12 February 2011

dah beberapa kali tangguh projek beli belah barang baby. si ibu menanti hari penuh sabar. tak sabar nak pangkah-pangkah nombor pada list yang disediakan. banyak sangat halangan masa. ibarat kerja 24jam je. padahal kerja cikgu. balik tengahari. tapi itu tak bererti kami punya banyak masa. (er.. at least lagi banyak masa berbanding yang kerja office hour.. kan2?)


paling tak balik pukul 2. makan dan sembahyang dan take a nap. bangun dah asar. belek-belek peti ais dan sepahkan dapur. mandi. dah malam. belek-belek buku dan fail anak murid. tengok jam dah pukul 11. tak sempat nak buka TV. terpaksa tidur. esok pagi kena bangun awal. nak basuh dan jemur baju dan gosok baju dan sapu lantai rumah. nasib baik tak punya anak lagi. tak perlu menjerit mencari stokin dia yang entah di mana.

tiba hujung minggu, hanya fikir mahu rehat. beraja di rumah. kadang hari sabtu, terpaksa berkejaran ke sekolah. aktiviti sekolah. sama seperti hari ni. merentas desa mahkota. hilang 1 hari hujung minggu. namun takpe, pujuk hatimu ije. esok ada lagi sehari cuti. =)

so far dah beli sedikit barang baby secara online. kes tak ada masa ke kedai. saya curi masa ke kedai online. =P namun, harus berhenti menjelajah barangan di kedai online. kalau tak, tak dapat feeling beli barang depan mata. lain feeling dia. kan.. kan?~






0 comments: