30 October 2014

Vitamin Tamat Tempoh

Adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh?

Jawapannya cukup mudah!

SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maksmum daripada penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk pengetahuan, FDA tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akn kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maksimum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pada badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yang terbaik adalah buang dan beli baru.

Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?

Seperti yang diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yg tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yang telah berubah bau dan warna.

Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?

Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yg terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapan terbentuk dalam botol. Sebenarnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.
Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2 tahun melainkan makanan tambahan yg berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten bermula dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lagi kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai dengan tahap kesihatan anda,anda boleh menghubungi saya. 

Rakan Shaklee Anda

Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije)
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini

lngin membuat belian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej di bawah.


Juga klik SINI untuk tutorial langkah pembelian secara online.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!

1 comment:

blogger lelaki said...

betul la tu..memangvitamin shaklee bagus untuk kesihatan..tapi kaalu dah tamat tempoh memang naya la jugak...kena tahu juga info macam nie