17 June 2014

Makan Sepertiga Perut

MAKAN SEPERTIGA PERUT
Sumber: https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad

SOALAN

"Salam doktor. Bagaimana mahu mengagak sepertiga makanan untuk diisi ke dalam perut kita? Mohon pencerahan."

JAWAPAN

WA ALAIKUM MUS SALAM

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

"Anak Adam tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk berbanding perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (yakni memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka (paling maksimum hendaklah) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk pernafasan."

[Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2302/2380] 

ANATOMI PERUT MANUSIA


Mengikut konsep anatomi manusia, perut manusia ibarat kantung yang boleh mengembang. Ini kerana perut adalah terdiri dari sel-sel yang mengeluarkan cecair untuk pencernaan pada lapisan dalam perutnya. Sementara di bahagian luar perut dilapisi oleh otot-otot yang membolehkan saiznya menguncup dan mengembang.




ISIPADU PERUT MANUSIA 


Secara purata, apabila dalam keadaan rehat dan kosong, isipadu perut manusia ialah 500ml. Apabila ia telah didisi dengan makanan dan minuman, ia mengembang kepada 1500ml. Maksimum isipadu perut boleh mengembang kepada 2000ml.

Isipadu purata 1500ml, hanyalah seperti saiz botol air mineral yang besar. Ini bermakna jika kita makan sekadar sepertiga perut, bermakna kita ambil makanan satu pertiga dari isipadu sebuah botol air mineral 1500ml.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.”

Jadi, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran ‘makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.’

Wallahu a'lam 

No comments: