01 February 2014

ASID FOLIK TERBAIK

Q: Apakah asid folik?  


A: Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. 

Q: Kenapakah saya perlukan asid folik? 

A: Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda. 

Q: Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan? 

A: Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Q: Apakah sumber makanan yang terbaik? 

A: Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda.


Untuk pengetahuan anda, asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah. 

Q: Bagaimana Shaklee membantu untuk dapatkan 400mcg asid folik sehari?

A: Di Shaklee, suplemen yang mengandungi asid folik adalah B-Complex dan Vitalea

Kandungan B-Complex (200mcg asid folik)

Kandungan Vita-Lea (200mcg asid folik)

Pengambilan sebiji Vitalea dan sebiji B-Complex sehari sudah mencukupi keperluan 400mcg asid folic yang diperlukan oleh wanita hamil.

Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk, hubungi:

0 comments: