17 October 2014

B-Complex Penyebab Makan Banyak : Mitos atau Fakta

Sejak akhir ini timbul isu mengenai B-Complex yang kononnya di katakan menjadi penyebab gemuk. Ramai mengadu bahawa mereka menjadi kerap lapar selepas beberapa hari mengambil B-Complex. Hari ini kita akan fahami info tentang B-Complex dan apakah ia menjadi penyebab sering lapar.

B-Complex dan Kurus

Adakah anda tahu? B-Complex sebenarnya membantu proses menurunkan berat badan.

Kawalan berat badan seperti selera makan, rasa lapar, kadar metabolisme, metabolisma lemak dan gula, pembakaran kalori dll berfungsi dengan efisyen dan cekap dengan pengambilan vitamin. Semua yang disenaraikan di atas memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan optimum dan berat badan ideal.

Jadi adalah tidak berasas untuk menyatakan vitamin-vitamin tertentu sahaja BAIK untuk menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, beberapa vitamin yang memang terbukti dapat mengawal berat badan wajar di beri perhatian. Contohnya 3 langkah penurunan berat badan bersama Shaklee, klik SET KURUS SHAKLEE

Lebih menarik, antara vitamin dan mineral penting untuk penurunan berat badan ialah:

  • Vitamin B2
  • Vitamin B3
  • Vitamin B5
  • Vitamin B6
  • Choline (part of B-complex)
  • Inositol (part of B-complex)
  • Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menyempurnakan proses penukaran gula kepada tenaga di dalam sel.v Menarik. Nampaknya kita tidak boleh 100% mengatakan B-Complex punca selera meningkat, berat badan naik kerana sebenarnya B-Complex banyak membantu proses penurunan berat badan. Untuk anda yang mengamalkan B-Complex dan dalam masa yang sama ingin kurangkan berat badan, senang hatilah untuk meneruskan pengambilan B-Complex

8 Jenis Vitamin B

Anda perlu tahu kesemua lapan jenis vitamin B.
Terdapat 8 jenis vitamin B termasuk biotin yang diperlukan oleh setiap individu dan kesemuanya lebih berkesan apabila bertindak bersama. Vitamin B bertindak untuk:

  1. menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular
  2. menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein
  3. membantu dalam sintesis DNA dan sel-sel baru
Tiamin (vit B1)

  • menolong memelihara kesihatan badan
  • membantu tumbesaran yang normal
  • membantu badan dalam metabolismekarbohidrat
  • perlu untuk membebaskan tenaga dari karbohidrat
Riboflavin (vitamin B2)

  • satu faktor untuk memelihara kesihatan badan iaitu untuk fungsi thyroid yang normal
  • membantu badan mengguna tenaga daripada makanan / memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat
  • penting bagi kumpulan populasi spesifik : jumlah tambahan riboflavin diperlukan semasa kehamilan dan penyusuan apabila pengambilan harian melalui pemakanan tidak mencukupi
  • diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada protein lemak dan karbohidrat
  • sumber dari susu, badam, keju, telur dan sayuran berdaun hijau
Niassin (vitamin B3)

  • membantu tumbesaran dan perkembangan yang normal pada penghasilan hormon thyroid
  • menolong badan dalam penggunaan tenaga dari makanan
  • juga perlu untuk membebaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat
  • sebahagian daripada glucose tolerance factor (GTF) diamana ia terbebas apabila gula dalam darah menigkat
  • sumber dari biji gandum, tuna, turkey, ayam, daging, telur, makarel, salmon, oats, barli, keju, buahan kering dan beras perang
Phantotenic Acid (vitamin B5)

  • kekurangan vit B5 akan mengganggu kapasiti penggunaan lemak dalam badan
  • penting dalam penghasilan tenaga dan membantu fungsi adrenal
  • sumber dari daging, ayam, kekacang, gandum, telur, oat, barli, roti serat dan sayuran hijau
Piridokson (vitamin B6)

  • membantu pemeliharaan kesihatan badan dan memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat
  • mengatur penghasilan hormon thyroid
  • sumber dari yis, gandum, oats, sardin, makeral, ayam, daging, avocado, pisang, beras perang, kobis, telur, buahan kering.

Sianokobalamin (vitamin B12)

  • membantu pembentukan sel darah merah
  • diperlukan untuk penghasilan sel darah merah
Asid folik

  • membantu pembentukan sel darah merah
  • mencegah kecacatan tiub neural bagi waita yang merancang untuk mengandung sebelum konsepdi dan semasa 12 minggu kehamilan pada dos 400mkrogram sehari
  • perlu untuk tumbesaran dan pembahagian sel2
Choline

  • terbentuk di dalam hati dan di perlukan untuk memetabolismekan lemak dengan efisyen
  • kekurangan choline akan menyebabkan lemak terkumpul dalam hati
  • sumber dari lecithin, hati lembu, kuning telur, kubis bunga, timun dan kacang tanah.
Inositol

  • terhasil dari dalam badan
  • bergabung dengan choline untuk membantu memetabolismekan lemak
  • sumber dari lecithin, hati lembu, soya, telur, buahan sitrus, bijirin dan kekacang

Ambil B-Complex Tapi Tak Nak Kurus

Jika anda tidak menjalani program diet, vitamin B masih diperlukan oleh setiap individu terutama mereka yang:

  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang
Anda boleh cuba untuk mengamalkan pengambilan vitamin B-Complex supaya badan lebih bertenaga, rasa lebih sihat, ceria dan mood lebih stabil di samping dapat mengawal tekanan yang dihadapi.

Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

Ingin beli B-Complex secara online menggunakan kad kredit? Klik imej dibawah. 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!

1 comments:

blogger lelaki said...

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan...saya rasa memang tak rugi buat mereka yang mengamalkan makan Shaklee nie...isteri saya pun ada guna juga Shaklee ni