06 December 2013

Vitamin Untuk G6PD

S1 : Apakah glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)? 
G6PD ialah sejenis enzim yang diperlukan untuk menstabilkan membran sel darah merah dengan pengaktifan (inactivation) kompoun oksidan. Jika G6PD berkurangan sel-sel merah akan menjadi rosak dan pecah (hemolisis) apabila pesakit termakan atau terdedah kepada bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri pengoksida. Lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia kekurangan G6PD. 

G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) juga ditakrifkan sebagai suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan. 

S2 : Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit defisiensi G6PD? 

Tanda-tanda sekiranya termakan ubat atau makanan yang tidak sesuai


  • Anak kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat
  • Anak mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
  • Letih / lesu dan tidak bermaya
  • Demam
Bagi bayi baru lahir. Kekurangan G6PD boleh berlakunya jaundis yang patologik. Jaundis bayi-bayi berkenaan terlalu tinggi tahap bilirubin mereka hinggakan pertukaran darah diperlukan. 

Bagi kebanyakan pesakit defisiensi G6PD hemolisis tidak ketara sehingga 48-96 jam selepas pesakit telah memakan bahan-bahan pengoksida seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria (seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Jangkitan juga boleh menyebabkan hemolisis. Gejala-gejala hemolisis akut bagi pesakit ini ialah kepucatan yang akut dan jaundis. Hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) akan menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku tertakluk kepada berapa teruknya hemolisis yang berlaku.

S3 : Apakah penyiasatan makmal yang perlu dilakukan?


Hemoglobin akan berkurangan apabila hemolisis berlaku dan tahap bilirubin tak konjugat (unconjugated.indirect SB) akan meningkat. Pemeriksaan hemoglobin dalam urin juga positif jika terdapat hemolisis akut.

Apabila pesakit mengalami hemolisis akut, ujian G6PD selalunya menunjukkan tiada defisiensi walaupun G6PD berkurangan dalam seseorang pesakit. Oleh itu, ujian G6PD patut dilakukan sebagai ujian penyaringan dalam semua bayi yang baru lahir atau ke atas pengidap penyakit apabila mereka sihat dan tidak mengalami hemolisis. 
Pengiraan retikulosit juga akan meningkat dalam hemolisis akut yang melibatkan defisiensi G6PD. 

S4 : Apakah rawatan untuk penyakit defisiensi G6PD? 

Rawatan kekurangan G6PD ialah dengan cara pencegahan
1.    Ujian penyaringan G6PD dilakukan di semua hospital dan klinik perbidanan ke atas bayi-bayi yang baru lahir dengan mengambil spesimen daripada darah tali pusat bayi. Bayi tidak patut dibenarkan pulang dari hospital tanpa pengetahuan status G6PDnya.

2.    Jika diagnosis defisiensi G6PD telah dibuat, pencegahan daripada hemolisis perlu dilakukan dengan cara pengajaran berkenaan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang patut dielakkan daripada pesakit. Mereka patut memakai rantai "medic alert" yang memberi maklumat mengenai penyakit kekurangan enzim G6PD. Satu senarai ubat-ubatan juga perlu diberi kepada pesakit supaya mereka dapat menunjukkan kepada doctor apabila mereka memerlukan rawatan.

3.    Jika pesakit termakan ubat-ubatan pengoksida seperti dalam senarai yang ada dan dimasukkan ke wad dengan hemolisis akut, pemindahan darah mungkin perlu diberi jika hemolisisnya terlalu teruk. Apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan amat jarang berlaku.

S5 : Apakah maknanya kekurangan G6PD intermedia?

G6PD intermedia adalah suatu keadaan di mana enzim G6PD berkurangan bukannya 100% tetapi di antara 20-80% kekurangan. Pesakit G6PD intermedia harus diberi tunjuk ajar yang serupa sebab risikonya pun hampir serupa dengan pesakit G6PD.

S6 : Berapa lamakah bayi kekurangan G6PD harus dijaga di hospital?

Apakah peranan jururawat semasa bayi berada di hospital? 
Dinegara Singapura semua bayi yang kekurangan G6PD dijaga di hospital selama 14 hari. Kita berpendapat bahawa sekiranya bayi lebih daripada 2.0kg, tidak jaundis dan kami puashati dengan keupayaan ibubapa maka seseorang ibu boleh membawa bayinya pulang selepas 10 hari. 

Jururawat mesti mengambil masa ini untuk menerangkan tentang kekurangan G6PD (S1-S3). Ibubapa mesti faham sekiranya kelihatan kuning, bayi mesti dibawa jumpa doctor dengan serta-merta.

S7 : Bolehkah ibu menyusu badan kepada bayi yang berkurangan G6PD? 

Memang boleh. Ibu yang menyusu tidak harusnya makan ubat yang disenaraikan di apendiks 4.

Professor Dr Zulkifli Ismail
Dr Iean Hamzah Sendut 

apendiks 4 :

Ubat-ubat yang tidak boleh dimakan oleh pesakit yang mengidap kekurangan G6PD


Primaquine 
Chloroquine 
Quinine 
Sulfanilamide 
Sulphacetamide 
Sulphapyridine 
Sulphamethoxazole (Bactrim) 
Dapsone 
Nitrofurantoin 
Ciprofloxacin 
Methylene Blue 
Nalidixic Acid 
Napthalene ( Moth balls)* 
  
Avoid all Chinese and Malay medications 
  
*For the first 3 weeks of life, do not use clothes exposed to mothballs.

INFO TAMBAHAN

Seharusnya elakkan daripada makan makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.

Lain-Lain yang perlu dielakkan
§     Fava Bean (jenis kacang parang)
§     Naphtalene (Ubat Gegat)
§     Ubat tradisional
§     Parabenecid
§     Dimercaprol
§     Dapsone
§     Procainamide
§     Para-Aminobenzoic Acid
§     Silver Sulphadiazine Cream
§     Methylene Blue

Ubat untuk Merawat Malaria: 
§     Choroquine
§     Hydroxycloroquine
§     Primarquine
§     Pamaquine
§     Quinine
§     Mepacrine (Quinacrine)

Ubat Penahan Sakit 
§     Acetylsalicylic Acid (Aspirin) 
§     Phenacetin (Acetophenetidin)
§     Aminopyrine (Amidopyrine)

Ubat Antibiotik 
§     Chloramphenicol
§     Cotrimoxazole (Bactrim)
§     Furazolidine
§     Nalidixic Acid
§     Nitrofurantoin
§     Nitrofurazone
§     Para-Aminosalicy Acid
§     Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
§     Sulfapyridine
§     Sulfasalazine

Kekurangan (deficiency) G6PD adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD. Ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan ataupun makanan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Vitamin asas yg perlu diamalkan oleh BF mommy adalah terdiri daripada Vitalea, Alfafa, Vita C & juga B Complex..Namun bagi bayi yg menghidapi masalah G6PD ibu2 bolehlah tukarkan Alfafa kepada vitamin lain iaitu Ostematrix/kalsium Shaklee. Ini kerana dikhuatiri bayi tersebut alah kepada Alfafa walaupun ada kes bayi G6PD tiada masalah setelah ibunya amalkan alfafa dimana ibunya hanya mengamalkan kuantiti yg paling minima setiap pengambilan...

semasa kehamilan



Mealshake


Berpantang


Testimoni diatas sebagai perkongsian sahaja, sila dapatkan  nasihat pakar perubatan anda terlebih dahulu (^^;) 

Untuk senarai harga runcit, klik SINI.
Untuk konsultasi PERCUMA dan harga lagi MURAH, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati! :)


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.

No comments: