04 December 2013

Perbezaan dan Keistimewaan Shaklee

Assalamualaikum. Kini produk Shaklee makin hangat di pasaran. 

KENAPA SHAKLEE?

Selain dari menjalani ujian kualiti dan diperbuat dari bahan-bahan terpilih, cara vitamin-vitamin Shaklee bertindak juga berbeza.

Sebelum itu jom kita lihat bagaimana nutrien dari makanan kita diserap oleh sistem penghadaman kita:
sistem penghadaman manusia

Secara umumnya, kebanyakan nutrien makanan kita diserap di usus kecil. Proses pencernaan makanan bermula dari dalam mulut lagi, oleh air liur. Kemudian esofagus menghantar makanan yang kita kunyah, atau vitamin yang kita telan ke dalam perut. 

Asid hidroklorik dalam perut adalah sangat penting, bukan saja untuk pencernaan, malah ketidakseimbangan asid dalam perut boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan, misalnya ulser perut, kelesuan melampau, rambut gugur dan sebagainya.

BAGAIMANA TABLET SHAKLEE BERTUGAS?

Pil vitamin Shaklee yang terbukti mempunyai bioavailabiliti yang tinggi (kadar penyerapan yang tinggi) telah diperbuat dengan coating atau ‘kulit’ yang bertindak mengawal nutrien-nutrien di dalamnya untuk ‘dilepaskan’ pada tempat yang sepatutnya, seperti dalam rajah di bawah misalnya:

penyerapan vitamin shaklee

Vita-Lea memiliki ciri ‘folic acid micro coating’ yang dilepaskan di dalam perut kerana beberapa nutrien terutama iodin diproses di sini. Vitamin A (Caratomax) diserap di jejunum, oleh itu ia tidak ‘pecah’ sebelum melepasi perut.  Vita-C dilengkapi dengan ‘gel diffusion’ agar khasiatnya bertahan selama 12 jam di dalam darah.

KAEDAH TERBAIK PENGAMBILAN TABLET SHAKLEE

Untuk penyerapan yang lebih maksimum, adalah lebih baik beberapa vitamin diambil pada masa yang berbeza. Misalnya pil yang mengandungi zat besi (Vita-Lea) dengan Kalsium (Ostematrix) kerana bukan saja kedua-duanya diserap di tempat yang sama, tapi juga kerana zat besi dan kalsium cenderung untuk ‘bind’ bersama-sama dan boleh menjadikan penyerapan kedua-dua nutrien ini terganggu.

Jadi, adakah vitamin ini tidak boleh diambil bersama-sama? Boleh, tiada masalah, cuma lebih baik diambil pada masa yang berbeza, ini kerana:
  • nutrien ini berpotensi untuk menghalang penyerapan antara satu sama lain
  • tubuh kita juga mempunyai keupayaan yang berbeza untuk menyerap nutrien.
Malah, lebih baik vitamin larut lemak (ADEK) diambil selepas makan makanan berlemak/berminyak, dan vitamin larut air (B dan C) diambil bersama-sama.
Sekiranya mempunyai masalah dengan pengambilan vitamin, atau anda ingin mendapatkan pandangan yang lebih dalam, boleh hubungi pengedar anda.

Untuk senarai harga runcit, klik SINI.
Untuk konsultasi PERCUMA dan harga lagi MURAH, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati! :)


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.

0 comments: