24 May 2011

dia telah berusia 47 hari

cepatnya masa berlalu. paling tak best, cuti bersalin dah hampir tamat. =( sementara cuti tak habis ni, manfaatkan cuti sepenuhnya!

suatu ketika dahulu.
on my way to sekolah on Saturday sempena Larian Mahkota Sultan Johor.

our little Muhammad Ammar Mujahid is now 47 days old. sebulan lebih sikit. uhu. cepatlah besar wahai Ammar. kita pergi ronggeng sama-sama satu family. family? wuhooo. three of us. pergi zoo. pergi masuk terowong ikan kat KLCC. pergi taman main lari-lari. pergi pantai bina istana pasir. semua sama-sama lah. but not now. soon. =)





nombor yang cantik. 1 bulan, 2 minggu dan 3 hari. kebetulan seiring dengan mood sang ibu nak update blog. wuwu. ulat comel will always be Ammar's trademark sebab his first soft toy we bought for him is that worm. =P

sedikit tentang our little Ammar Mujahid:

1. senang dijaga. menangis hanya ketika lapar untuk minum susu, tidak selesa seperti lampin basah. hmm. itu sahaja. =)
2. takut air sejuk. menangis ye ye je time nak mandi. testing pun tak boleh. so tadah air dari shower heater masuk besen penuh-penuh adalah langkah terbaik untuk Ammar riang ketika mandi. *macamlah Ammar dah pandai senyum. wuwu.
3. senang dipangku. jangan keliru dengan kenyataan ini. bukan sebab Ammar ringan dan mudah dipangku. tapi dia senang bangat bila dipangku. dalam erti kata lain, suka dipangku. lenguh betul. ni berat kurang lebih 4kg je. dah besar nanti tak tahu lah.
4. sekarang dah bangun malam secara rutin. Alhamdulillah. pukul 12 tengah malam, pukul 2 pagi, pukul 4 pagi dan pukul 6 pagi. 2 jam sekali minum susu. =)
5. senyuman diberi secara tidak menentu. sangat kerap tika mamai untuk tidur. senyum sorang-sorang. dan sangat senang hati bila Ammar celik mata in the morning dan melemparkan senyum secara tidak sengaja. *can't wait for the moment u can smile when u r happy.
6. seorang penguji muda. akan merengek secara tiba-tiba ketika tidur untuk menguji sama ada wujud insan lain disekelilingnya. kalau tiada yang menepuk-nepuk manja bontot dia waktu itu, makin kuatlah tangisannya. alahai Ammar.

eh. is this 'sedikit' tentang Ammar. macam dah banyak. huhu. belum cukup 10 mungkin boleh consider sebagai sedikit. =)

p/s: semoga ketemu di lain entry. doakan kesihatan yang baik dan berpanjangan buat Ammar Mujahid. insyaAllah.

3 comments:

amal said...

eh.. ije dah bersalin rupanya. tahniah2.. comey nama, ammar mujahid, makna pun sedap. semoga little ammmar membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh! :) tahniah sekali lagi buat ije dan suami :)

saya said...

cepat besar ammar....hugs & kisses...

MieZa said...

ije....dah lama tak melawat ur blog....dah bersalin rupanya...ammar pon dah 2 bulan lebih dah....
tahniah ije....