14 June 2014

Ramadhan : Pesta Makanan vs Pesta Ibadah

Kuliah puasa dari sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Tajuk ' Ramadhan Pesta Makanan. Jom Ubah kepada Pesta Ibadah '

- Zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar, dan berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat.

- Kini Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan.

-Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

MENGIKUT KAJIAN, BERIKUT ADALAH KESILAPAN BESAR KETIKA BERPUASA

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan.

Nabi berbuka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi pottasium seperti makanan bergula perang, bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab  berbuka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak).
Satu cara elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

2. Jangan window shopping ke bazar Ramadhan.

Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib.

Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilogram berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar.

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga.

Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih LIMA jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk.

Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, fiqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung utk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tak basah.

5. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg di-blender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lepas tu sembahyang terawih solat dengan perlahan dan santai. Jangann cari yang gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Makan selepas jam 10.30 adalah kemudaratan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yang kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Selepas itu bangun pukul 3 untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dengan renjis air sejuk dengan hujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan satu per empat. Masa ni di langit ada spektro berwarna merah jambu antara 3 higga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik-baik sahur adalah satu per lapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak untuk elak cepat basi. Lebihkan masak masa makan malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sebelum zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

CARA MAKAN KURMA

60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan akhir sekali keluar biji. Jangan kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis (ajwa, mabrom, sapawi, mariami)

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih daripada 8 jam

Sebelum sampai Ramadhan, berazam untuk berlatih untuk tingkatkan ibadah dengan latihan pra Ramadhan

Wallahua'lam.


Posted via Blogaway

No comments: