11 October 2014

B-Complex Naikkan Selera Makan

Pernah saya ditanya soalan ini, Adakah B-Complex akan menyebabkan rasa lapar? Sementelah B-Complex terdapat dalam Set Tambah Berat Badan. Makin risau dibuatnya.

B-Complex
120 tablet
Runcit RM53
Hubungi saya untuk harga istimewa

Fungsi B-Complex

Ada yang ambil B-Complex bukan bertujuan untuk tambahkan berat badan. Mereka biasanya mengamalkan B-Complex untuk menyelesaikan masalah kesihatan seperti:

  • atasi migrain
  • bekalkan tenaga harian
  • bekalan asid folik untuk ibu hamil
  • bantu pembentukan sel darah merah
  • kesihatan kulit

B-Complex naikkan selera makan?


Namun terdapat khabar angin mengatakan B-Complex cenderung untuk cepat merasa lapar dan akan sentiasa mahu mengunyah. Orang yang ingin kurus dan turunkan berat badan tak boleh ambil B-Complex ke?

Begini, B-Complex meningkatkan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein (makanan) menjadi tenaga. Apabila tenaga meningkat, kita akan menggunakan tenaga tersebut. Bila badan penat, kita terdorong untuk makan. Itulah punca utama kenapa ada yang mengatakan B-Complex menyebabkan selera makan bertambah.


Hubungan antara Vitamin B dan Berat Badan
Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin dan termasuk dari 8 jenis vitamin dari kumpulan Vitamin B-Complex. Vitamin B-Complex adalah amat penting untuk proses metabolisme seperti sintesis sel darah  merah dan pengeluaran tenaga.

Semua vitamin B-Complex bersifat larut air. Mereka menyediakan tenaga daripada karbohidrat dan menukarkannya kepada glukosa. Vitamin B-Complex juga merupakan asas kepada metabolisme protein dan lemak. Semua vitamin B-Complex bekerjasama, jadi, adalah amat penting untuk kita mengambil semua 8 jenis vitamin B serentak pada masa yang sama. 

Vitamin B dan berat badan adalah saling berkait-rapat, tetapi ianya akan berlaku hanya jika kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-Complex.


Bagaimana cara pengambilan B-Complex?

Atas sebab di atas, anda digalakkan untuk mengambil B-Complex SELEPAS MAKAN. Ketika itu, badan masih kenyang dan B-Complex dapat diserap dengan baik oleh sel dan berfungsi keatas tubuh badan anda. 

Sama ada anda ingin menurunkan atau menambahkan berat badan, B-Complex tiada kaitan dengan masalah selera makan. Jika anda ingin menambahkan berat badan, B-Complex berfungsi melengkapkan nutrient yang diperlukan oleh tubuh dan mengawal atur metabolime badan.

Semak B-Complex anda. Pastikan cukup kesemua 8 vitamin B yang perlu bagi melengkapkan fungsi B-Complex.

Dapatkan B-Complex Shaklee yang mempunyai 8 vitamin B. 

Perbezaan B-Complex Shaklee

Syarat untuk B-complex yang penting dalam pengawalan berat badan adalah kesemua kumpulan vitamin B perlu diambil bersama-sama. Jika ada yang tertinggal, maka pincanglah fungsi B-complex kerana 8 jenis vitamin B ini memerlukan antara satu sama lain untuk kesan yang efektif. 

Cuba lihat botol B-complex anda. Cukupkah kesemuanya? Mungkin jika anda menjadi gemuk disebabkan B-complex kerana B-complex di tangan anda tidak cukup 8 jenis vitamin B. Awas. Perkara ini nampak kecil tapi besar impaknya.

  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif  – Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap.  Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
  • Mudah di telan
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin
Vitamin Kumpulan B

1. Thiamin
  •  Membantu menukarkan glukosa kepada tenaga di dalam badan
  •  Memainkan peranan penting dalam fungsi sistem saraf

2.  Riboflavin
  •  Memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga

3. Niasin
  • Ia diperlukan oleh badan untuk metabolisme lemak, karbohidrat dan alkohol untuk menghasilkan tenaga
  • Ia sukar hilang ketika proses memasak, berbanding dengan kebanyakan Vitamin B yang lain.

4. Biotin
  • Ia diperlukan untuk proses metabolisme tenaga, metabolisme asid amino, sintesis lemak dan glikogen

5. Pyridoxine
  •  Ia diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat

6. Folate
  •  Ia diperlukan dalam pembentukan sel darah merah

7. Cyanocobalamin
  •  Ia diperlukan dalam proses pemecahan asid lemak dan asid amino bagi tujuan menghasilkan tenaga.

Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B-Complex.
Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

Ingin beli B-Complex secara online menggunakan kad kredit? Klik imej dibawah. 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!

0 comments: