09 December 2014

ATASI MASALAH KUKU BERKULAT

Pernah tengok kuku berkulat tak? Biasanya berlaku dikalangan mereka yang berusia dan alergik air. 


APA PUNCA KUKU BERKULAT?

Terdapat banyak sebab yang berbeza yang boleh mendorong kepada kuku berkulat, dan setiap sebab mempunyai rawatan yang tersendiri. Walaupun banyak punca onychomycosis boleh dielakkan , beberapa faktor risiko boleh meningkatkan kemungkinan anda dijangkiti kuku  berkulat ini. Anda lebih cenderung untuk mendapat jangkitan kulat kuku jika anda:
  • mempunyai diabetes
  • mempunyai penyakit yang menjejaskan salur darah
  • seorang wanita yang berusia
  • memakai kuku palsu
  • berenang di kolam renang awam
  • mempunyai kecederaan kuku
  • mempunyai jari yang lembap atau jari kaki untuk masa yang panjang
  • mempunyai sistem imun yang lemah
  • memakai kasut tertutup , seperti kasut tenis atau boots
Kiranya sesiapa pun berkemungkinan terkena jangkitan kuku berkulat ini.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Lazimnya jangkitan kulat bermula dibawah, atas atau di atas kuku tersebut. Kulat hidup di dalam keadaan lembap jadi cuaca atau keadaan yang lembap membantu pertumbuhan kulat.
Kulat yang terdapat dalam atau di badan kita boleh menyebabkan jangkitan kuku berkulat ini. Sekiranya kita bersentuhan dengan orang yang ada jangkitan kulat ini, kita juga akan dijangkiti dengan mudah.
Selalunya kaki kita lebih lembap berbanding kuku tangan kerana kaki lebih kerap tertutup, menyebabkan ianya gelap, lembap dan sesuai untuk pertumbuhan kulat. Jadi jangkitan kulat di kaki lebih lazim berbanding kuku tangan.
OK dah dapat info sikit, kan? Sekarang bagaimana cara merawat. Memang banyak cara untuk merawat jangkitan fungus ni. Sama ada dari segi perubatan, dari segi petua orang-orang lama memang banyak. Tetapi kali ini saya ingin fokus pada vitamin.
APA SHAKLEE BOLEH BANTU?

B-COMPLEX
B-Complex mengandungi 8 komponen vitamin B. Dalam rawatan kuku berkulat, asid folic,B3, B5 dan B7 adalah komponen yang sangat utama. 
  • B3 membantu dalam pertumbuhan kuku yang sihat. 
  • Asid folik atau B9 pula membantu dalam pertumbuhan dan pembahagian sel, pemulihan DNA, dan pertumbuhan sel darah merah yang sihat. 
  • B5 pula membantu dari segi menghalang pertumbuhan kulat dan jangkitan selain memastikan pertumbuhan kuku, rambut yang cantik dan sihat. 
  • Komponen B7 atau biotin bukan sahaja menguatkan imun sistem malah membantu dalam pertumbuhan kuku yang kuat dan sihat.

VITAMIN C
Vitamin C (SR Vita-C Plus) merupakan vitamin yang paling diketahui umum dapat meningkatkan imun sistem dan menghalang punca banyak penyakit. Jika imun sistem lemah, makan jangkitan akan mudah terjadi. Sebaliknya imun sistem yang sihat dan kuat akan dapat menghalang bukan sahaja jangkitan kuku malah banyak punca penyakit lain.
VITAMIN E
Vita-E Complex atau turut dikenali sebagai vitamin kecantikan ini membantu dalam kesihatan kulit dan kuku. Ia bertindak membekalkan nutrient dan air yang mencukupi pada kawasan jangkitan dan membantu dalam proses pemulihan.
ZINC
Zinc Complex mempunyai sifat antioksidan yang berfungsi melindungi sel dari sebarang radikal bebas. Zinc membantu dalam rawatan jangkitan kulat pada kuku dengan membuang atau menyingkirkan kulat dari kawasan jangkitan. Jadi amat penting untuk kita memastikan tubuh kita mendapat bekalan zinc yang mencukupi. Tanda putih pada kuku merupakan indikasi kekurangan zinc.
Inilah rangkaian vitamin yang boleh membantu merawat jangkitan kulat. Perlu diingatkan ye, pemulihan kuku ini mengambil masa. Kadangkala sampai 6 bulan ke atas jadi pengambilan ubat atau vitamin secara berterusan sangat penting bagi menjamin hasil yang terbaik. Mulakan sekarang. Jangan biarkan kulat bermaharajalela di kuku anda!

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018.270.4872 
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

lngin membuat belian SET KUKU BERKULAT secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej di bawah.


Klik SINI untuk tutorial belian secara online.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!

1 comment:

blogger lelaki said...

baru tahu ni kuku jadi macam ni pun ada ubat dia...memang vitamin shaklee bagus untuk kesihatan