09 September 2014

Keputihan Semasa Hamil : 7 Cara Terbaik Mengatasinya

Ramai di kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah keputihan. Hari ini saya akan kongsikan info berkaitan keputihan yang mungkin boleh membantu anda yang kerisauan.

BAGAIMANA TERJADI KEPUTIHAN SEMASA MENGANDUNG?

Sepanjang kehamilan, ibu hamil mengalami perubahan hormon yang menyebabkan terjadinya keputihan. Aliran darah akan meningkat ke daerah kewanitaan ketika anda sedang hamil yang mempengaruhi cecair faraj menjadi lebih meningkat. Pada ibu hamil cecair faraj mempunyai manfaat untuk mencegah jangkitan dari faraj menuju ke rahim. Akan tetapi, tidak semua cecair faraj memberikan manfaat kerana jika telah tercemar dengan bakteria, parasit, atau virus, ia akan memberi pengaruh buruk dari terjadinya jangkitan faraj. Ibu hamil terdedah kepada jangkitan faraj kerana kesulitan dalam membersihkan kawasan intimnya. 

BAGAIMANA MENGESAN KEPUTIHAN?

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:
  • lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej;
  • terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda
  • anda akan rasa sakit apabila bersama suami;
  • rasa sakit apabila membuang air kecil.

ADAKAH KEPUTIHAN MEMBAHAYAKAN BAYI?

Tidak. Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim.

Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga.

CARA ATASI KEPUTIHAN
  1. Jagalah selalu kebersihan organ intim dengan membersihkannya setiap kali selesai buang air kecil atau besar. Jangan lupa untuk selalu membasuhnya dengan cara yang benar, iaitu dari arah depan ke belakang.
  2. Gunakanlah pakaian dalam yang diperbuat dari bahan kapas dan mudah menyerap peluh.
  3. Elakkan penggunaan sabun mandi yang sebahagian besar mengandungi soda, atau kurangkan penggunaan sabun pencuci faraj yang bersifat antiseptik. 
  4. Sebaiknya elakkan pemakaian pantyliner, kerana bahan kapas pantyliner boleh menyebabkan bakteria membiak dengan mudah.
  5. Elakkan mandi berendam dengan air panas atau hangat, kerana yis candida (penyebab keputihan) lebih mudah tumbuh dan / atau berkembang di suhu hangat.
  6. Kurangkan pengambilan makanan "junkfood"  atau makanan yang mengandungi bahan pengawet atau gula yang cukup tinggi, atau jenis makanan yang mengandungi yis, atau membeli makanan yang dibungkus dalam bentuk kering (kerana umumnya makanan yang dikeringkan mengandungi gula fruktosa yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan pengeluaran hormon pada organ kewanitaan anda).


APA SHAKLEE BOLEH BANTU?

Produk yang sinonim dengan mengurangkan masalah keputihan di kalangan wanita adalah Alfalfa.
Tetapi Alfalfa Complex Shaklee tidak digalakkan di ambil oleh ibu hamil. 


Jadi Garlic Shaklee sebagai pengganti Alfalfa Complex kepada ibu hamil dalam mengurangkan masalah keputihan ketika hamil dan selamat di ambil ketika hamil serta boleh meningkatkan antibodi ibu hamil. Garlic bertindak sebagai antibiotik untuk menghalang jangkitan kulat dan yis candida.


Selain dapat mengurangkan masalah keputihan ketika hamil, Garlic Shaklee juga dapat mengurangkan masalah kegatalan serta alahan kulit kepada ibu hamil.

SR Vita-C Shaklee juga sangat sesuai diamalkan oleh ibu hamil yang mempunyai masalah keputihan. Vitamin C bertindak untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai dengan tahap kesihatan anda,anda boleh menghubungi saya. 

Rakan Shaklee Anda

Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije)
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini

lngin membuat belian set ini secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda?  Klik imej di bawah.


Juga klik SINI untuk tutorial langkah pembelian secara online.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!

0 comments: