26 February 2011

kat mana nak bersalin?

senarai list barang baby dah hampir penuh. maybe dah 95%. yang belum beli ada dalam lima enam barang lagi seperti set bersalin, diaper bag, baby bottle rack, almari baju baby dan lain-lain.

topik hangat dua tiga hari ini ialah nak bersalin di mana. tentu-tentu di Johor. sebab tak sanggup nak duduk dalam kereta lama-lama balik KB untuk ketika ini. hospital kerajaan kah? swasta kah? sebab ije kerja cikgu je.. maka, tak ada peruntukan bersalin cam kawan-kawan lain yang kerja private. uwaa.. bestnya korang. tak pening-pening wat decision. jealous. =(

dua tiga hari ni gak tugas kami bakal ibubapa ialah buat survey tentang pro dan cons hospital kerajaan dan swasta. hurm. setakat ni..

hospital kerajaan:

1. cas daftar RM1 je. =P (yang ni memang tak boleh blah). kawan along cakap, ko hantar kerajaan bawa duit RM1 je. uhu.
2. daddy dibenarkan masuk ke dalam labour room. mahukah along? tskk..
3. tak boleh ada penjaga all the time. hanya sendirian di wad kecuali waktu melawat.
4. kena jaga baby sendirian sehingga dibenarkan balik melainkan waktu melawat, bolehlah mereka yang melawat mengambil alih menjaga baby. kalau macam my friend's case, tak tidur 2 hari. 1 malam sakit bersalin, 1 malam kena jaga baby. mummy needs rest!
5. dah masuk labour room, langsung tak boleh sentuh makanan atau minuman. kalau 12 jam dalam labour room, 12 jam tak makan minum. err.

(penilaian rawak dibuat berdasarkan cerita kawan-kawan mengenai hospital kerajaan berdekatan)


hospital swasta:

1. bilik boleh pilih. satu ibu satu bilik. dua ibu satu bilik. mahupun empat ibu satu bilik. namun, bergantung kepada kekosongan. kos bilik pun less than RM100.
2. daddy boleh menemani ibu sepanjang tempoh sakit sebelum bersalin, di dalam labour room, di dalam bilik wad. this is good for mummy to have support from daddy, all the time. =)
3. boleh makan di labour room. err. seperti minum 100 plus untuk energy.
4. cas normal around RM1200. tapi sangat risau kalau terpaksa operate. it will charges us almost RM3000. mana nak cekau? =P yet, setakat ni, kepala baby dah di bawah pun. insyaALLAH bersalin normal.
5. baby akan dijaga oleh nurse. makanya ibu boleh rehat. tak perlu risau kegagalan mengawal bayi di saat pertama. mana tau nak tepuk-tepuk bayi. dah la baru lepas bertarung. uhu.

(penilaian berdasarkan cerita rakan-rakan kami mengenai Johor Maternity Center, Kluang)

see? ia lebih memberat kepada hospital swasta. alasan betul! tapi memang realiti la kan? bukan nak berat sebelah. hurm. akan dibincangkan dengan lebih lanjut sebelum membuat sebarang keputusan akhir.

tapi kata-kata ni ada benarnya, 'bersalin kat mana-mana pun, sakit bersalin tetap sama. bukan di hospital kerajaan, sakitnya jadi lebih'. kan kan?

really. tidak terlalu bimbangkan soal sakit bersalin. sebab lain orang lain sakitnya. dan nak tak nak, kena lalui. cuma keselesaan fizikal dan lebih penting, keselesaan mental sepanjang tempoh tersebut.

p/s: Ya Rabb, tunjukkanlah jalan kepada hambaMu ini.

1 comments:

sharamli said...

akak..
0rang baru tau..
heee..

d0akan selamat untuk akak n baby..
insyaallah