08 June 2013

Makanan yang menambah dan mengurangkan susu ibu

Assalamualaikum. Setiap makanan mempunyai manfaat dan mudarat tersendiri. Sebagai mommy yang menyusukan anak, kita perlu berjaga-jaga dengan diet pemakanan harian kita. Ada makanan yang memberi kesan kepada perolehan susu badan.


Makanan menambah perolehan susu badan:
  1. oat atau bubur - campur dalam minuman panas seperti milo atau horlick
  2. kurma - makan sebagai snek harian atau boleh di-blend untuk dijadikan jus
  3. kacang buncis - goreng atau letak dalam masak lemak
  4. bayam & sawi - masak air atau goreng
  5. lobak putih & pucuk meranti - masak lemak atau tumis air
  6. longan kering - rebus & jadikan minuman harian
  7. tauhu & tempe - goreng saja atau campurkan dalam masakan lain-lain
  8. susu - minum sahaja atau campurkan dalam kek atau puding
  9. keju - kek atau puding keju
  10. alfalfa - produk hangat daripada Shaklee
  11. halba or fenugreek - rendam & campurkan dalam makanan eg: nasi lemak, nasi putih atau nasi dagang
  12. jambu & betik - makan saja
  13. ketam - masak lemak atau berlada
  14. madu - masukkan dalam masakan atau makan begitu saja
  15. jantung pisang - celur, kerabu atau masak lemak
  16. daun kuchai - campur dalam bihun goreng atau goreng dengan udang, tauge, tauhu & tempe
  17. pucuk betik - celur buat ulam
  18. bawang putih - banyak sulfur bagus untuk sendi & membantu penghasilan susu
  19. red raspberry leave - in tablet from farmasi
  20. milo, horlick & teh hijau jepun - hot drink
  21. barli - buat bubur atau hot drink
  22. makanan yang mengandungi yis - tapai pulut, tapai ubi atau bread
  23. rich milk tea - take it frequently 1 cup 2 -5 times daily
Makanan mengurangkan perolehan susu badan:
  1. kobis mentah - coleslaw atau ulam
  2. minuman berais - if ambil dalam kuantiti yang banyak
  3. herbs - parsli, pappermint, sage or oregano
Lebih banyak yang kita boleh makan dari yang kita tak boleh makan. Tapi kene ingat, food booster only works if there is frequent stimulation on your breast. Kalau kita tak pump or direct feeding, memang membantutkan pengeluaran susu dan senarai makanan di atas tidak memberikan reaksi yang sama untuk semua ibu. Jadi, kita boleh mengamalkan try & error. Selamat menambahkan susu badan!

Diolah dari: susuibu.com

Ketahui lebih lanjut tentang set penyusuan Shaklee ---> KLIK SINI

1 comment:

Dr Akbar Abdullah said...


Info yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Diet yang sihat juga penting bagi wanita yang menyusukan badan. Di samping itu, bagi mengelak ketidakseimbangan hormon prolaktin yang boleh mengganggu penghasilan susu badan, seseorang wanita juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak terdedah kepada tekanan emosi.