24 September 2014

Pendidikan Awal : Alternatif Kepada 'JANGAN'

Perkataan ‘jangan’ seolah-olah menjadi kemestian kepada semua ibu ayah yang mempunyai anak kecil terutama yang berusia tiga tahun ke atas. Ada alternatif lain kan? Cuba baca dalam artikel ini. (Perkongsian daripada Pa&Ma Karangkraf)


Biarpun sering mengungkap kata ‘jangan’ tetapi si kecil mungkin hanya mengabaikan sahaja kata larangan tersebut.
Dalam membesarkan anak, ibu ayah berusaha sebaik mungkin untuk memberikan didikan yang terbaik, mendisiplinkan mereka supaya membesar sebagai anak yang berakhlak. Apakah ia satu kemestian untuk kita sering menyatakan ‘jangan’ untuk setiap pergerakan mereka yang dirasakan menyalahi peraturan?
Sebenarnya ada banyak alternatif yang boleh digunakan oleh anda selain daripada kata larangan tersebut. Kanak-kanak biasanya akan menjadi kebal dengan sesuatu perkara itu jika terlalu kerap mendengarnya.
Oleh itu semuanya bergantung kepada anda sendiri sebagai orang tua sama ada untuk terus membiarkan anak melakukan masalah atau mengajarnya apa yang betul dan apa yang salah, cuba pendekatan lain yang lebih baik, lebih berkesan berbanding perkataan ‘jangan’ yang terlalu kerap diucapkan.
Apa alternatif lain?
Menuturkan perkataan lain
Selain berkata ‘jangan’, mungkin anda boleh gunakan perkataan lebih positif dalam permintaan atau arahan terhadap anak.  Daripada berkata ‘jangan’, lebih baik anda memberitahunya dengan jelas apa yang anak sepatutnya lakukan atau berinya solusi. 
Contohnya daripada berkata, “Jangan! Jangan baling bola dalam ruang tamu,”
Lebih baik cuba berkata, “Cuba awak golekkan bola di lantai.”
Tawarkan pilihan
Kanak-kanak sentiasa mahu rasa berdikari dan mengawal situasi. Jadi daripada membiarkan dia merengek mahu makan coklat sebelum waktu makan tengah hari, tawarkannya pilihan potongan buah epal atau segugus anggur atau biarkan dia pilih apa yang digemari selepas makan tengah hari.
Alih perhatian
Kanak-kanak kecil ini mudah terganggu oleh pelbagai masalah. Contohnya jika anda keluar berjalan di pusat beli belah dan dia tertarik dengan sesuatu, maka segeralah alilhkan perhatiannya dengan benda lain supaya dia tidak cepat mengamuk.
Elakkan diri
Selagi boleh, elakkan anak anda daripada situasi yang anda perlu berkata ‘jangan’, sediakan persekitaran selamat yang dapat menggalakkan perasaan ingin tahunya. Rumah anda mestilah yang mesra dengan kanak-kanak, jauhkan barangan berbahaya dan bernilai mahal jauh daripada capaian anak-anak. Biarkan dia meneroka dengan bebas tanpa sebarang larangan.
Vitamin Shaklee Untuk Anak
Shaklee mempunyai rangkaian makanan tambahan untuk kanak-kanak. Set vitamin kanak-kanak Shaklee mempunyai manfaat yang tersendiri. Diperbuat daripada bahan semulajadi dan halal, ia pastinya pihan terbaik untuk anak anda. 
Klik untuk info dan testimonial VITAMIN KANAK-KANAK

Ini peluang terbaik anda untuk dapatkan produk Shaklee pada harga istimewa. Hubungi saya sekarang untuk konsultasi produk mengikut kesesuaian anda.


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

Ingin membuat belian produk secara online menggunakan kad kredit?
Klik SINI untuk info tutorial.

Klik imej di atas untuk membuat belian online

0 comments: