27 January 2015

Punca Jeragat dan Parut Hitam Dan Cara Merawat Dengan Shaklee

Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat,tompok-tompok hitam ini akan semakin bertambah. Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yangterlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam


Punca terjadi jeragat

Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:

1) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)

2) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. Penggunaan pil perancang dan tabiat merokok juga boleh menyebabkan jeragat.

3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes".Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.

2 kategori jeragat

Jeragat boleh dibahagi kepada 2 jenis:

1) Epidermal, iaitu jeragat berada pada lapisan atas kulit

2) Dermal, iaitu jeragat berada pada lapisan dalam kulit
Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar dirawat. Age spots, freckles dan lentigenes pula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.

Cara mencegah jeragat

1) Gunalah krim pelindung matahari sekurang-kurangnya spf 40-50 dan pastikan andamengaplikasikannya dua kali sehariatau setelah berpeluh. Lindungilah anak-anak kita dari mataharidengan penggunaan krim pelindung matahari dari umur mereka 6 bulan. Makanlah pil pelindungmatahariHeliocare oral, yang terdapat di klinik sekiranya anda aktif bersukan, bermain golf, bercuti dipantai atau bekerja dipanas terik. Selain mengelak daripada jeragat, ia juga mengelak dari kanser kulit

2) Penggunaan set penjagaan muka yang tidak memudaratkan kulit untuk jangkamasa yang lamaseperti Kinerase yang mengandungi kinetin daripada tumbuh-tumbuhan untu kmerawat kulit kusam,berjeragat dan sensitif

3) Lakukan rawatan chemical peel, ipl atau laser Q-switched/NdYag untuk mengelak jeragat daripadamuncul dan kelihatan lebih terang

4) Elakkan merokok. Jika jeragat disebabkan oleh pil perancang, tukarlah cara perancangan keluarga yang tidak berasaskan hormon seperti IUCD Cu250

5) Pemeriksaan darah untuk menstabilkan hormon boleh dilakukan dengan doktor anda. Oleh keranajeragat mungkin berada di lapisan kulit yang berbeza-beza, jeragat merupakan masalah yangmemerlukan beberapa rawatan susulan untuk mengurangkannya.Sekiranya rawatan terlalu drastikdilakukan kehilangan selmelanosit akan menyebabkan tompok-tompok putih yangkekal. Oleh itu lebihmudah mencegah jeragat daripada merawatnya

Sumber Dr Nurhalina Azly binti Minhat,
timeless.timeless@gmail.com

Apa kaitan antara jeragat dan kulit?

  • Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
  • Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.
  • Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
  • Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.
  • Asid lemak penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.
  • Kandungan air penting untuk kelembapan kulit.
  • Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
  • Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.
  • Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.
  • Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.

Saranan vitamin SHAKLEE:

SR Vita-C Plus
180 tablet
Runcit RM92.50
Hubungi saya untuk harga istimewa

1. Vitamin C - perlu untuk pembentukan kolagen. Vitamin C Shaklee bersifar sustained released lengkap dengan bioflavonoid.

Vita-E Complex
120 kapsul
Runcit RM149
Hubungi saya untuk harga istimewa

2. Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vita-E Complex Shaklee bersifat natural, 400iu lengkap dengan selenium dan yang best ia ada extract grape seed!

ESP
850g
Runcit RM150
Hubungi saya untuk harga istimewa


3. Protein - mengurangkan kesan hitam akibat jeragat

OmegaGuard
90 kapsul
Runcit RM136
Hubungi saya untuk harga istimewa


4. Omega Guard - baik untuk masalah kulit yang kering kerana kandungan EPA boleh mengawal atur kandungan minyak dalam kulit.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai dengan tahap kesihatan anda,anda boleh menghubungi saya. 

Rakan Shaklee Anda


Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije)
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini

lngin membuat belian Set Jeragat Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej di bawah.


Juga klik SINI untuk tutorial langkah pembelian secara online.

1 comments:

Najib Ariyan said...

terima kasih infomasinya... salam singgah