30 September 2014

Kalsium dan Vitamin D untuk Osteoporosis

Kerapuhan tulang merupakan proses penuaan secara semulajadi, yang bermula seawal umur 30 tahun, terutamanya bagi wanita yang pernah hamil dan melahirkan anak. Kerapuhan tulang menjadi semakin serius apabila jisim tulang yang semakin berkurangan dengan ketara, lebih-lebih lagi selepas wanita putus haid. Keadaan ini dikenali sebagai osteoporosis di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah.


Sebagai mana kita semua tahu, kalsium merupakan kandungan utama tulang. Oleh itu, bagi mencegah atau merawat osteoporosis dan menguatkan tulang, pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi sangat penting, sama ada bersumberkan daripada makanan segar atau suplemen. Vitamin D diperlukan oleh badan bagi menyerap kalsium. Tanpa vitamin D yang mencukupi, penyerapan kalsium oleh badan kurang berkesan
Sumber Kalsium dan Vitamin D
Kalsium terdapat dalam pelbagai jenis makanan termasuklah produk tenusu (seperti susu segar, yogurt, keju), sayur-sayuran (seperti brokoli, kobis), ikan sardin dalam tin (mengandungi tulang yang boleh dimakan), dan makanan lain yang ditambah kalsium (seperti jus oren, jus soya, bijirin, dsb.).
Suplemen kalsium boleh diperolehi dalam bentuk: kalsium karbonat (40% kalsium), kalsium sitrat (21% kalsium) yang mudah dihadamkan dan mengurangkan sembelit, sedikit asas kalsium dalam bentuk kalsium glukonat dan kalsium laktat.
Vitamin D pun boleh didapati dalam beberapa jenis makanan seperti ikan salmon, tuna, tenggiri, sedikit dalam keju, kuning telur, organ hati, yogurt, soya, ditambah dalam beberapa jenis makanan seperti bijirin, jus oren, marjerin, dsb.
Apakah jumlah harian kalsium dan vitamin D yang disyorkan? 
Kalsium perlu sentiasa diambil dengan vitamin D, kerana vitamin D adalah perlu untuk badan untuk menyerap kalsium. 
Disyorkan kalsium dan vitamin D mengikut umur:

Wanita hamil atau menyusu memerlukan jumlah yang sama kalsium dan vitamin D sebagai wanita lain yang sebaya mereka. 
Apa terjadi jika terlebih dos?

Namun begitu, pengambilan suplemen kalsium dan vitamin D tambahan yang belebihan (melebihi kadar keperluan harian) akan terdedah kepada risiko batu karang dalam buah pinggang. Oleh itu, ambillah sekadar yang diperlukan oleh badan mengikut umur dan jantina masing-masing.

Apa Shaklee boleh bantu?

OsteMatrix
120 kaplet
Runcit RM61
Hubungi saya (018-270 4872) untuk harga istimewa

Ini peluang terbaik anda untuk dapatkan OsteMatrix pada harga istimewa. Hubungi saya sekarang untuk konsultasi produk mengikut kesesuaian anda.



Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

lngin membuat belian OsteMatrix secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda?  Klik imej di bawah.


Juga klik SINI untuk tutorial langkah pembelian secara online.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!

0 comments: