30 January 2014

SHAKLEE: HALAL KE?

08:32 0 Comments
Sijil Halal Shaklee 2014 dah pun di'upload' di laman web rasmi Shaklee Malaysia. Boleh view SINI.


Sebanyak 28 produk makanan tambahan Shaklee telah disenaraikan di dalam sijil ini.


Sijil halal ini sah sehingga 31 Disember 2014, dan akan dikemaskini lagi dari masa ke masa.


Buat pengetahuan semua, produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA sebelum diimport dan dibawa masuk ke dalam Malaysia. Setiap negara mempunyai badan pengeluar sijil halal sendiri, seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di Malaysia. Manakala di USA (United States of America) :
  1. Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
  2. Islamic Services of America (ISA)
Justeru, untuk produk Shaklee ini, telah pun mendapat sijil halal yang sah daripada ISA. ISA ini pula merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM


Anda boleh download senarai penuh badan-badan yang mendapat pengiktirafan JAKIM bagi mengeluarkan sijil halal produk-produk yang dibawa masuk ke Malaysia di SINI.


Jawapan JAKIM sendiri tentang isu halal Shaklee di FB JAKIM


InsyaALLAH, mudah-mudahan entry saya kali ini membantu anda supaya lebih yakin dengan Shaklee. Halal dan berkualiti tinggi
Wahai sekalian manusia, makanlah yang HALAL LAGI BAIK dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. - (Al Baqarah : 168)

Untuk sebarang info lanjut, hubungi saya:

29 January 2014

BUANG LEMAK DALAM BADAN

11:54 0 Comments

APA ITU LECITHIN?




Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya dan bebas kolestrol. Perlu diingat sistem badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Justeru itu kita disarankan untuk mengambil lecithin berasakan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan sistem badan kita.


Kebaikan Lecithin Shaklee ini salah satunya adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu. Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan, nanti  ibu tak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelangsingan di pasaran untuk jangka masa panjang. 



BERAPA LAMA AMBIL LECITHIN BOLEH KURUS?


Soalan yang sering diajukan oleh ramai orang. Berapa lama makan Lecithin berat boleh turun. Berat turun ni subjektif. Mengikut kadar metabolisme masing-masing. Ada yang sebulan boleh turun 4kg, ada yang 1kg. Ikut badan masing-masing. Jangan stress kalau ada orang turun banyak anda turun sikit. Bahaya jugak kalau turun banyak secara mendadak dan masa yang singkat.

APAKAH KEBAIKAN LECITHIN SHAKLEE?
  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. Sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. Lecithin adalah makanan otak dan saraf. 
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.
Lecithin
180 kaplet
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM52
Harga jimat untuk anda! Hubungi saya sekarang!

BAGAIMANA LECITHIN BERTINDAK DENGAN LEMAK?



TESTIMONI MEREKA YANG TELAH BERJAYA KURUS DENGAN LECITHIN





Untuk senarai harga runcit, klik SINI.
Untuk konsultasi PERCUMA dan harga lagi MURAH, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati! 


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.

28 January 2014

17 KEBAIKAN ZINC COMPLEX SHAKLEE

15:28 0 Comments
Assalamualaikum. Hari ini kita kongsikan kebaikan ZINC COMPLEX Shaklee. 

Zinc Complex
120 tablet
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM33
Hubungi saya untuk ketahui harga tergolek. Hee.

  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut.
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan*

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan makanan tambahan semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi, saya adalah wakil pengedar sah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya.

Untuk senarai harga runcit, klik SINI.
Untuk konsultasi PERCUMA dan harga lagi MURAH, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati! 


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.

27 January 2014

KANDUNGAN ALFALFA SHAKLEE

05:23 0 Comments
Alfalfa terkenal sebagai makanan tambahan yang mempunyai pelbagai khasiat sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa digunakan secara tradisional sebagai makanan penggalak susu, membantu membuang angin di dalam badan, melawaskan sistem penghadaman, dan sangat baik diamalkan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. 


Pokok Alfalfa terkenal kerana mempunyai akar yang sangat panjang jauh ke dalam tanah, yang menyebabkan Alfalfa merupakan antara tumbuhan yang mampu menyerap pelbagai zat dan bahan galian yang berada jauh di dalam tanah. Unikkan?





APAKAH VITAMIN YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?

Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkita, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung; kardiovaskular dan kesihatan otot; membaiki fungsi imun; menguatkan otot badan; mambawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah' membantu fokus mata.

Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; ,membantu mengurangkan loya.

Vitamin K - penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosferus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dna tulang yang kuat dan sihat.

APAKAH MINERAL YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?

Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku; membantu dalam kecergasan ddan daya tahan; emngawal rentak jantung; melegakan saraf.

Zat Besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk mencerna lemak. 

Fosforus - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.



APAKAH KEISTIMEWAAN LAIN ALFALFA?

Kaya dengan protein - 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. Otot terdiri daripada protein dan kekurangan protein menyebabkan keletihan dan kelesuan. 

Akar Alfalfa yuang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain,

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

Namun, tidak semua Alfalfa adalah sama, Alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungin ditanam dengan kaedah yang tidak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat daripada daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA- ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Harga runcit Alfalfa Complex (330 tablets) untuk Semenanjung Malaysia ialah RM53
Harga runcit Alfalfa Complex (700 tablets) untuk Semenanjung Malaysia ialah RM97
Hubungi saya untuk harga menarik!

Untuk senarai harga runcit, klik SINI.
Untuk konsultasi PERCUMA dan harga lagi MURAH, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati! 


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.

26 January 2014

Vitamin Untuk Kulit Berjerawat Dan Berparut

16:11 0 Comments
Soalan: "Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit."

Jawapan: 
  • Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.
  • Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.
  • Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik (ESP Shaklee) dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.
  • Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.
  • Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.
APAKAH SUPPLEMENT YANG BOLEH MEMBANTU?
  • Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E.
  • Vitamin A (Carotomax) diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit.
  • Vitamin C (SR Vita C Plus) diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya.
  • Vitamin E (Vita-E Complexboleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineralzink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.
  • Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.
  • Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6 (OmegaGuard). Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.
  • Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA Complex) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.
Dari artikel di atas, apa yang boleh simpulkan bahawa nutrien-nutrien ini dapat membantu masalah kulit:

1. Rendah indeks glisemik: ESP. 850g. Runcit RM150
2. Vitamin A : Carotomax. 30 kapsul. Runcit RM74
3. Vitamin C : SR Vita-C Plus. 180 tablet. Runcit RM92
4. Vitamin E : Vita-E Complex. 120 kapsul. Runcit RM149
5. Asid lemak omega-3
6. Asid lemak omega-6 : OmegaGuard. 90 kapsul. Runcit RM136
7. Gamma linolic acid (GLA) : GLA Complex. 60 kapsul. Runcit RM91

*Hubungi saya untuk harga jatuh tergolek. Hee.


Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin kulit Shaklee, bolehlah menghubungi saya untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda dari Shaklee. InsyaAllah, saya akan cuba membantu untuk membuat pilihan yang terbaik!


Untuk senarai harga runcit, klik SINI.
Untuk konsultasi PERCUMA dan harga lagi MURAH, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati! 


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.

25 January 2014

KENAPA PERLU AMBIL VITAMIN?

10:05 0 Comments
Kesihatan optimum adalah sangat penting untuk kita hidup lebih lama dan bahagia. Ia memberi impak kepada segala-galanya, daripada penampilan kita, kecerdasan badan kita dan seterusnya apa yang kita boleh capai dalam hidup kita.

Vitamin adalah keperluan penting dalam dunia moden ini supaya kesihatan kita dioptimumkan.

Apa itu vitamin dan kenapa vitamin itu sesuatu keperluan?

Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, kita perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Kekurangan vitamin-vitamin tertentu akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Misalnya, rabun (kurang vitamin A) dan anemia, atau penyakit ‘kekurangan sel darah merah’ (kurang vitamin B12 atau zat besi).

Justeru itu, vitamin adalah sangat diperlukan oleh semua lapisan masyarakat. Lebih-lebih lagi, orang yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging. Vitamin juga bagus untuk orang yang tidak gemar minum susu. 

Untuk mengelakkan badan kita daripada kekurangan zat dari segi vitamin dan nutrien, kita perlu mengambil pil vitamin sebagai makanan tambahan.

Fungsi-fungsi vitamin yang berlainan dalam badan kita

Jenis vitamin
Fungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin D

Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.


Vitamin E

Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin K
Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

Sumber:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Vitamin

SET SHAKLEE YANG KITA CADANGKAN

Di sini kami mencadangkan set supplemen Shaklee untuk pelbagai keperluan, dan boleh disesuaikan mengikut kemampuan.


Anti-Penuaan ESP, Collagen Powder, Vivix
Anti-Oksidan CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix
Set Skin Care B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Collagen, Vivix
Set Kurus Badan ESP , Herblax, Alfalfa, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix
Set Mengandung Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, OsteoMatrix, Omega Guard
Set Berpantang Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard
Set Breastfeeding Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
Set Kesihatan Lelaki Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
Set Kesihatan Kanak-kanak Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, Meal Shakes
Set Remaja (12 years ++) Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard
Set Kencing Manis GLA Complex, B Complex, Vitamin C
Set Gout Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa
Set Kesihatan Sendi Advanced Joint Health, Omega Guard, Ostematrix
Set Immune Booster Vitalea, NutriFeron
Asma, Resdung, Alahan, Hives (Gegata), Eczema Alfalfa, B-Complex,
Vitamin C
Untuk mereka yang tidak gemar pil Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron


Untuk senarai harga runcit, klik SINI.
Untuk konsultasi PERCUMA dan harga lagi MURAH, hubungi saya sekarang. Pasti puas hati! 


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Nur Hifzan Muhamad Zanini (ije) 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 933313 ] 
♥ Contact Number : 0136530440
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

** Shaklee ID 933313 boleh digunakan jika kawan-kawan nak beli sendiri di cawangan Shaklee yang berdekatan. Klik SINI untuk senarai cawangan Shaklee anda.