26 November 2013

Anak Bijak Sejak Dari Kandungan Ibu

Assalamualaikum. Bagi melahirkan anak bijak, anda perlu memulakan langkah pertama sejak dari awal lagi. Di awal trimester kehamilan, otak bayi sudah mula berkembang dan kemudiannya berterusan sehinggalah dia berusia dua tahun. 

Dalam pada itu, terdapat pelbagai teknik yang boleh anda lakukan untuk merangsang bayi dalam kandungan. Antaranya ialah rangsangan bunyi (alunan muzik atau suara ibu), pergerakan, tekanan, getaran dan komunikasi antara ibu dan kandungan. Melalui teknik-teknik ini, bayi akan bertindak balas dengannya. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan penglihatannya agar anak menjadi seorang yang bijak.


Sentuhan

Biasanya ibu hamil akan berhubungan dengan bayinya melalui sentuhan dan komunikasi di antara kedua-duanya. Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap bahagian perut, sejenis hormon akan dirembeskan. Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan dan ketenangan kepada bayi. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengannya.



Muzik


Anda boleh gunakan muzik untuk merangsang kepintaran bayi. Ini kerana dia memang gemar dengan alunan bunyi. Malah bunyi-bunyi seperti denyutan jantung dan pernafasan anda turut memberi ketenangan kepada dirinya. Sekiranya anda memainkan muzik klasik, bayi akan bertindak balas dengan melakukan tendangan ataupun membuat pergerakan. Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah boleh memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Yang menariknya, bayi akan bertindak balas apabila mendengar anda menyanyi. Bagi yang beragama Islam, alunan ayat Al-Quran ada lah terbaik untuk diperdengarkan pada bayi anda. Kerapkan mendengar ayat-ayat Al-Quran seawal yang mungkin.


Kesimpulannya, apa jua jenis rangsangan yang digunakan, anda perlu mengetahui teknik rangsangan yang betul agar dapat menyediakan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan menyeronokkan. Ketiga-tiga aspek ini amat penting untuk menggalakkan bayi membesar dengan sihat dan dapat belajar banyak perkara sewaktu masih di dalam kandungan.



Tiga Bulan Pertama


Maklumat penting untuk anda! Sebaik-baiknya anda perlu memulakan rangsangan untuk mendapat anak yang bijak sewal kehamilan berusia tiga bulan lagi. Waktu ini dipercayai amat sesuai untuk bayi menerima rangsangan pertamanya.


Pada waktu ini, bayi seharusnya menerima orientasi ruang dan rangsangan sentuhan daripada anda. Dengan yang demikian, bayi dapat mengembangkan kemahiran penglihatan dan motornya pada tahap yang berbeza sepanjang tempoh kehamilan. Oleh kerana itulah, anda perlu merangsang bayi hanya setelah dia mengembangkan deria agar dapat bertindak balas sepenuhnya.

Muzik Klasik


Setelah bayi berusia lima bulan, deria pendengarannya telah berkembang. Ketika ini, anda dapat menggunakan muzik untuk memberi rangsangan kepadanya. Dalam pada itu, muzik klasik terbukti sebagai rangsangan yang baik untuk mengembangkan kepintaran bayi.


Penyelidik di Barat menyatakan bahawa kebanyakan muzik klasik dihasilkan daripada nada-nada yang harmoni. Nada tersebut memberi rangsangan kepada bayi dalam bentuk gelombang alfa. Gelombang berkenaan akan menimbulkan mood tenang, relaks dan tenteram kepada bayi yang ternyata dapat membantu perkembangan dirinya. Selain daripada itu, muzik klasik turut terbukti berkesan untuk meningkatkan perkembangan otak, penglihatan, kemahiran bahasa dan motornya.

Oleh kerana itulah, anda dilarang sama sekali untuk merangsang bayi dengan menggunakan muzik-muzik yang “keras”. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan kebingungan dan akhirnya menjejaskan kepintarannya. Untuk itu, anda digalakkan untuk memperdengarkan bayi dengan muzik klasik pada waktu yang khusus. Ini dapat dilakukan terutamanya ketika anda sedang berehat. Alunan muzik klasik yang harmoni dan lembut tentu sahaja akan membuat bayi berasa tenang dan gembira. Seterusnya, impian anda untuk memiliki anak pintar akan tercapai sekiranya teknik rangsangan yang betul dipraktikkan.

Vitamin yang dicadangkan untuk perkembangan otak si manja anda di dalam kandungan ialah Omega Guard.. Omega guard ialah minyak ikan yang berkualiti tinggi yang selamat diambil oleh ibu hamil. 



Apabila seorang bayi menerima tahap DHA mencukupi dan bersama nutrien otak lain yang penting serta stimulasi pemupukan perkembangan, ia boleh membantu membentuk perkembangan empat ciri-ciri genius. Visual penglihatan lebih tajam untuk pembelajaran yang lebih cepat dan perkembangan intelektual yang lebih tinggi mendorong keupayaan lebih baik dalam pembelajaran dan ingatan. (Metro Ahad, 1 Disember 2013)
  
Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?

• Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa  ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3  yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak.


•Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.

• Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.


OmegaGuard
90 kapsul
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM136
Harga termurah untuk anda! Hubungi saya sekarang!


Untuk senarai harga runcit, klik SINI.
Untuk konsultasi PERCUMA dan harga lagi MURAH, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati! :)


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.

0 comments: