27 February 2014

PETUA SEMBUHKAN DEMAM DENGGI

09:13 1 Comments




Punca Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan berada di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedesalbopictus).

Simptom Demam Denggi

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan seldarah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Petua Sembuhkan Demam Denggi

Petua ini bukanlah untuk menggantikan perubatan moden, tetapi anda boleh jadikannya petua sampingan jika anda juga disahkan menghidap penyakit ini. Untuk pengetahuan semua juga, penyakit demam denggi ini belum mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan yang digunakan di hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah kandungan air di dalam badan agar suhu kembali normal.
Sup Ketam dipercayai mampu membantu pesakit demam denggi sembuh

Kenapa Sup Ketam?


Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Supplemen Alternatif


Performance Drink
539g
Harga runcit ialah RM82
Hubungi saya di 0182704872 untuk dapatkan harga termurah

Bagi mengatasi masalah dehidrasi dan suhu badan yang tinggi, anda boleh cuba Performance Drink Shaklee. Ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat (tidak bergas) dan kurang gula. Anda mungkin telah biasa mengambil minuman isotonik yang ada  di pasaran, tetapi sedarkah anda minuman isotonik tersebut mempunyai gula berlebihan dan berkarbonat.

Nutriferon
30 stik x 1.2g
Harga runcit ialah RM181
Hubungi saya di 0182704872 untuk dapatkan harga termurah

Bagi meningkatkan tahap imun atau rintang kepada penyakit, cubalah Nutriferon Shaklee. Nutriferon Shaklee adalah “immune booster” ciptaan pakar imun dari Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima. Nutriferon meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan. Nutriferon sangat sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah antibodi lemah, sering selsema dan demam serta membantu mereka yang lambat sembuh dari penyakit.

**Jika anda, keluarga anda dan terutamanya anak-anak anda didapati ada simptom-simptom seperti yang dinyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor dan membuat pemeriksaan lanjut. 




25 February 2014

22:17 0 Comments
BU HAMIL,

Sila elakkan diri anda daripada mengambil vitamin-vitamin seperti di bawah:

  • Alfalfa Complex
  • DTX Complex
  • Collagen Powder
  • Carotomax
  • Garlic Complex
  • Herblax
  • Vitamin E Complex
  • GLA Complex
  • Vivix
  • Cinch

*Pengecualian untuk teruskan pengambilan hanya jika anda mendapat saranan doktor.

Kenapa ibu hamil tak boleh ambil?

Cinch tidak digalakkan ambil kerana ia sangat rendah kalori dan mungkin menjejaskan nutrisi yang diperlukan bayi anda.Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan seperti Vit E, vivix, GLA dan Carotomax tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Begitu juga dengan alfalfa yang boleh merangsang pengecutan rahim anda. Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya. Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang perlu disingkir keluar lalu boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung. Oleh itu, sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

Jadi, apa Vitamin yang sesuai untuk ibu hamil?

Ibu hamil digalakkan mengambil multivitamin dan vitamin yang tinggi zat besi, mengandungi asid folik yang cukup kerana ia penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan kecacatan, kalsium yang mencukupi, vitamin c dan minyak ikan. Sebahagian vitamin ini juga dikenali sebagai 'hematinic vitamin' sebagaimana yang dibekalkan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Namun, jika anda mempunyai bajet sendiri untuk vitamin pilihan anda, tidak salah untuk anda mencuba Set Ibu Hamil Shaklee.

Apa yang terkandung dalam Set Ibu Hamil Shaklee?
Vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk ibu hamil
Set Ibu Hamil Shaklee terbahagi kepada 2 kategori iaitu Set Ibu Hamil Trimester 1 dan Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3. Boleh baca pos Nutrisi Tambahan Ibu Hamil untuk mengetahui fungsi setiap vitamin yang dicadangkan:

Set Ibu Hamil Trimester 1
  • BComplex (dengan asid folik)
  • Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Vita C(Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil)
  • Ostematrix(Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3
  • BComplex (dengan asid folik)
  • Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Vita C(Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil)
  • Ostematrix(Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
  • Omega Guard(Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA)
Add On
  • ESP(Untuk kecantikan kulit semasa hamil serta kulit bayi yang sihat dan membekalkan tenaga tambahan)
Anda adalah apa yang anda makan..begitu juga dengan anak anda..Jika anda telah mengamalkan pemakanan sihat yang mencukupi keperluan nutrisi anda ketika hamil, itu adalah lebih baik. Set ini hanya membantu anda melengkapkan pengambilan nutrisi anda ketika hamil..Namanya pun makanan tambahan, kan..
Semoga anda mendapat yang terbaik sepanjang kehamilan anda..

Jika berminat untuk mencuba Set Hamil Shaklee boleh hubungi saya seperti di bawah:

✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

SIAPA TAK BOLEH AMBIL VITA-LEA?

10:54 0 Comments
Vita-Lea adalah multivitamin hebat yang komprehensif, lengkap dengan 28 vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Vita-Lea
120 tablet
Harga runcit ialah RM88
Hubungi saya di 0182704872 untuk harga menarik
Walaupun Vita-Lea ni banyak manfaat untuk kesihatan, tapi ada beberapa golongan yang TAK BOLEH MENGAMALKAN Vita-Lea ye kerana ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan mereka.
Sebelum anda membeli sebarang supplement Shaklee, pastikan anda berterus-terang mengenai sebarang masalah kesihatan yang anda hadapi agar pengedar dapat menyarankan supplement yang sesuai serta tepat untuk keperluan anda. Jadi, takdelah nanti anda dapat extra masalah dan membazir duit.
Anda dinasihatkan TIDAK mengambil Vita-Lea jika anda mengalami salah satu masalah di bawah:
1. pesakit SLE : Vita-Lea mengandungi Alfalfa. Pesakit SLE tak boleh makan sebarang supplemen yang ada Alfalfa. Kenapa ? Sebab Alfalfa mengandungi amino acid L-canavanine yang boleh mencetuskan serta meningkatkan keradangan pesakit SLE.
2. Mereka yang ada masalah alah dengan herba ( Vita-Lea mengandungi Alfalfa )
3. pesakit Thalassemia (especially Thalassemia Major) kerana Vita-Lea mengandungi Zat Besi. Pesakit Thalassemia dah mengalami masalah beban zat besi berlebihan dalam badan.
4. mereka yang ada masalah Hyperthyroid. Pesakit ini mengalami masalah kadar Iodin yang tinggi dalam darah. Vita-Lea mengandungi Iodin. Ini akan meningkatkan lagi paras Iodin dalam tubuh mereka dan menyebabkan keradangan.
Jika anda tidak mengalami sebarang masalah ini, jom ber Vita-Lea.

23 February 2014

CARA GUNA SET NUTRIWHITE SHAKLEE

10:52 1 Comments
Langkah penggunaan rangkaian produk Nutriwhite Shaklee

Membersih

~ Gentle Action Make Up Remover & Gentle Deep Foaming Cleanser ~
Cara Penggunaan : sapu pada kulit yang basah dan bilas dengan menggunakan air suam.
Fungsi : Kulit akan lebih bersih , licin, lembut, segar dan berseri, menyingkirkan sel kulit mati tanpa meninggalkan sisa

Memperbaharui

~ Soothing Radiance Whitening Cleanser ~
Cara Penggunaan : Tuang sedikit pada kapas & sapukan perlahan2 ke seluruh muka dan leher. 
Fungsi : Memulihkan kulit pada keseimbangan PH semulajadi. Kulit akan jadi lebih anjal & segar serta lembut

Mencerahkan

~ Daily Defense Whitening Essence ~
Cara Penggunaan : Apply pada keseluruhan wajah yang bersih, sapu sama rata ke seluruh muka dan leher
Fungsi : melicin, mencerahkan dan menegangkan. Membantu mengeluarkan pigmentasi, melembutkan dan mengurangkan tompokan gelap serta mengelakkan keosakkan akibat dari matahari. Mempunyai Vit c yang aktif untuk memperbaiki kulit

Merawat

~ Spot Whitening Treatment ~
Cara Penggunaan : Sapu sedikit ke kawasan gelap pada kulit, sekali @ 2 kali sehari. Elakkan dari tededah kepada cahaya matahari selepas penyapuan.
Fungsi : Berkesan untuk kurangkan kesan tompokan akibat matahari & jeragat.

Mencegah

~ Ultimate Protection  Whitening Lotion SPF 15 ~
Cara Penggunaan : Untuk kegunaan siang hari, sapu lembut dan ratakan ke seluruh muka & leher, elakkan dari kawasan mata.
Fungsi : Elak keradangan kulit, melindungi kesan buruk dari matahari dan membina Penentangan terhadap kerosakkan alam sekitar.

Menganjalkan

~ Overnight Renewal Whitening Cream ~
Cara Penggunaan : digunakan pada waktu malam, sapu perlahan keseluruh muka dan leher
Fungsi : Meremajakan kulit ketika waktu tidur dan anda akan bangun dengan kulit wajah yang lebih segar dan cerah

Langkah-langkah yang disertakan ini adalah pelengkap untuk mereka yang inginkan kulit yang licin cerah dan berseri dengan Set NutriWhite Shaklee.


Klik untuk info lanjut tentang set Nutriwhite Shaklee


21 February 2014

ATASI NAFAS BERBAU / MULUT BERBAU

11:05 0 Comments
Tahukah anda, Herb-Lax Shaklee boleh mengatasi masalah mulut berbau?

Ramuan Herb-Lax Shaklee ni terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat.


Herb-Lax Shaklee mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckthorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.


Herb-Lax
120 tablet
Harga runcit Semenanjung Malaysia RM52
Hubungi saya untuk harga termurah. 

Sifat Herb-Lax Shaklee:

Ia mengalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang

Manfaat Herb-Lax Shaklee:


1. Menyingkirkan najis yang tersekat.
2. Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
3. Membantu masalah sembelit.
4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit.
5. Mengempiskan perut.
6. Menyokong kesihatan usus.
7. Membantu menyahtoksin badan.
8. Herb Lax Shaklee membantu mengurangkan atau memberi rasa kepejalan pada perut.Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba.
9. Membantu masalah bau mulut dan bau badan.
10.Mengelakkan kembung perut.
11.Mencegah penyakit kulit.

Ramuan yang terkandung didalam Herb-Lax Shaklee:


 Alfalfa Leaves - Membersihkan usus,darah dan hati.

Anise Seed - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

 Blue Malva Flower -Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.

Barkthorn Bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakkan dan memberi lembapan kepada usus

Culver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan bagus untuk asthma.

Fennel Seed(Jintan Manis)- Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol.Membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus

 Licorice Roots - Membantu proses detoksifikasi

Rhubarb Root- Herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina sebagai antibiotik.

 Senna Leaves - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

Info: 
  • Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan.Manakala dibawah kondisi normal,Herb-Lax Shaklee menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman kembali normal.
  • Herb-Lax sangat sesuai diambil bersama Lecithin dan Alfalfa bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

19 February 2014

FAQ UNTUK PENGGUNA BARU SHAKLEE

08:32 0 Comments

1. Adakah Shaklee ini Halal?

Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil HALAL ini --> SINI

2. Mengapa urin saya bertukar menjadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: Ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

4. Saya mengalami pening-pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba-tiba datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.


5. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.

Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh. 

6. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya alami?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

7. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana sales branch Shaklee?
Jawapan: Boleh. Hanya walk in di mana-mana branch Shaklee dan gunakan ID Shaklee 933313. Sila hubungi saya di 018 270 4872 selepas itu untuk konsultasi percuma.

8. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap (tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sedikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

9. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung? 
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

10. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan anda mengambil set Family Wellness Program yang terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C dan ESP. Untuk kesan optimum, boleh tambahkan Alfalfa dan/atau Ostematrix.

11. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan B Complex dan Multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B Complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B Complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah-buahan atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.


Perlukan info lanjut? Hubungi saya sekarang. Saya sedia membantu anda.


17 February 2014

KEBAIKAN TEH HIJAU

07:45 2 Comments
Teh biasa ada di setiap rumah di Malaysia. Dah jadi kebiasaan kita untuk menjadikan teh sebagai minuman seharian. Kat rumah kita minum teh, kat kedai pun kita order teh. Minum petang pun lebih sedap jika dihidang dengan teh dan kuih-muih ringan, atau sekadar dicicah dengan biskut kering. Yummy.

Teh hijau adalah sejenis teh yang banyak khasiat dan kelebihan. Biasanya ia di minum tawar tanpa gula atau dicampur dengan sedikit madu. Ramai antara kita tidak tahu bahawa teh hijau banyak manfaat, jauh lebih baik untuk kesihatan kita. Antara kelebihannya adalah:


1. Kelebihan Teh Hijau #1: Mengurangkan Berat Badan

Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 

2. Kelebihan Teh Hijau #2 : Pesakit Diabetes

Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

3. Kelebihan Teh Hijau # 3: Pesakit Jantung.

Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akanmengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

4. Kelebihan Teh Hijau #4: Risiko Barah Esofagus

Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.

5. Kelebihan Teh Hijau #5: Kolestrol

Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.

6. Kelebihan Teh Hijau # 6: Alzheimer dan Parkinson

Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.

7. Kelebihan Teh Hijau #7 : Reputan pada Gigi

Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain. 

8. Kelebihan Teh Hijau #8 : Tekanan Darah.

Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kelebihan Teh Hijau #9 : Tekanan Perasaan

Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

10. Kelebihan Teh Hijau #10: Antibakteria.

'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.

11. Kelebihan Teh Hijau #11: Penjagaan Kulit

Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciriantioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

APA SHAKLEE BOLEH BANTU
Shaklee mempunyai produk terbaik yang bukan sahaja mempunyai ekstrak Teh Hijau, malahan Teh Merah dan Teh Putih sekaligus. Sangat berbaloi untuk membelinya, mudah untuk dibancuh dan membantu mengurangkan risiko barah dan mengurangkan berat badan. 

Cinch Energy Tea Mix
28 sachets
Harga runcit Semenanjung Malaysia ialah RM131
Hubungi saya untuk harga termurah!




16 February 2014

MLM Shaklee

07:21 0 Comments
Ada yang berpendapat Shaklee adalah sama seperti sistem MLM yang lain. Hurm. Baca dulu hingga habis. Kemudian baru buat penilaian anda sendiri. :)
MLM Shaklee
1. Modal Rendah
Hanya bermodalkan RM75 (Semenanjung) / RM85 (Sabah & Sarawak) untuk daftar keahlian dan dapatkan memberkit bag yang mengandungi info berkaitan Shaklee. KEAHLIAN PERCUMA juga boleh didapati jika anda buat belian produk sebanyak RM 680. 
2. Keuntungan Berdasarkan Kepada Jualan
Keuntungan BUKAN berdasarkan berapa ramai anda dapat rekrut. Anda rajin, anda banyak sales, anda akan dapat bonus tinggi.

3. Marketing Plan Yang Jelas
Shaklee telah menggariskan satu marketing plan yang JELAS , ADIL dan KOMPREHENSIF untuk semua pengedarnya. Tanpa usaha, ciput je la bonus anda akan dapat. Makin banyak sales anda, makin kukuh empayar anda dan makin berjaya downline anda, makin banyaklah bonus anda. So, setiap leader yang ada downline, kena bantu downlinenya untuk berjaya dan stabil.
So, konsep Touch & Go mase head-hunting downline, takkan buat anda dapat income yang stable ye.
4. Shaklee Tidak Memaksa Anda Untuk Menyimpan Stok

Anda bebas nak beli stok ikut keperluan dan budget anda mahupun demand dari customer anda. Tak perlu beli stok ribu riban sorok bawah katil ye. Itu amalan orang tak bijak ye.



5. Shaklee Tiada Meeting Larut Malam 

Shaklee memang ada menganjurkan kelas-kelas produk dan kelas untuk new distributor. Tapi, kehadiran anda tidaklah wajib. Kalau datang, anda dapat ilmu. Kalau tak datang, tak memberi impak pun kat kepada keahlian dan biz anda.

6. Tak Perlu Head-Hunting Cari Downlin

  • Anda serius dengan biz ni?
  • Anda konsisten sharing?
  • Anda layan customer sebaiknya?
  • Customer sendiri rela hati berdaftar bawah anda dan maybe join team anda untuk biz.

7. Shaklee Menyediakan Training Untuk Pengedar

Skim Piramid, trainingnye entah apa sebab duk fokus nak rekrut orang.  Asyik lukis rajah bulat-bulat je la. 1 pecah 5, 5 pecah lagi setiap cabang 5. Hihi. Nak jadi piramidkan.

Setiap leader dalam Shaklee juga menawarkan training persendirian (coaching) kepada ahlinya yang bukan je based on marketing strategy tapi sharing lain-lain berkaitan produk, testimonial, konsulatasi.

8. Sistem Bonus Yang Adil

Siapa buat, dia dapat.
Takde istilah orang atas goyang kaki, orang bawah mati-matian pulun sales.

MLM bekerja secara team-work.
Shaklee pulak, siapa rajin, tak kiralah dia baru je join pun, orang tu akan naik dan dapat bonus lagi besar berbanding yang awal lagi join.

Apepun, kadang-kadang ada jugak insan-insan tamak haloba pemalas yang nak kaya cepat atau nak dapat duit dengan cara mudahdan seterusnya telah MEMPIRAMIDKAN biz MLM.

Macam mana nak tau anda bakal dijerat dengan SKIM PIRAMID dan bukannya MLM YANG TULEN ?


TANDA-TANDA SKIM PIRAMID


1. DEMAND MODAL YANG BESAR

Memaksa anda untuk keluarkan modal yang besar . Antara alasan yang popular ialah supaya anda "mencapai" rank tertentu dan "layak" untuk bonus tertentu.

Tak kurang jugak yang memaksa anda melaburkan jumlah wang yang terlalu besar serta menggalakkan anda buat pinjaman.

Pastu tak ajar pun camne nak marketkan barang / produk tu. Tapi duk fokus RECRUIT ORANG.

2. BERFOKUS KEPADA ME-RECRUIT

Jika anda hanya diberikan penerangan yang berfokus kepada bagaimana nak merecriut berbanding bagaimana nak menjual, AWAS!

Biasanya mereka akan menyarankan anda mencari beberapa lagi "downline" untuk berdaftar dibawah anda, dengan mengeluarkan jumlah modal sepertimana anda bayar dan kemudian meminta mereka mengulang semula proses tersebut.

3. PULANGAN YANG BESAR JUMLAHNYA DALAM MASA YANG SINGKAT DENGAN USAHA YANG MINIMA

Berhati-hati ye. Mana ada biz macam ni.
Tanpa usaha, takyah buat apa just cari orang je, eh...untung ribu riban.

4. MARKETING BASED ON CERITA BERAPA BANYAK INCOME BOLEH DIJANA BUKAN FOKUS KEPADA KEKUATAN PRODUK

Kan dah bagitau kat atas tadi, main pointnye, suruh kita cari lagi dan lagi orang untuk direkrut.

KESIMPULANNYA : SKIM PIRAMID selalunya menawarkan keuntungan singkat dgn usaha minima. Kadang-kadang terlalu best offernye sehingga tak masuk akal. Modal pulak biasanye besar dan mesti head-hunting cari orang.

Ketahui lebih lanjut tentang cara menjadi ahli Shaklee dan seterusnya menjana pendapatan dengan Shaklee ---> KLIK SINI
SUMBER RUJUKAN : --> businessinsider