24 February 2011

sori sayang. tak sengaja

peristiwa sepanjang minggu ni..


satu:
tengah syok korek telinga, tiba-tiba terlihat kapas yang tertinggal di dalam lubang telinga. huahuahua. mungkin sebab guna cotton bud murah dari kedai RM2. haha. mangsa akibat perbuatan pelik ni tentulah sang suami. along dah sedaya upaya menjadi doktor pakar bedah telinga namun gagal. malah melata kami mencari klinik pada jam 12 tengah malam. =P terbang RM30. ceh. padahal sekadar tarik kapas keluar daripada telinga je. cekik darah betul. err. sedap tuding jari kat orang. wakaka. siapa suruh cari pasal? diri sendiri jugak~

dua:
di minggu ke-31 ni, berat tiba-tiba naik 1.8kg dalam masa 2 minggu. maknanya berat naik 0.9kg setiap minggu. bersamaan 100g++ setiap hari. banyaknya ije makan! tapi ramai cakap perut masih kecik walaupun dah menjejak bulan ke 8. mungkin perut nipis. namun, Alhamdulillah. 3 kali scan dalam masa beberapa minggu ni, 3 kali lah kepala baby di bawah. maknanya peluang bersalin normal terbuka luas. insyaAllah. =)

tiga:
tahniah buat teman seperjuangan pen dan shuha atas kelahiran baby sulung pada 24 februari. dapat berita ketika asyik menonton perlawanan bola sepak malaysia dan pakistan. dengar cerita dari mulut kawan sebaya menambah debar di dada. uwaa! nasib baik malaysia menang 2-0. uhu. along semangat nak siapkan beg untuk ke hospital. harus bergerak sekarang! tak boleh tangguh lagi.

pukul 4 pagi tersedar. perut sakit. risau. dah nak bersalin ke? macam tak cukup minggu lagi. ni la bahana tak ambil kisah tanda-tanda awal bersalin. uwaa. ke sakit sebab nak tunai hajat? terus ke toilet. namun tiada tanda-tanda nak tunai hajat. lantas, ambil minyak angin kegemaran, mastika dan sapu di perut.

baby tiba-tiba bergerak aktif. makin berdebar. nak bersalin kah daku? barang-barang tak kemas pun lagi. uwa! terus kejutkan along. along pun dah gabra. wawa. tapi naluri sang suami kuat lantas bertanyakan soalan, 'sayang letak minyak angin kat perut?'

err.. yes i am. hua3. along suruh basuh n lap balik perut. yup. tepat. baby berhenti 'menggelupur'. hihi. tadi pergi klinik untuk usual check up. yes, nurse cakap baby panas. haha.

oh. saya tak tahu tak boleh letak minyak angin di perut. sori sayang. tak sengaja. =)

1 comments:

MieZa said...

mesti comel ije pregnant, mana gmbr? nk tgk..