31 August 2013

Lecithin atau Omega Guard untuk Kurus?

Assalamualaikum. Kedua-dua supplement iaitu Omega Guard dan Lecithin dikategorikan sebagai pilihan untuk membakar lemak dalam set cadangan untuk menurunkan berat badan.

Namun, seringkali pengguna atau bakal pengguna bertanyakan soalan kepada saya:
  • apa beza omega guard dan lecithin?
  • kenapa omega guard lebih mahal berbanding lecithin?
  • kenapa lecithin lambat untuk nampak kesan?
  • saya amalkan set turunkan berat badan, tapi berat tetap sama. Kenapa berat awan-kawan yang lain turun?
  • perlu ke saya amalkan omega guard dan lecithin dalam masa yang sama?
Jom, hari ni kita pakat studi sikit apa perbezaan fungsi Omega Guard dan Lecithin. Fahami peranan dan fikirkan mana yang sesuai dengan anda. Jommm fahami Lecithin dulu.



Lecithin
180 tablet
Harga runcit RM53
Hubungi saya untuk harga menjunam.

LECITHIN SEBAGAI PENGEMULSI LEMAK?

Lecithin yang berasal dari minyak biji soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental.

Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Jadi secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukannya 'membakar' lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran.

Jadi, boleh kurus ke guna Lecithin ni? Terpulang. Kalau tiada lemak termendap, maka kuranglah lemak terkumpul. Customer saya ramai yang mengalami kekurangan berat, ada juga yang maintain sahaja tak turun- turun. So Lecithin bukan lah pembakar lemak. Ia adalah pengemulsi lemak. Kamu perlukan sesuatu untuk keluarkan lemak yang telah teremulsi, iaitu Herblax atau Alfalfa.


Omega Guard
90 kapsul
Harga runcit RM136
Hubungi saya untuk harga berbaloi.

BAGAIMANA DENGAN OMEGA GUARD?

Omega Guard tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap. Haa nampak tak macamana kalau Lecithin dan Omega digabungkan? Macamana Omega Guard membantu pembakaran lemak? Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam. Maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku. Omega 3 berfungsi secara begini:

Menghalang pembentukkan lemak --> menambah metabolism --> bakar lemak

Ia juga berfungsi:
  • menghalang penghasilan hormon cortisole yg menggalakkan penyimpanan lemak.
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah - beri lebih tenaga utk bersenam.
  • Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - so boleh control makan.
Pengambilan Omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dr kebiasaan. Apabila kadar insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula. Maka gula/karbohidrat tidak menjadi lemak. Jadi, sebelum memilih pembakar lemak, cuba fahami dahulu bagaim berfungsi.

Nak kurus? Jom sekarang cuba set slimming Shaklee. ---> SINI




Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
♥ Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

29 August 2013

Kepentingan Vitamin Dalam Kehidupan Harian

Assalamualaikum.

Seringkali berlegar di benak fikiran soalan-soalan tentang vitamin, supplement, makanan tambahan. Antaranya:
  • Kenapa kena makan vitamin?
  • Dia tak amalkan apa-apa, tapi sihat je.
  • Vitamin apa yang terbaik?
  • Boleh ke tak makan vitamin langsung?
Ada yang memandang remeh tentang kepentingan mengambil vitamin. Maka, hari ni jom kita sama-sama ketahui...

KEPENTINGAN MENGAMALKAN VITAMIN @ MAKANAN TAMBAHAN:
  1. Penghadaman makanan yang tidak sempurna: hal ini boleh terjadi bila anda mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dalam kadar yang cepat.Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda.Orang yang memakai gigi palsu perlu berhati-hati dalam situasi begini.
  2. Pemakanan dan peminuman: Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh,jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda.Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.
  3. Pengambilan alkohol: Alkohol yang berlebihan meroskkan hati dan pankreas.Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin,niacin,pyridoxin, asid folik,vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.
  4. Merokok: Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat.Sebatang rokok bersamaan dengan 30mg vitamin C.
  5. Pengambilan julap: Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Hal ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat-waktu transit untuk penyerapan berkurangan.Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin E dan  A.
  6. Proses pemasakan: Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin B kompleks dan C.Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.
  7. Sakit: Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink,vitamin E dan sebagainya.Tulang yang patah memerlukan kalsium,vitamin D dan C yang lebih banyak.
  8. Tekanan: Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).

Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.

28 August 2013

Kenapa perlu minum air banyak bila mengamalkan supplement Shaklee?

Assalamualaikum dan salam bulan kemerdekaan. 

Puan, kenapa ye kena minum air masak banyak bila makan supplemen ni? Saya ni susah sikit nak minum air masak"

Itu adalah antara soalan yang sering ditanya oleh customer saya, apabila saya berikan jadual makan vitamin dan tip-tip makan vitamin selepas pembelian.

Sesiapa sahaja yang mengambil supplement Shaklee dinasihatkan supaya minum air masak yang banyak, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Sifir mudah sahaja, setiap 25kg berat badan, adalah digalakkan meminum 1 liter air.

Jom kita baca fakta-fakta yang perlu diketahui tentang kaitan air dan supplement semulajadi Shaklee:
  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis. 
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag. 
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?
Oleh itu, apabila mengambil supplement Shaklee, takat pengambilan air mestilah ditambah, melebihi kadar biasa. Biasanya kami mencadangkan 3 liter air sehari. 

Bagi yang dah biasa minum air masak dengan banyak, memang tiada masalah. Tapi bagi yang tak biasa atau tak berapa suka nak minum air masak, 3 liter sehari mungkin menjadi sedikit masalah.

Ok, jom saya kongsikan sedikit tips bagaimana untuk memastikan anda cukupkan syarat 3 liter air masak tu eh. 
  • Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
  • Selepas mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
  • Pastikan anda minum sekuarng-kurangnya 1 liter sebelum lunch dan 1 liter selepas lunch. Mesti boleh punya, anda ada masa lebih kurang 5 jam untuk habiskan setiap 1 liter. Saya biasanya kat office pun dah minum sampai 3 liter   
  • Jika anda bekerja, sediakan tumbler yang size 1 liter tu di atas meja office anda.  
  • Jika anda student, sila bawa tumbler ini di dalam beg anda ok:)
  • Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
  • Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml
Alhamdulillah, cukup dah pun 3 liter. Mudah kan? Tu belum campur air masak yang kita minum time makan supplemen tu. Siapa yang rasa susah nak cukupkan 3 liter sehari, boleh cuba tips ni ok. Mula-mula mungkin tak biasa, tapi bila dah jadi rutin, small matter je 3 liter air masak ni.Sedar-sedar, lebih 3 liter dah pun nanti.

Berminat untuk mencuba supplement semulajadi Shaklee yang dijamin halal, tanpa bahan pewarna, hubungi saya untuk HARGA MENARIK dan KONSULTASI PERCUMA.


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.

27 August 2013

Hamil selepas 2 bulan mengambil set kesuburan Shaklee

Assalamualaikum. Hari ni nak berkongsi testimoni pengguna set kesuburan Shaklee oleh Puan Marimar. Beliau merupakan salah seorang bakal ibu bertuah dikalangan beribu pasangan yang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.


Saya menaip semula testimoni beliau tanpa sebarang perubahan isi kandungan.

"Hi Dearies,
Saja nak share testimoni kt sini. Saya berkahwin hampir setahun. Saya mula ambil produk Shaklee untuk kecantikan kulit bermula April tahun lepas. Selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Collagen Powder. Ada juga ambil GLA Complex untuk period saya.

Sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel. Kadang-kadang atas urusan kerja. Kadang-kadang jalan-jalan je. Belum terfikir nak ada baby walaupun kami tak pernah merancang. Mungkin belum ada rezeki.

Tapi, lepas tengok kawan-kawan yang baru je kawin terus je preggy, membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi. April lepas, saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor. Dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex. Untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki.

Hari ni, sudah 1 minggu period saya lewat. Tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh-lenguh. Saya rasa pelik. Pagi tadi sebelum mandi, saya terdetik untuk cuba buat UPT. Memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital.

Lepas saya titikkan urine pada alat tu, saya biarkan je dan pergi mandi. Lepas dah siap mandi, saya lihat sekali imbas je alat tu. Saya terkejut sebab 'positive'. Saya terus kejutkan suami saya. Dia sangat teruja. Tak tau nak cakap apa. Sampai je di tempat kerja, saya recheck, but still same 'positive'.

Then saya ke gyne doktor utk scan. Alhamdulillah janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya. Alhamdulillah sekali lag. Saya hamil selepas 2 bulan mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri.

Kawan-kawan yang sedang mencuba jangan berputus asa ya. Lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing-masing. Yang penting usaha."

Kredit Pn Marimar.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Konsultasi secara EKSKLUSIF dan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda. Jazakallahu khairan.


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
♥ Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.


24 August 2013

Atasi Kelenjar Prostat Membengkak

Assalamualaikum. Semalam ada kawan lama bertanyakan tentang masalah kelenjar prostat (prostate gland) ayahnya yang membengkak. Fakta yang perlu diketahui adalah kanser prostat adalah penyakit yang menjadi pembunuh Nombor 2 lelaki selepas kanser paru-paru.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Kelenjar Prostat'?

Kelenjar prostat adalah sejenis organ yang hanya dimiliki oleh kaum Adam. Ia bertindak sebagai kelenjar auksiliari terbesar dalam organ pembiakan lelaki. Ia terletak di bawah pundi kencing.

Antara fungsi kelenjar prostat adalah menghasilkan sebahagian cecair air mani.

Apakah simptom- simptom berkaitan masalah prostat?

  • Kerap ingin membuang air kencing
  • Susah untuk buang air kecil
  • Mengalami masalah ereksi
  • Sakit ketika ejakulasi
  • Sakit di celah paha, belakang pinggang dan pinggang
  • Air kencing kerap menitis tanpa dikawal

Apa itu "Benign Prostate Hyperplasia"?


Masalah ini adalah bengkak di bahagian prostat yang tidak melibatkan kanser. Masalah ini sering berlaku seawal usia 30-an dan semakin jelas pada usia 50-an.

Aliran air kencing yang keluar daripada pundi kencing akan terjejas apabila berlakunya bengkak pada prostat. Hal ini sekiranya dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada pundi kencing dan sekiranya ia tersumbat, ia boleh membawa kerosakan pada buah pinggang.

Kajian menunjukkan 50% daripada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas akan mengalami simptom ini. Tetapi hanya 10% sahaja yang melibatkan rawatan pembedahan.

Cara merawat 

Masalah bengkak prostat boleh dirawat dengan ubat seperti finastride dan sekiranya masalah ini masih berlanjutan, barulah ia memerlukan rawatan pembedahan.

Anda wajib berjumpa dengan pakar bedah atau pakar urologi sekiranya mengalami simptom- simptom di atas.

Apa kaedah lain yang boleh diusahakan?

Mengamalkan suplemen semulajadi Shaklee adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mengidap masalah kelenjar prostat yang membengkak. 

Kenapa saya syorkan Shaklee? 


Daripada penulisan Dr Bruce Miller, kita perlu tahu apakah ciri-ciri vitamin E yang selamat diambil bukan dalam jangka masa pendek tetapi juga dalam jangka panjang.


Bukan sebarangan Vitamin E boleh diambil oleh kita. Jangan hanya menilai daripada harga kerana sepatutnya panduan pemilihan Vitamin E ni harus dititikberatkan.


Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium (as selenium yeast)

Vita-E Complex
120 kapsul
Harga runcit RM149
Hubungi saya untuk harga menjunam! Pasti berbaloi!

Betul ke vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium? 

Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. 
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana (dalam pasaran) tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.

Kini Vitamin E Shaklee ditambah dengan ekstrak Biji Anggur untuk hasil yang lagi hebat!



Bertindaklah sekarang. Usah menyesal kemudian hari. Berminat untuk mencuba?


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.

14 August 2013

Testimonial: Set Penyusuan dan Set Berpantang Walaupun Anak Kuning

Assalamualaikum.

Ramai ibu-ibu yang bertanya saya, set penyusuan apa yang terbaik untuk ibu-ibu berpantang, dan pastinya selamat diambil walaupun bayi mengalami jaundice atau G6PD? Jawapan saya, tentulah Eu-Four Set Plus, jemput baca ya.


Apa yang ada dalam set ini?

  • Lecithin
  • B Complex (asid folik)
  • Vitalea (multivitamin dengan zat besi)
  •  Zinc Complex
Tambahan:
  • Ostematrix (sumber kalsium dan cegah sembelit)
  • ESP (tenaga berpanjangan dan pengahasilan susu)
Apa kelebihan berpantang dengan set Shaklee ini?

- badan ibu kembali cergas selepas bersalin

- luka-luka cepat sembuh
- bayi terhindar dari jaundis / kuning
- vitamin yang tidak panas
- sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tak suka makan jamu yang boleh mengganggu penghasilan susu
- sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan 
- kulit ibu lebih cantik lepas berpantang, kulit bayi juga gebu
- elak sembelit, buang angin dalam badan
- tidak mengganggu penyusuan susu ibu
- susu lebih lancar dan banyak (sekiranya ibu tidak mengabaikan konsep penyusuan susu ibu)
- mengurangkan keguguran rambut 
- mengembalikan berat badan ideal dan meurunkan berat badan
- hilangkan kebas-kebas urat, tangan kaki 
- mengawal emosi atau lebih jelas 'meroyan' sewaktu berpantang

Apa kata pengguna?

Testimonial 1: Eizan Adzan



Salam semua
Saya nak share pengalaman sendiri menggunakan set bersalin shaklee ni. Sejak deliver baby seminggu yang lepas, saya rasa badan sihat bertenaga berbanding kali pertama dulu. Keluarga pun perasan keadaan saya ni. Kali ni saya bersalin melalui kaedah ceaserean dan saya amat bersyukur sebab ditemukan dengan produk ni. Walaupun baby ada jaundis tapi ianya amat membantu dengan penghasilan susu yang banyak dan baby dapat minum dengan banyak dan menurunkan bacaan jaundisnya. Di samping itu luka cepat baik dan yang paling saya suka keadaan parut ceaser tu tak seteruk yang pernah diceritakan oleh kawan-kawan. Dengan pengambilan ostematrix saya rasa badan amat bertenaga dan bangun pagi dalam keadaan yang cergas. Saya amat berpuas hati dengan keadaan ni dan bersyukur sangat.

Testimonial 2: Noor Akilla Salleh

Salam. Nak share pengalaman sendiri ni. Saya start makan shaklee baru je tu pon ambil set berpantang yang sangat superb!! Okie.

1) Masa bersalin saya trauma bleeding sebab kesilapan hospital, so luka dan jahitan yang banyak menyebabkan saya susah nak bergerak. Memang takut la even nak duduk.
2) Lepas 3 hari dibenarkan keluar wad, hari kelima anak disahkan jaundis, tinggi lak tu bacaannye. Stress, dengan sakitnya dengan anak kena tahan wad, memang pantang cowboyla saya, so bila anak kuning saya tak boleh makan apa-apa jenis jamu pun.
3) Makin hari sakit luka tak sembuh. Rasa ngilu, kebas n berdenyut bertambah-tambah.
4) Then bila saya review balik pasal shaklee, saya terus decide nk ambil, actually pernah usha-usha masa preggy, tp mak mentua suh makan jamu je sebab tu tak beli, now bila dah 2 minggu jahitan dan luka tak baik-baik baru rasa menyesal.
5) After dapat set berpantang, saya terus cepat-cepat minum ESP tu, dah la sedap, susu plak. Tak payah cakap. Terpancut-pancut bila anak lepaskan time menyusu, habis basah baju dan muka baby. Kalau pam tu, memang meriahla. Sebelah je dapat lebih 4oz. Perghh. Bangga ibu..
6) Dan yang paling saya rasa bahagia bila luka jahitan yang banyak tu dah semakin sembuh, jalan pun tak takut, nak duduk lagilah tak takut. Kalau dulu nak duduk pun rasa ngeri, now siap dah boleh bersila. Baru SEMINGGU tau ambil set berpantang ni!
7) Tang badan pulak memang rasa segar je dan bertenaga even jadi JAGA kan malam-malam, anak kuat menyusu, sejam sekali bangun, tapi takde hal. Bila siang pun, saya maintain lagi. Takdela rasa mengantuk sangat. BERBEZA bile tak ambil shaklee..



Jadi, kesimpulannya kat sini SHAKLEE memang BEST. Kalau orang datang melawat, mesti saya duk puji-puji shaklee ni, sebab orang asyik tegur saya macam org tak pantang. Hahahah. Mesti kena teruskan dengan shaklee after this sebab dah fall in love dengan Shaklee...tq...

P/S: menyesal tak ambil shaklee lepas bersalin dulu. Takdela asyik terbaring je sebab takut nak gerak dan duduk. memang menyesal!!! Hahahhaha...

Testimonial 3: Puan Ana



Salam.
just nak share tentang shaklee set berpantang. Honestly mmg superb! Sangat berbeza dengan kelahiran pertama dahulu tahun 2010. Before this, saya terlalu fobia nak bersalin 2nd baby kali ni coz waktu anak pertama sembelit teruk, jahitan lambat baik, susu badan ambil masa berminggu baru nak ada tu pun lepas berurut dan yang paling tak best badan sangat lesu dan lemah tak bertenaga. So bersalin kali ni decide ambil set trial berpantang shaklee lepas berbulan survey testimoni orang dan baca info kat blog. Alhamdulillah saya selamat bersalin baru-baru ni.


Hari ni genap 6 hari saya berpantang dan 6 hari  juga saya try set berpantang shaklee dan ostematrix untuk cegah sembelit. Syukur segalanya dipermudakan. Saya tak sembelit langsung buat masa sekarang, jahitan tak rasa sakit sangat dan luka lebih cepat baik dari dulu n yang paling best hari ke 3, susu dah ada n cik B pon mula membengkak walau tak berurut. Famili pun perasan, saya lebih bertenaga kali ni berbanding dulu. Memang best set ni.


Testimonial 4: Anie Arie

Salam ..nak share la jugak set berpantang shaklee..memang terbaik tambah ostematrik..now saya dah 31 pantang..luka bersalin alhamdulillah dah sembuh..rahim pn kecut cepat sgt berbanding first bby..nak buang air besar pn x de rasa takut2 ag.semua berjaln lancar..alhamdulillah..b4 bersalin berat 63.5 kg..now dah 52.5 kg..hihi bestkan dah trn 11 kg..badan jadi cergas n sihat aja.selain tu ambik gak vit e..kulit n rambutjadi sihat je.thanks shaklee..pasni nak mkn sampai bila2..hihi

Testimonial 5: Ziela

Assalam sis..
Saya dah seminggu berpantang. Memang best ambil set berpantang shaklee ni. Susu mencurah-curah. Luka pun dah baik, benang dah ada yang tertanggal. Memang best badan pun segar je tak macam berpantang baby first dulu. Saya dah buat kerja sendiri basuh baju n lampin baby. Masa sidai baju kat luar jiran depan rumah tanya mak saya dia tak jahit ke. Tengok cergas je siap sidai baju lagi. Mak cakap banyak jahit luka dia. Entah lah dia makan ubat ape ke dalam pantang kali ni. Hehe

Testimonial 6: Suaida Binti Mohamad


sharing : setahun setengah yang lalu, sewaktu di dalam pantang melahirkan afini. Sukarnye nak berpijak di lantai tanpa berstokin kerana sakit tumit kemungkinan lantai yang sejuk dan demand yang tinggi kerana tak boleh baring di atas toto nak kena tilam yang empuk. Namun setelah makan Ostematrix (1st time kenal shaklee) saya tak perasan yang saya berjalan tanpa stokin dan boleh baring depan tv hanya beralaskan tikar buluh. Sakit ngilu tiada sakit pinggang pun hilang. Terima kasih ya Allah, kerana temukan aku dgn penawar sakitku yang ku makan sehingga sekarang.

✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM

✔ SEMULAJADI
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SERVIS PANTAS 


Berminat untuk mencuba? Jom hubungi saya.


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.

12 August 2013

Kurus dengan Lecithin

Assalamualaikum

How amazing LECITHIN is

Lecithin Shaklee di ekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan dari tubuh akan menghasilkan acetylkolin, fosforus dan lemak tak tepu...

Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yang lain. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan "melekat pada lemak" dalam kata ringkasnya ia menyebabkan lemak "terapung" dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.



Apa itu Lecithin?



Apa kata pengguna?

Testimonial 1


Testimonial 2



Testimonial 3


Jom dapatkan Lecithin anda hari ni! Hubungi saya untuk harga istimewa.





Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872  Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB : Hifzan Zanini

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.