03 September 2014

Ragam Pelanggan Shaklee Saya

Assalamualaikum. 

Sejak berkecimpung dalam dunia perniagaan Shaklee ni, banyak ragam pelanggan yang saya dah jumpa. Saya memulakan perniagaan Shaklee pada Mac 2013. Masa tu saya dah 2 tahun menggunakan Shaklee, sejak 2011. Terbuka hati untuk menjadi ahli Shaklee dan inilah saya hari ini, dapat menambah pendapatan sampingan 4 angka setiap bulan. OK bonus bab lain. Hari ni nak berkongsi kisah pelanggan Shaklee saya.

Sejarah saya bersama Shaklee

Saya bermula dengan SET PENYUSUAN Shaklee. Setelah menggunakannya, saya sangat berpuas hati. Alhamdulillah anak sulung dah berjaya melepasi tahap wajib berhenti menyusu badan ibu. Penyusuan penuh tanpa bantuan susu formula. Syukur. 

Lepas tu saya berkongsi pengalaman saya dengan sahabat dan keluarga. Ada yang tak yakin, itu terpulang. Saya tak memaksa. Lebih gembira, ada yang berpuas hati. Tak henti berterima kasih dapat merealisasikan hajat menyusukan anak. 

Sejak dari itu, saya mula melangkah menjadi ahli Shaklee. Ramai sahabat satu tempat kerja yang ingin mencuba Shaklee, kenapa tidak saya menjadi ahli? Niat saya untuk membantu. Sejak itu saya tanamkan niat membantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan. 

Pelbagai penyakit

Saya menggunakan medium blog dan FB untuk saya mempromosikan manfaat Shaklee. Saya tidak semata-mata menjual produk. Sebab itu penting bagi pengguna baru untuk memilih Pengedar Shaklee berpengalaman. Boleh membantu anda mendapatkan nasihat sepanjang menggunakan Shaklee. 

Ramai yang PM di FB atau komen di blog mahupun paling popular WhatsApp bertanyakan manfaat produk yang ingin diamalkan. Rupa-rupanya pelbagai jenis penyakit yang ada. Ramai yang berikhtiar untuk mencari penawar penyakit. 

Penyakit lazim wanita seperti cyst, keputihan, masalah berat badan mahupun masalah kulit wajah yang kusam. Tak lupa juga masalah lelaki seperti masalah prostat, perut buncit. Juga masalah kanak-kanak obes, eczema, tiada fokus untuk belajar dan banyak lagi.

Ragam pelanggan

Keseluruhannya, dengan niat saya untuk membantu, saya tidak kisah untuk memberi nasihat produk yang sesuai dengan masalah kesihatan dan juga bajet pengguna. Namun, jika dikenang kembali, perasaan bercampur baur telah saya lalui dengan ragam pelanggan Shaklee saya. 

Senang berurusan, kelakar, garang, mesra dan banyak lagi. Customer is always right. Siapalah saya tanpa pelanggan Shaklee saya. Alhamdulillah dan terima kasih untuk anda semua.

Ni saya berkongsi satu gambar ragam pelanggan Shaklee (bukan pelanggan saya)


Nak memahami isi cerita dia, kena belajar mengeja semula. Hehe. Lumrah kami pengedar Shaklee. :)

Ini peluang terbaik anda untuk dapatkan produk Shaklee pada harga istimewa. Hubungi saya sekarang untuk konsultasi produk mengikut kesesuaian anda.


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

Ingin membuat belian produk secara online menggunakan kad kredit?
Klik SINI untuk info tutorial.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6ab29d857e78e64e3ad7b59560c8b1b4
Klik imej di atas untuk membuat belian online

No comments: