27 December 2013

Berikut adalah cara berpantang keguguran: 1. Tempoh berpantang. Keguguran bawah 12 minggu - 30 hari. Bawah 24 minggu - 40 hari. 24 minggu ke atas 44 hari. 2. Rawatan berpantang: a) Tuam: Mulakan dengan tuaman batu panas untuk 7 hari pertama. b) Urut: Hanya selepas 7 hari iaitu selepas badan ibu semakin kuat dan selesa, baru dimulakan dengan urutan oleh bidan bertauliah. Urutan bertujuan melancarkan keluar angin toksik, mengeluarkan darah nifas dan memberi kesegaran pada tubuh badan ibu. c) Tungku: Dilakukan pada hari ke-7 dengan teknik cungkilan lembut utk menaikkan peranakan dan membantu mengeluarkan lebihan uri jika masih tertinggal dalam rahim. d) Berbengkung: Bermula dari hari pertama meskipun usia kandungan terlalu awal dan perut belum lagi mengembang. Kerana amalan berbengkung ketika berpantang keguguran ini adalah untuk menampung rahim yang tenat ketika kita berdiri dan berjalan. e) Param dan pilis: Pakailah param dan pilis untuk memastikan badan ibu sentiasda dalam keadaan panas f) Jamu atau herba: Terbaik adalah mengamalkan pemakanan jamu ini sehingga 100 hari. 3. Adab berpantang: a) Pantang jimak 44 hari. b) Selebihnya sama dengan bersalin normal (Pakai stokin, rambut ikat tinggi, pakai baju tebal, banyakkan berpeluh dan banyakkan BEREHAT) 4. Pantang makan: - Sama seperti ibu2 berpantang bersalin normal

0 comments: