10 July 2013

Tercekik Susu? Cara Dan Tip Panduan Mengatasi

Assalamualaikum

 




Membaca keratan akhbar ini bagaikan satu mimpi ngeri. Nauzubillah. Moga Allah menjauhkan segala yang buruk. Ketahui info tentang tercekik susu:

Bagaimana Bayi Boleh Tercekik Susu?


Selalunya apabila seorang bayi tertidur semasa menghisap susu dari botol, susu tersebut akan terus mengalir mengakibatkan kemungkinan bayi tersebut tersedak dan susu tersebut masuk ke saluran pernafasan dan ini menjadikan bayi berkemungkinan tercekik susu.

Ianya berlainan sekali sekiranya bayi anda menyusu badan, kerana susu badan hanya keluar apabila bayi menghisapnya sahaja. Jika bayi tertidur ketika menyusu badan, susu ibu akan berhenti keluar dengan sendirinya.


Apa Anda Perlu Lakukan Sekiranya Bayi Tercekik?
Yang paling utama sekali anda jangan panik! Kemudian, terbalikkan bayi anda dengan memusingkan mukanya ke bawah dan letakkan bayi anda pada bahagian lengan anda, seperti dalam gambar.

Dengan menggunakan hujung tapak tangan, tampar dengan sederhana kuat di belakang bayi anda berkali-kali. Jika tiada tindak balas juga, anda boleh melakukan CPR pada bayi anda.


Bagaimana Caranya Melakukan CPR?
Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari anda di bawah paras puting bayi. Tekan sebanyak empat kali berturut-turut sehingga satu setengah inci secepat yang mungkin pada bahagian dada bayi anda.


Bagaimana cara terbaik menyusukan bayi?




NOTA: Amalan meletakkan kain atau bantal menyokong botol susu dan membiarkan bayi menyusu sendirian adalah sangat merbahaya. Ini juga adalah salah satu punca utama bayi boleh tersedak susu. Apabila tersedak, bayi anda juga berpotensi mendapat pneumonia. Cara terbaik, sentiasa mengawasi bila bayi anda menyusu botol dan pastikan bayi sendawa selepas menyusu.




Shaklee menyediakan SET PENYUSUAN yang amat popular. Klik SINI untuk info lanjut. 



Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
♥ Emel : hifzan2286@gmail.com

0 comments: