09 December 2014

Tanda Dan Langkah Atasi Gangguan Tidur

Hari ini saya nak kongsikan info tentang tidur. Gangguan tidur, tanda-tanda dan gejala yang telah dikongsikan oleh Dr. Farahida binti Md Dai.

Berapa Tempoh Tidur?

Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Gangguan tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.

Apa Sebab Gangguan Tidur?


Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan gangguan tidur termasuk:


  • Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
  • Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
  • Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan, stres dan lain-lain.
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang
Apa Tanda Gangguan Tidur?

Tanda-tanda dan gejala

  • Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
  • Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
  • Kelakuan yang luar biasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.
Apa Kesan dan Akibat Gangguan Tidur?

Masalah tidur boleh mengganggu corak pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan interpersonal. Anda akan :
  • Letih dan mengantuk pada siang hari
  • Cepat menjadi marah
  • Sukar mengawal emosi
  • Sukar memberi tumpuan/perhatian
  • Kerap membuat kesilapan
  • Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan
Apa Rawatan Yang Boleh Didapati?

Dapatkan bantuan profesional

  • Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung kepada punca tersebut.
  • Rawatan tingkahlaku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi
  • Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.
Apa Langkah Pencegahan Yang Boleh Di Ambil?

Gangguan tidur boleh dicegah menerusi pendekatan berikut:


  • Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stres yang baik.
  • Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain
  • Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental.
Rehabilitasi
Amalan tidur yang sihat
Tukar tabiat anda
• Berhenti merokok
• Jangan tidur pada siang hari
• Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
• Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

Ubahsuai persekitaran tidur anda
• Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain
• Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
• Pastikan juga tilam dan katil anda selesa

Amalan sebelum tidur
• Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
• Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
• Tidur bila rasa mengantuk• Berehat sebentar sebelum masuk tidur.

Simpan satu diari tidur
• Catit jumlah jam dan kualiti tidur
• Masa masuk dan bangun dari tidur
• Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil
• Perasaan anda

Elakkan dari membeli ubat tidur terus dari kaunter

Kumpulan sokongan - Sleep Disorder Society of Malaysia
Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia

0 comments: