23 June 2011

review secara laju

peh. sekarang genap sebulan sekali update blog. punyalah lama cuti tiga bulan free duk rumah, mengadap internet all day long selain mengadap baby baru. tapi seperti tak punya kesempatan nak update blog.

jom layan gambar. buat review pantas tentang anak sulung kami (ayat nak tambah lagi ni =P), Muhammad Ammar Mujahid.

minggu-minggu awal Ammar Mujahid di dunia. diserang kuning yang menghayat hati. ibarat hari-hari pergi klinik cucuk tapak kaki nak cek kuning. dah procedure. ikut je la. tapi payahnya nak sembuh. he was diagnose prolong jaundice. paras bilirubin asyik turun naik je.
Alhamdulillah. sebulan lebih sikit-sikit dah hilang kuning. ok la tu. Ammar kan kuat.

on his 10th day, kami bertiga masuk Kluang Mall. sambil kedua ibu bapa Ammar nak test drive stroller baru. =P Ammar keluar pergi beli kasut untuk nenek yang jaga Ammar dan ibu selepas bersalin. thanks nenek! =)

on his 11th day lak, kami pergi ikut sang bapa servis kereta. alang-alang keluar hantar Ammar ke klinik (kes kuning yang tak habis-habis), kami singgah servis kereta. Ammar memang tidur je la. the only thing newborn baby loves to do, tidur. =)

1 Mei 2011. Ammar dipotong jambulnya!


lepas tu, cukur rambut lak. =) ceramah jap. baca dengan nada ustazah bagi ceramah ye, disebut dalam hadis at-tarmizi dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah saw menyuruh Fatimah mencukur rambut Hassan dan ditimbang rambut itu dan bersedekahlah dengan nilai timbangan perak. Alhamdulillah. sebaik-baiknya cukur pada hari ke-7. tapi tak berkesempatan.

7 Mei 2011. I am a month old baby!

12 Mei 2011, Ammar Mujahid naik keretapi balik Kelantan. Ammar baru sebulan dah naik keretapi tanah melayu. ibu Ammar dah umur 24 tahun (bulan Disember nanti baru 25 tahun. =P) baru nak merasa naik keretapi. uhu. Ammar suka keretapi sebab gooyangg-goooyangg! tidur aje memanjang. dan macam biasa, merengek hanya bila lapar dan lampin basah.

Cerita di KB dalam entry lain. postpone dulu.

9 Jun 2011, after almost sebulan Ammar di Kelantan, Ammar balik Johor! punyalah lama kat KB tinggalkan sang bapa sendirian di bumi Kluang. wuwu. dah berubah wajah dan body Ammar. bulat! dan dah pandai senyum dah! =)

Ammar naik menara keris, Menara Taming Sari.

tiba-tiba sang bapa kena kursus di Melaka (15-17 Jun), apa lagi. dah jenis sang ibu suka berjalan-jalan. ikut jom!

Ammar is having dinner at CRS, Kluang Mall. Ammar ke sang ibubapa dia? wuu. dia tidur. pastu minum susu. pastu sang bapa angkat terus dia senyum-senyum tanpa henti. great Mujahid! anak ibu dan ayah!

22 Jun 2011, pergi servis kereta lagi. the only pic yang ada untuk di-upload walaupun sang ibu nampak macam poyo snap picture macam ni. wuu. yang penting gambar Ammar ada. dulu datang servis kereta, Ammar kecik cenonet je. sekarang dah membulat!

Malam lak, had mini celebration seperti zaman couple dulu kala. dulu 22 Jun hari istimewa kami suami isteri. tarikh declare couple. uhu. takleh blah betul. =P

Ammar is sleeping je la kalau dah kenyang!
bukan kenyang makan GCB burger pun, minum susu je. =)


tadi tengok sticker ni. kami dah kawin 1 tahun, 2 minggu dan 4 hari. Alhamdulillah. cepat masa berlalu. tahun lepas kami alami JK (jiwa kacau) sebab berjauhan. tahun ni, dah ada Ammar Mujahid pun. dah tinggal bersama sebumbung, berusaha melengkapkan kehidupan. InsyaAllah. satu per satu. yakinlah! ehe.

Ammar lagi cantik nombor dia. he is now 2 bulan 2 minggu dan 2 hari. tahniah my baby boy!

dan kisah cinta kami yang termeterai pada zaman dahulu, 6 tahun 1 hari. thanks buat suami yang sangat memahami. Alhamdulillah. thanks for all these great things from You, ya Allah.

3 comments:

asna cute said...

sekejap jer masa sudah berlalu. mmg montok habis la dak kecik nie!

amal said...

bulatnye ammar mujahid! sangat kiuttt ehehehe.. so happy for both of u. dah lama bersama kan. insyaallah Allah akan sentiasa merahamti hamba-Nya yang bercinta kerana-Nya :)

Lina Chan said...

ije, ingat lagi masa kita kenal ije masih bujeng. now dah kawen dan ada baby..