12 November 2013

Perbezaan Ubat dan Suplemen

Oleh kerana terlalu banyak ubat dan suplemen yang dipasarkan dan dijual sama ada di hospital, klinik, farmasi dan secara online, kita sebagai orang Islam harus berhati-hati. Bahan-bahan yang digunakan mestilah halal digunakan. 


Dalam keadaan tertentu di mana tidak ada bahan yang boleh dijadikan ubat bagi mengubati sesuatu penyakit, orang Islam diharuskan mengambil bahan-bahan yang haram untuk pengubatan.

Tetapi pengecualian ini tidak tertakluk pada suplemen kerana suplemen bukanlah ubat yang sangat diperlukan merawat penyakit. Suplemen hanyalah membantu seseorang untuk menjadi lebih sihat dan membantu proses penyembuhan penyakit.

Terdapat perbezaan antara ubat dan suplemen. Ubat hanya dimakan oleh orang yang sakit dan memberikan kemudaratan pada orang yang sihat. Sementara suplemen boleh digunakan oleh orang yang sakit dan orang yang sihat. Jadi pastikan adakah yang kita ambil itu jatuh dalam kategori ubata atau suplemen.

http://drzubaidi.com/blog

0 comments: