak tidur kat situ. Kami tidur kat tilam nipis di lantai. Tilam bujang jua. Kalau ada antara kami jatuh pun, rendah je. Haha. =P

Hari berlalu dengan perasaan bosan melanda diri. Rumah hanya lengkap di bahagian dapur je. Sebab keperluan perut harus di utamakan.

Balik sekolah, tidur. Bila bosan, keluar menghabiskan duit yang semakin kering. Sumpah. Rasa hidup sunyi walaupun kami dah bersama sebumbung. Impian masa lalu kini dah jadi nyata. Hidup bersama. Oh. Ini dinamakan susah senang bersama. Sabar. =)

6 januari 2011 : internet berhubung bersama kami. Baru terasa ‘hidup’ sikit. Alhamdulillah.

10 januari 2011 : astro pula menjelma. Terasa semakin lengkap. Walaupun rumah masih kosong tanpa sebiji kerusi. Namun, suara dari TV seboleh-bolehnya memecahkan sunyi hidup kami berdua. Eh. Bertiga. Sorang lagi dalam perut. Uhu.

Hidup berdua diteruskan. Nasib baik kami cikgu. Balik kerja tengahari yang tak berapa nak tengahari. Sebab kadang-kadang sampai rumah pukul 3 atau 4 jugak. Uhu.

20 januari 2011 : perabot pula yang sampai. Alhamdulillah lagi sekali. Akhirnya kami ada kerusi untuk duduk. Sebelum ni makan dan tengok TV sambil bersila. Dengan perut yang membesar, dah duduk.. payah nak bangun. *macam la besar sangat perut ni. Haha. Baju kurung pun maintain je pakai ke sekolah. Belum lagi ber’uniform’ maternity dress. Ehe.

Lagi..

ije tak ada kabel kamera. Missing in action. Pindah-pindah barang hari tu. Tak tahu mana letak kabel. I do snap few pics for memories. Tapi tak boleh nak transfer. Duk diam-diam dalam memori kamera dulu ye. nanti ada rezeki jumpa kabel kat rumah ni atau kat kedai (beli baru la tu), akan di abadikan dalam blog yang sekian lama tak ter-update.

MOTIF tak update blog? Ije lupa password blogger.com. Hari ni macam banyak je masa lebih nak mengadap laptop. Er. Kes dah ada meja study. Tu yang semangat nak online. Dulu hanya bersila. Cepat lenguh. Ehe. Nak baring cam zaman ramping dulu kala memang babai la. Hihi.

Lagi..

Penutup entry pertama setelah sekian lama, saya cintakan hari-hari saya. Namun, saya lebih cintakan si dia yang bertakhta di hati saya selepas Allah dan Rasul, Muhammad Shah Redzuan. You are my sunshine. Love you! =)

2 comments:

::alwaniamalini:: said...

lama x baca celoteh ije :)
alhamdulillah akhirnya boleh duduk dekat dengan suami kan...

lieya orange M.I. said...

ije, may u happy always with him...
bg lah gambar ije ngan perut baru..hihii