24 April 2014

KEPENTINGAN KALSIUM

Artikel Oleh Faizatul Farlin Farush Khan diolah daripada Harian Metro
APA ITU TULANG?
Sangkaan segelintir orang bahawa tulang adalah bahagian tubuh yang tidak hidup ataupun hanya fosil ternyata salah. Ini kerana sama seperti bahagian tubuh lain, tulang yang juga tisu hidup ini sentiasa tumbuh, berubah, malah memperbaharui dirinya, umpama projek lebuh raya yang tidak pernah ada tarikh siap.
Di bahagian dalamnya terkandung saraf, salur darah dan sum-sum dengan sel darah merah dihasilkan. Ketika dilahirkan, manusia mempunyai 300 batang tulang yang kemudian bercantum sesama sendiri hingga membentuk 206 tulang apabila dewasa.
Sebahagian tulang bayi terdiri daripada tulang kartilaj iaitu tisu yang lembut dan fleksibel. Ketika kanak-kanak mengalami pertumbuhan tubuh yang pesat pada usia bayi dan persekolahannya, kartilaj membesar dan digantikan perlahan-lahan oleh tulang dengan bantuan kalsium dan sebaik usia mencecah 25 tahun, proses ini menjadi sempurna.
Sebanyak 90 peratus pertumbuhan pesat tulang berlaku dalam tempoh kanak-kanak membesar dan pada usia persekolahan. Namun malangnya apabila semakin membesar, penekanan terhadap kepentingan minum susu semakin berkurangan, sekali gus menjejaskan perkembangan tulang yang sihat.
KALSIUM DAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak di Malaysia cenderung mengurangkan pengambilan susu apabila meningkat dewasa dan kajian pada 2010 menunjukkan mereka tidak mendapat kalsium secukupnya daripada diet harian.
APA ITU KALSIUM?
Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.
Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.
Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah.PENGAMBILAN KALSIUM HARIAN
Mengambil susu atau pemakanan yang kaya dengan kalsium mampu membantu tubuh menyimpan lebih banyak kalsium supaya tulang terus kekal kuat. 
Lebih menarik, kanak-kanak dan remaja yang mengamalkan pemakanan kaya kalsium akan menyimpan mineral itu dalam tulang mereka dan mampu membantu mengekalkan kekuatan tulang mereka untuk sepanjang hayat.
Pemakanan yang kaya kalsium ketika usia membesar, boleh memastikan tubuh tidak mengambil kalsium daripada tulang. Ini kerana tulang mempunyai simpanan kalsium sendiri dan menyimpan sebanyak kalsium yang boleh ketika kanak-kanak akan membantu mencapai jisim tulang terbaik.
Apatah lagi apabila mencecah penghujung usia remaja, simpanan akan ditutup menyebabkan kita tidak dapat menambah bekalan kalsium, tetapi hanya boleh mengekalkan jumlah yang ada supaya tulang tetap kekal sihat.
Selain pengambilan susu atau makanan yang kaya kalsium, tulang yang kuat juga boleh dikekalkan dengan mengambil pemakanan yang mampu memastikan kalsium dapat diserap secara maksimum.KEPENTINGAN DAN SUMBER KALSIUM
Kalsium penting untuk mengekalkan jisim tulang untuk menyokong struktur rangka, apatah lagi tubuh sentiasa menggunakan kalsium untuk memastikan kesihatan jantung, darah, otot dan saraf. 
Dengan menjaga pemakanan yang kaya dengan khasiat kalsium, kanak-kanak mampu mengekalkan tahap kalsium yang sihat tanpa perlu mengambil suplemen. Sumber terbaik bagi kalsium antaranya produk tenusu seperti yogurt, keju dan susu, sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan kailan, kekacang dan pis seperti tauhu, kacang tanah dan kacang hitam, ikan seperti sardin dan salmon selain buah oren dan badam.
Selain itu, sesetengah nutrien dan vitamin mampu membantu serapan lebih tinggi kalsium dalam tubuh misalnya vitamin D. Ia selalunya didapati dalam makanan seperti ikan berlemak, salmon, kuning telur dan minyak hati ikan kod. Vitamin D juga boleh didapati melalui pendedahan secukupnya dengan pancaran matahari.
Di banyak negara termasuk Malaysia, susu, roti dan bijirin ditambah dengan kalsium bagi membantu ramai mendapat kalsium yang cukup, seterusnya membina masyarakat yang lebih sihat dan kuat.
Sementara itu, sodium dan klorida yang banyak ditemui pada garam makanan perlu dikawal pengambilannya kerana ia meningkatkan penyingkiran kalsium melalui air kencing sebelum ia sempat diserap atau digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tulang yang kuat.

Kafein daripada minuman ringan, kopi dan teh pula boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dalam kalangan mereka yang tidak mengambil dos kalsium secukupnya, seterusnya mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan tulang dalam jangka panjang.
PROGRAM SEKOLAH CalciYum Fernleaf
Sehubungan itu, Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menganjurkan Program Sekolah CalciYum Fernleaf di 100 sekolah di seluruh Malaysia dalam usaha menggalakkan ibu bapa lebih peka terhadap pemakanan dan keperluan kalsium untuk anak-anak mereka.

Pengarah Urusannya, David Ross berkata, biarpun ramai tahu kepentingan kalsium dalam membina kekuatan tulang, mereka terlupa pengambilan kalsium sepatutnya diteruskan sepanjang kanak-kanak membesar kerana ia waktu penting untuk membina tulang yang kuat dan sihat.

Malah, melalui kajian yang dilakukan, didapati ramai kanak-kanak kekurangan zat kalsium kerana mereka kurang minum susu, sedangkan pertumbuhan tulang mereka berada pada tahap paling pesat.

Selain itu, Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid Pejabat Pelajaran Daerah Bangsar/Pudu Sehah Abdul Ghani berkata, pihaknya gembira terhadap usaha yang dilakukan bagi menimbulkan kesedaran bukan saja dalam kalangan kanak-kanak, malah ibu bapa mereka mengenai kepentingan membina tulang yang kuat demi kesihatan jangka panjang.

“Dengan program sekolah seperti ini, kanak-kanak dan ibu bapa bersama-sama menjadi lebih peka mengenai pemakanan dan keperluan yang menyeluruh untuk anak-anak mereka,” katanya selepas pelancaran program berkenaan di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/02sumber
Kenali sumber kalsium Shaklee ---- OsteMatrix

OsteMatrix
120 kaplet
RM61

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments: