05 April 2014

bayi meragam susu tak lancar

“Ketika menyusukan bayi, hanya payu dara kanan mengeluarkan susu dengan lancar. Payu dara kiri pula tidak mengeluarkan susu dengan banyak. Akibatnya saya tidak selesa kerana payu dara sering berat sebelah. Malah, jika anak menyusu sebelah kiri, dia akan meragam kerana pengeluaran susu tidak lancar. Apakah puncanya dan jalan penyelesaiannya?"

Jawapan
Ada kalanya bayi akan menolak atau meragam ketika menyusu dari anda atas beberapa sebab. Antaranya refleks pancutan susu terlalu perlahan atau terlalu laju ataupun bekalan susu berkurangan. Oleh kerana itulah, bayi lebih suka menyusu dari payu dara yang mana aliran susunya lebih baik dan banyak. Keadaan ini juga menjadi penyebab mengapa saiz payu dara berbeza (satu besar, satu kecil). Kadang kala ini boleh menyebabkan ibu berasa tidak selesa. Antara punca mengapa berlakunya perbezaa bekalan dan aliran susu di antara payu dara ialah:

Punca

Keadaan fizikal payu dara
Semua wanita mengalami keadaan di mana sebelah payu dara mempunyai lebih duktus atau alveoli berbanding yang sebelah lagi. Keadaan ini adalah normal. Perbezaan keadaan aerola/putting agak biasa berlaku (putng tenggelam/leper). Keadaan ini menyebabkan bayi lebih mudah dan gemar melekap pada payu dara yang berkeadaan normal.

Bayi menggemari salah satu belah payu dara sahaja.
Kebiasaannya bayi akan lebih menggemari satu beleh payu dara. Oleh itu, dia akan lebih menyusu dengan lebih efisyen dan kerap menerusi payu dara yang disukainya.

Ibu menggemari salah satu belah payu dara.
Antara sedar atau tidak, anda mungkin lebih suka menawarkan sebelah payu dara lebih kerap berbanding yang sebelah lagi. Biasanya perkara ini akan berlaku pada waktu malam apabila ibu tidak perasan kerana terlalu letih atau mengantuk.

Pembedahan atau kecederaan
Jika salah satu belah payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu. Kesabaran atau kegigihan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha anda! Bayi anda mungkin akan menerima kembali payu dara seblah kiri anda sedikit masa lagi. Jika dia masih meragam atau enggan, anda harus teruskan rangsangan di payu dara kiri dengan memerah sekerap mungkin. Ini penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan. Sekiranya perbezaan payu dara merisaukan anda, terdapat beberapa tip untuk memperbetulkan keadaan.

Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya. Pastikan bayi berada dalam keadaan tenang ketika itu dan lebihkan penyusuan pada payu dara tersebut. Memerah payu dara yang kecil selama 5-10 minit selepas sesi penyusuan.

Penyelesaian

Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amatlah penting dalam usaha untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payu dara yang tidak digemari.

1.     Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.

2.     Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlaku pancutan reflex, alih ke payu dara yang sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisiCradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh praktikkan posisi penyusuan yang lain.

3.     Menyusu di bilik yang gelap atau berkeadaan sunyi dan sepi.

4.    Cuba menyusu sambil sambil berjalan, mengayun-ayunkannya dengan perlahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.

5.    Jika bayi lebih gemarkan payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan untuk mempercepatkan aliran susu di payu dara yang mana alirannya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (Scissor hold) di bahagian aerola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang mana alirannya perlahan, puan bpleh mengepam payu dara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.

No comments: