02 February 2011

kriteria beli stroller

cuti sekolah seminggu! horray! cey. macam la baru cuti sekolah. padahal dah separuh jalan pun. esok khamis. ada lagi 3 hari. =)

kampung di batu pahat banjir. hujan lima enam hari tak banjir pulak. tup tup hujan berhenti dua hari, air naik sampai aras dada. maybe kes dorang buka empangan sembrong. ije dalam keadaan macam ni, duk diam je la. hanya mampu memerhati. ni pun kena tinggal kat kluang. yang lain balik batu pahat. bawa ije, buat berat kereta dan sakit mata je. bukan boleh tolong buat kerja pun. hihi. melepak je dalam kereta cam petang semalam. macam mana nak mengarung air, kang baby lemas. *alasan! =P

plan nak beli barang-barang baby dalam cuti ni. dah aim kedai yang di-suggest-kan oleh akak-akak kat sekolah, BABY SHOP di Parit Raja. hari tu pergi scan baby singgah jap kedai tu. tengok-tengok harga. yup. memang murah. tapi sebab banjir, kira postpone dulu la. kang orang sibuk hal banjir, kita sibuk hal baby. bukan baby nak keluar esok pun. ada lagi kurang lebih 60 hari. insyaAllah.

sebab kena tinggal hari ni, kerja ije mudah-mudah je la. basuh dan jemur kain. nak masak tak de bahan mentah. memang dah kosongkan peti ais sejak last week kes nak balik kampung. sekali kampung banjir. makanya, duk diam-diam je la kat kluang ni. along balik nanti, kita g beli ikan ayam ye. dah duk sorang gini, pandai-pandai la telan roti atau biskut yang ada. =)

kerja tambahan hari ni ialah survey stroller. walau tak penting buat masa sekarang, gedik gak nak survey. survey secara online je pun. tak rugi pape. rugi masa je. sebab fail anak murid melambak kat meja belakang. tah bila nak siapkan.

berbalik kepada stroller. kriteria yang dicari?

1. wheel. bak kata kak asma:


bilangan roda memainkan peranan. betul gak kan. nak redah tanah, pasir, hutan belantara. kalau tayar roda rosak, habis semua rosak. so, carilah yang beroda lebih dari empat. meaning double wheels. (checked!)

2. reversible handle. ni penting rasanya sebab nanti senang nak observe baby dari depan. bila dia dah besar sikit, boleh la pakai handle belakang lak. biar baby lak observe alam. (checked!)

3. fully reclined. maknanya kedudukan kerusi stroller tu boleh adjust mengikut darjah-darjah yang dikehendaki. nak suruh baby baring ke. duduk ke. takde la nak kena tunggu baby besar sikit baru boleh letak kat stroller sebab tak boleh nak recline habis. (checked!)

4. lightweight. ikut pembacaan rambang ije, kalau stroller tu jenis lightweight maknanya stroller tu boleh pakai sampai baby umur 5 tahun pun. err. maybe baby malas nak jalan time kat zoo ke. masa tu berguna la. lagi satu stroller ringan ni senang nak angkut ke hulu hilir. (checked!)

5. shopping basket. ruang untuk letak barang kat bawah stroller tu. tak pun nak letak barang-barang baby seperti diaper bag etc. (checked!)

6. penghadang. penghadang depan ni penting gak. kang nanti baby terjun keluar stroller bila lalu kat toys department. haha. =P tapi i'm prefer for penghadang tanpa lubang-lubang letak botol tu. sebab nanti baby campak botol. tumpahkan susu kat dalam lubang tu. tak naye. (checked!)

7. design and brand. yang ni tak leh nak cakap apa la. banyak duit, besarlah liputan brand tersebut. hasil peng-survey-an ije setakat ni.. ije berkenan dengan satu model dari APRICA. semua kriteria pilihan ada kat stroller tu.

8. bajet. timbang-timbanglah berat beg duit. beg duit ije penuh dengan kertas dan tisu je. wakaka.

p/s: sambil-sambil siapkan entry ni. terbaca pulak kisah si anak tak nak duduk dalam stroller. uwaa! melentur buluh biarlah dari rebungnya. insyaAllah. =) menjadi impian bakal ibu gak nak tengok anak cute-cute duk dalam stroller macam anak orang lain. wuwu.

err. bila tah ada masa untuk beli kabel kamera. =(

5 comments:

::alwaniamalini:: said...

hehe.. dah nak jadi mummy nak kena pk barang baby la plak.. ada baby time kecik2 je nak dok dalam stroller. dah buleh jalan, takmonye nanti ehehehe

merahitujambu said...

waa..tahniah..nk jadi baby dh...

merahitujambu said...

*eh..silap..nkjadi ibuudh..heee

saya said...

wahh..susah gak ye nak beli barang2 baby ni banyak lak criteria yg harus diambil kira. ingatkan main beli je... mmmm.. harap dah beli semua keperluan ye... hehehehe...

Mohd Nasri Md. Nasir said...

waaaa..lme xtgk blog ni..
dh kwin ye..eh dh pregnant juge ye..hehe
tahniah2...