12 February 2015

7 Tanda Kadar Metabolisme Meningkat

Assalamualaikum.

Selalu kita mendengar metabolisme. Tapi mungkin ada di kalangan kita tidak tahu pengertian sebenar metabolisme. Sering kita dengar:

  • tingkatkan kadar metabolisme
  • kadar metabolisme rendah

Namun jarang sekali kita didedahkan akan tanda-tanda meningkatnya kadar metabolisma dalam diri seseorang.

Apa itu metabolisme?
Metabolisme merujuk kepada semua tindak balas kimia dalam organisma hidup, termasuklah penghadaman, pengangkutan bahan dari dan ke sel berlaian, secara khususnya tindak balas dalam sel dikenali sebagai metabolisme perantara.
Metabolisme dibahagikan kepada dua jenis. Katabolisme memghasilkan tenaga, seperti pemecahan makanan dalam repirasi sel. Manakala anabolisme menggunakan tenaga untuk membentuk komponen sel seperti protein dan asid nukleik.

Tanda kadar metabolisme meningkat

Memandangkan metabolisma ini merupakan sesuatu yang subjektif, maka tiada sukatan atau skala sebenar dalam menentukan tahap metabolisma seseorang, maka oleh sebab itu ramai yang tidak menyedari jika diri mereka sedang mengalami peningkatan metabolisma atau pun sebaliknya. 

Cuba tanya diri anda sekarang, 

  • adakah kadar metabolisma anda sekarang sama seperti kadar metabolisma anda 7 hari yang lepas? 
  • Adakah sedang berkurang atau sebaliknya? 
Mungkin soalan ini anda boleh jawab selepas anda mengikuti 7 ciri-ciri berikut yang saya garapkan berdasarkan bacaan dan pengalaman saya sendiri.

1. Lebih bertenaga

Lebih bertenaga bermaksud badan anda mampu memaksimumkan sehabis mungkin karbohidrat yang diambil untuk tujuan penghasilan tenaga, atau lemak-lemak di badan sebagai sumber tenaga alternatif. Jika anda berasa letih, maka terdapat kecacatan dalam diet dan program mengawal berat badan yang anda sedang amalkan. Tahap efisyen ini membawa maksud peningkatan metabolisma; badan bekerja lebih lancar dan pantas berbanding biasa.

2. Kerap berpeluh

Ini merupakan kesan sampingan kepada situasi di (1). Lebih bertenaga juga membawa maksud badan melakukan kerja dengan lebih pantas berbanding biasa, dan itu semua menghasilkan lebih banyak haba berbanding biasa. Terlalu banyak haba dalam badan akan menghasilkan respon yang seterusnya, yakni sistem penyejukan semulajadi yang dikenali sebagai “peluh”. Bayangkan badan kita seperti laptop. Apabila laptop tersebut terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa, laptop akan menjadi panas, sekaligus kipas akan berpusing lebih pantas berbanding biasa secara automatik (boleh dengar bunyi kipas berpusing dengan laju) untuk tujuan penyejukan.

3. Kurang rasa sejuk suhu luaran, badan lebih suam

Ini juga bersangkut paut dengan apa yang tertulis di (2).

4. Rasa lebih ghairah (lelaki)

Ok, yang ni memang saya rujuk di internet bulat-bulat, dan tiada kena mengena dengan pengalaman peribadi. Konsep di sebaliknya ialah regulasi hormon. Sebagai contoh, senaman weight training meningkatkan kadar metabolisma memandangkan badan memerlukan 'lebih kalori' berbanding biasa untuk membaiki kembali otot-otot yang terkoyak hasil daripada senaman tersebut. 

Lelaki yang melakukan weight training akan mengalami peningkatan hormon testosterone dalam badan untuk tujuan pertumbuhan (membaiki kembali otot-otot yang “terkoyak”). Antara kesan-kesan peningkatan hormon testosterone ni ialah lelaki akan menjadi lebih gagah, pantas (seperti pemangsa), lebih berkeyakinan, dan peningkatan keinginan seks terhadap pasangan perempuan (libido).

5. Degupan jantung dan nafas menjadi lebih pantas

Mungkin situasi ini sering dialami oleh mereka yang kurang stamina dan jarang bersenam. Namun itu bukanlah maksud saya untuk ciri yang ke-5 ini. Jika anda seorang yang aktif dan rajin bersenam hampir setiap hari, termasuklah melakukan kardio dan weight training, anda akan mengalami situasi ini pada keesokan pagi selepas bangun dari tidur. Ini merupakan kesan sampingan kepada proses pembaikpulihan otot seperti yang saya nyatakan dalam (4) sebentar tadi.

6. Cepat berasa lapar walaupun baru sahaja selesai menikmati juadah utama

Ini berbeza dengan nafsu makan, dan saya maksudkan lapar yang lebih difahami sebagai “perut sudah kosong dan perlu diisi”. Perbezaannya sangat ketara, dimana saya pernah menikmati makan tengahari berupa sepinggan nasi berserta lauk pauknya yang cukup sifat, tetapi kekenyangan saya hanya bertahan selama 2 jam sahaja. Kecepatan rasa lapar ini berlaku kerana perut merembeskan lebih banyak enzim pencernaan berbanding biasa, sekaligus mengambil masa yang singkat untuk mencernakan kesemua makanan yang diambil.

7. Sentiasa mahu terkencing

Pernah terfikir mengapa anda sentiasa terasa nak terkucil acap kali ketika berada di dalam bilik berhawa dingin? Ini kerana, peralihan badan daripada suhu biasa (suhu bilik) kepada suhu hawa dingin akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak haba untuk memanaskan badan yang kesejukan, dan ini bersamaan dengan peningkatan metabolisma. 

Kesan daripada peningkatan metabolisma ini ialah fungsi badan akan bekerja lebih “pantas” berbanding biasa, ini termasuklah proses yang melibatkan bagaimana ginjal kita bekerja (menyingkirkan bahan kumuhan melalui air kencing). Walaubagaimanapun, tidak mustahil jika anda kencing lebih kerap berbanding hari-hari sebelumnya walaupun anda tidak berada di dalam bilik berhawa dingin, dan itu menunjukkan kadar metabolisma anda sedang meningkat (andaian ini menganggap anda tidak menghidapi Urinary Tract Infection)

Klik METABOLISME dan ikuti artikel lain tentang metabolisme. Saya akan kongsikan bagaimana Shaklee boleh meningkatkan kadar metabolisme anda semua!


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini

0 comments: