20 June 2013

Pening Akibat Pengambilan Makanan Tambahan (Healing Crisis/ Krisis Penyembuhan)

Assalamualaikum.



Anda mengalami simptom seperti pening, demam, sakit badan, muntah dan sebagainya selepas mengamalkan sebarang vitamin atau supplement? Jangan panik atau risau kerana anda sedang mengalami proses penyembuhan atau dikenali sebagai healing crisis.

Apa itu Healing Crisis?

Healing Crisis ialah kesan yang dirasai oleh mereka yang mengambil supplement atau makanan tambahan. Ini berlaku bila tubuh badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh hasil dari pengambilan pemakanan tambahan.

Menurut 'Hering's Law of Cure', Healing crisis ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.


Sebenarnya apa yang anda alami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik. Anda boleh ibaratkan badan anda tu seperti tangki yang berkarat. Bila kita bersihkan karat tu akan keluar karat-karat tu semua dan akhirnya barulah keluar air yang bersih. Itulah ibaratnya badan kita ni. Badan kita akan keluarkan semua toksin-toksin yang bahaya. Bila toksin dah dikeluarkan mudahlah penyerapan vitamin yang kita makan.


Bagaimana pula kita nak kurangkan kesan healing crisis? 

Perumpamaan muda, apabila kita nak kurangkan karat dan kelodak dalam air, kita akan alirkan air yang banyak. Macam tu jugalah bila kita alami healing crisis. Kita perlu minum air dengan banyak untuk memastikan healing crisis yang kita alami itu berkurangan. Jadi, jika anda alami healing crisis selepas mengamalkan vitamin Shaklee, amalkan minum air dengan kadar yang banyak. InsyaAllah, kesan yang anda alami itu akan berkurangan. 


Healing crisis bukan penanda anda tidak serasi tetapi adalah petanda yang bagus kerana tubuh badan anda bertindak balas dengan vitamin yang anda makan.

Anda juga boleh mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan kesan healing crisis kerana dapat membekalkan serat supaya toksin boleh dikeluarkan melalui najis.

Sekiranya ada baru mengamalkan vitamin ni boleh ambil dengan kuantiti yang sedikit bagi kurangkan healing crisis tu. Proses penyembuhan berbeza bagi setiap orang. Ada yang 2-3 hari, berminggu dan ada juga berbulan-bulan.

Berikut adalah healing crisis dan penyebabnya:



Tanda Krisis Penyembuhan
Penyebab

Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia atau hiperaktif
Sistem Saraf yang lemah
Haid tidak teratus, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang


Ingin ketahui kadar air yang sesuai di ambil oleh anda?

Setiap 25 kg berat badan anda, anda sekurang-kurangnya perlu minum 1 liter air kosong. 

  Berat badan (kg)   = jumlah air yang perlukan sehari (liter)
           25 (kg)

Sebagai contoh mudah, berat anda 75kg, maka jumlah air kosong yang diperlukan oleh tubuh anda adalah 3 liter sehari.

    75  =    3
    25  

Usah berputus asa. Harapan tetap ada jika anda berusaha dan bersabar.


الكبائر: الإشراك بالله ، والأمن من مكر الله ، والقنوط من رحمة الله ، واليأس من روح الله

“Dosa besar yang paling besar adalah menyekutukan Allah, merasa aman dari makar Allah, putus asa terhadap rahmat Allah, dan putus harapan terhadap kelapangan dari Allah.”

Untuk maklumat lanjut tentang produk Shaklee, hubungi saya:



Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
♥ Emel : hifzan2286@gmail.com
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**

No comments: