31 July 2013

Cara Atasi Gastrik

Assalamualaikum.

Beberapa hari kebelakangan ini, ramai yang bertanyakan tentang gastrik. Maka, hari ni jom kita berdiskusi tentang GASTRIK. 



APA ITU GASTRIK?

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.




BAGAIMANA GASTRIK TERJADI?


Secara mudahnya, perut kita ni umpama kipas, berlipat-lipat sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat-lipat, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut untuk bantu pencernaan dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.





PUNCA LAIN TERJADINYA GASTRIK?
  • Peminum arak (arak ni bersifat asid) 
  • Perokok 
  • Makan dengan berlebihan 
  • Makan makanan yang terlalu pedas 
  • Sering guna ubat penahan sakit (pain killer) 
  • Jangkitan 
  • Skipping meals 
  • Stress
SIMPTOM PESAKIT GASTRIK
  • Tiada selera makan 
  • Upset Stomach - tidak hadam dengan baik 
  • Perut memulas - bila makan bertambah sakit 
  • Muntah-rasa loya 
  • Cirit birit - najis berwarna hitam 
  • Lemah, demam 
  • Kembung perut-sakit dada 
  • Pedih ulu hati
CARA MERAWAT DAN MENANGANI GASTRIK

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:
  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol 
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit 
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur 
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap 
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam 
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat) 
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.

KURMA MEMBANTU PENYAKIT GASTRIK

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti King Saud, Saudi Arabia, menunjukkan bahawa bahan ethanolic yang dikeluarkan dari jus kurma sangat boleh digunakan sebagai bahan remedi yang mujarab untuk merawat penyakit gastric ulcer. Ini berkemungkinan disebabkan kurma mempunyai keupayaan sebagai antioksidan.
(rujuk: Al-Qarawi AA, Abdel-Rahman H, Ali BH, Mousa HM, El-Mougy SA.The ameliorative effect of dates (Phoenix dactylifera L.) on ethanol-induced gastric ulcer in rats. J Ethnopharmacol. 2005 Apr 26;98(3):313-7)

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MERAWAT GASTRIK

1) Energizing Soy Protein - ESP

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


Harga runcit bagi ESP ialah RM150. 
Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa! Berbaloi-baloi

Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik. 

2) Ostematrix 


Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.


Harga runcit bagi Ostematrix ialah RM61. Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa! Berbaloi-baloi


3) Peppermint Ginger Plus

Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.


Harga runcit bagi Peppermint Ginger Plus ialah RM45. Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa! Berbaloi-baloi

Apa kata pengguna?


Testimonial 1 


 Testimonial 2


Testimonial 3

Sekiranya anda sudah lama menderita penyakit gastrik, berilah peluang kepada diri anda untuk menikmati mutu dan tahap kesihatan yang lebih baik dengan rangkaian produk Shaklee.
Vitamin Shaklee semuanya dihasilkan dari sumber-sumber semulajadi. Tak salah untuk mencubakan. Takkan nak biarkan sampai melarat pula. Renung-renungkan yer.


Jom hubungi saya untuk info lanjut :)



Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872  Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB : Hifzan Zanini
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda. 

2 comments:

Nisha said...

Info yang bagus tentang gastrik...
ESP Shaklee memang sangat serasi dengan saya untuk hilangkan sakit gastrik.

Aizah said...

info dn tips yang boleh di amalkan.tq