21 May 2013

Vivix : suplemen anti penuaan terbaik di dunia

Ramai yang memberikan tanggapan positif apabila berbicara tentang anti penuaan. Tidak kurang juga yang melontarkan tanggapan negatif seolah-olah cubaan melawan takdir ketentuan Ilahi. Ini adalah tidak benar kerana perubatan anti penuaan mempunyai matlamat menghindari penyakit dan masalah manusia apabila berhadapan dengan isu-isu penuaan.

Apakah anti penuaan?

Anti penuaan adalah cabang kesihatan yang membolehkan kita hidup sihat pada usia tua, mengekalkan kesihatan dan kehidupan ideal manusia. Ia mengekalkan fungsi organ dalama seperti jantung, buah pinggang, kelenjar-kelenjar yang penting serta kesihatan otak manusia. Ia juga menjadikan kelenjar hormon dalam tubuh kita berfungsi semula sebagaimana semasa muda.

Apakah penyakit yang berkaitan dengan penuaan sel (ageing)?

Usia tidak dapat ditolak. Namun jika kita mengamalkan perubatan anti penuaan sedari muda, kita dapat menghalang penyakit-penyakit dan masalah penuaan.

Masalah penuaan bagi lelaki:
Andropaus. Lelaki menjadi murung, kurang bertenaga, mudah marah dan mudah tertekan.
BPH prostat menjadi bengkak dan menganggu sistem urinasi (kencing). Mula mendapat jangkitan kencing yang kerap.
ED adalah masalah menegangkan zakar.

Bagi wanita pula:
Menopaus
Masalah pada payudara
Masalah rahim dan vagina

Bagi lelaki dan wanita:
Artherosclerosis
Darah tinggi dan kencing manis
Dementia (nyanyuk atau pelupa)


Apakah nutrisi yang berkaitan dengan anti penuaan?



Vivix merupakan satu campuran botani keluaran Shaklee yang merupakan cecair/jus ajaib yang dipanggil sebagai tonik awet muda dan turut memberi sokongan sebagai anti pengoksida. Vivix merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan hasil penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee.

Kenapa Vivix agen anti-penuaan terbaik?

Di dalam kajian makmal, ramuan utama Vivix telah menunjukkan kesan hebat terhadap empat mekanisme penting penuaan pada peringkat sel-sel di dalam tubuh kita, seterusnya meransang penuaan yang sihat. 

1) Melindungi dan memperbaiki DNA sel
Setiap hari, sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan ini merosakkan pengkalan data genetik lalu menghasilkan "typo" yang mengganggu fungsi sel dan memendekkan usia.


2) Mengaktifkan pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan pada peringkat sel.
3) Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan paras tenaga di dalam sel. Mitokondria merupakan penjana tenaga di dalam sel yang menghasilkan tenaga yang diperlukan. Apabila kecekapan mitokondria menurun, fungsi sel turut menurun.


4) Melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products)
Penimbunan protein AGE boleh menyebabkan kerosakan pada sel yang akan mengganggu keutuhan sel dan memendekkan usia.




Apa kandungan dalam Vivix dan keistimewaannya?

Vivix mengandungi campuran unik 4 jenis botani yang kaya dengan polifenol. Polifenol merupakan sebatian yang mengandungi khasiat antioksida dan sel anti-penuaan semulajadi.


Lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik. Ia mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan. 

Elderberi merupakan tumbuhan yang baik untuk kesihatan. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaanmerendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan. Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.



Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan.
Jika anda sedang merancang untuk memulakan diet pemakanan yang sihat atau pelan pemakanan tambahan tetapi anda tidak pasti di mana untuk memulakan, berasa bebas untuk menghubungi saya secara percuma. Tiada kewajipan. Hubungi saya. 

Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
♥ Emel : hifzan2286@gmail.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**

No comments: