23 September 2014

Anemia Semasa Mengandung (hamil)

Anemia salah satu masalah yang dihadapi oleh ibu hamil. Masalah ini sangat biasa dialami oleh ibu hamil di Malaysia.

Apa Itu Anemia?


Anemia atau kurang darah adalah keadaan di mana paras sel darah merah (hemoglobin) ibu kurang daripada 11gm%. 




Apa Punca Berlaku Anemia?


1. Kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12
2. Jangkitan cacing
3. Penyakit malaria
4. Masalah perubatan seperti thalasemia dan leukimia
5. Pendarahan berlebihan akibat buasir dan haid
6. Kerap mengandung (kurang dari 2 tahun), kehamilan kembar, kerap keguguran

Apa Tanda-tanda Anemia?

1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat

Apa Kesan Anemia Pada Ibu Hamil?

1. Mudah mendapat jangkitan
2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung
3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin

Apa Kesan Anemia Pada Kandungan?

1. Keguguran
2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
3. Bayi mati dalam perut
4. Bayi lahir tidak cukup bulan
5. Bayi lahir kurang berat badan.

Cara Menangani Anemia?



Untuk menangani anemia ialah dengan pengambilan banyak zat besi. Cara meningkatkan pengambilan zat besi ialah melalui makanan

1. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

2. Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

3. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

4. Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

5. Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok dan budu serta potongan buah-buahan segar.

6. Elak meminum teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.

7. Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

8. Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.


Sumber : Risalah Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Kluang


Apa Shaklee Boleh Bantu?



Anda mempunyai 2 pilihan:

  1. Amalkan set hamil lengkap Shaklee
  2. Set asas untuk masalah anemia (HB rendah)
SET HAMIL LENGKAP SHAKLEE


SET ASAS UNTUK ANEMIA


Ini peluang terbaik anda untuk dapatkan produk Shaklee pada harga istimewa. Hubungi saya sekarang untuk konsultasi produk mengikut kesesuaian anda.


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

lngin membuat belian produk secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda?  Klik imej di bawah.


Juga klik SINI untuk tutorial langkah pembelian secara online.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!

0 comments: