08 September 2013

Atasi Bayi Songsang Ketika Hamil

Assalamualaikum. Seringkali kejadian kedudukan bayi songsang menjadi mimpi ngeri buat ibu di peringkat akhir kehamilan.


KENAPA BAYI SONGSANG?

Tiada sebab yang jelas mengapa kedudukan kepala bayi yang tidak pusing. Dalam kes-kes lain,kedudukan bayi songsang mungkin dikaitkan dengan
  • Kelahiran bayi yang bermula sebelum minggu ke-37 kehamilan iaitu di mana sebelum bayi akan memusingkan kepala ke bawah sendiri.
  • Anak kembar dua atau lebih. Ruang yang terhad untuk dua atau lebih bayi boleh mengehad mereka berpusing ke bawah sebelum bersalin.
  • Cecair air ketuban yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam rahim. Air ketuban yang terlalu banyak memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat-saat kelahiran. Air ketuban yang terlalu kurang mengehadkan bayi menukar posisi di saat-saat kelahiran jika kepala bayi masih di atas.
  • Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim. Jika fibroid dalam rahim terlalu besar, ia juga mungkin menghalang bayi untuk memusing.
  • Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang lalu.
  • Masalah dengan kecacatan bayi, termasuk jantung, saluran penghadaman, dan masalah otak, seperti sindrom Down, anencephaly, atau hydrocephalus.

CARA MERAWAT BAYI SONGSANG

❏ Ketika solat digalakkan untuk sujud lama sedikit sekurang-kurangnya dalam 5 minit.

❏ Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit.

❏ Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.

❏ Buat seperti merangkak. Elakkan merangkak ke depan, buat dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan, baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: "maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah."

❏ Ambil segelas air kosong, bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dah dibacakan dengan surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w. Lebihan air bolehlah diminum. Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama.


❏ Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan.


❏ Letak pek ais di atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kat kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.


❏ Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kat bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.


❏ Rajin-rajin bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk di kedudukan yg betul.



Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.

1 comment:

Akif Imtiyaz said...

Alhamdulillah setakat ni tiga2 ank normal..takde yg keluar songsang